My sweet story...

My sweet story...

Monday, December 29, 2014

Biar gambar berbicara

Gambar last week. Teringin baking cake maka terhasilah pandan japanese cotton cheesecake
 

Resepi ni saya ambil dari blog my baking workshop. Tq share resepi.
 
Pandan japanese cotton cheesecake
A
100g susu segar
B
150g cream cheese

C
30g tepung gandum
30g tepung jagung

D
3 biji kuning telur

E
60g santan
1 sk jus pandan
beberapa titis pewarna makanan hijau
# saya guna pandan paste

F
3 biji putih telur
1/8 sk cream of tartar
85g gula kaster

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang segiempat bersaiz 8 inci. Gris & lapikkan dengan kertas minyak pada dasar & tepi loyang.

2. Panaskan bahan A hingga mendidih. Alihkan dari api & masukkan B. Masak guna kaedah double boiler hingga pekat. Matikan api.

3. Masukkan bahan C diikuti D & E, gaul hingga sebati. Ketepikan.

4. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan F hingga & berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga kembang.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar guna kaedah waterbath selama 50 - 60 minit pada suhu 160C. Keluarkan kek dari acuan bila masak & sejukkan sepenuhnya atas wirerack.


Tempahan order last week. Coklat dan cheese tart. Resepi coklat saya pernah share dulu. Boleh rujuk kat sini. Kali ni saya guna coklat brand beryl's. Brand le bourne sedap tp susah nak dapat stok. Coklat brand le bourne dari chef amir kalau tak silap.

Dark and milk choc filing almond dan hazelnut

Ada filing strawbery dan coffee

Bluebery cheese cake. Resepi boleh tengok kat blog Kak Azlita Masam Manis.


* 2014 tahun mencabar bagi kita di Malaysia dengan pelbagai dugaan melanda. Semoga saudara kita di pantai timur tabah menghadapi ujian yang getir. Ramalan mengatakan pertengahan tahun depan akan berlaku kemarau panjang. Sama2 kita muhasabah diri dan berdoa agar negara kita sentiasa dilindungi. 

Tuesday, December 23, 2014

Our 8th anniversary

23 dec..Hari ni genap 8 tahun usia perkahwinan kami..Semoga kita dapat menempuhi segala susah senang bersama. 8 tahun perkahwinan ini, macam2 kita lalui bersama. Tidak ada satu perkahwinan pun yang sempurna, yang boleh memberi jaminan akan sentiasa berada dalam keadaan tenang. Kadang2 berlaku juga perselisihan faham. Bukan mudah sebenarnya membina kehidupan bersama individu yang berbeza dari segala segi. Namun yang paling penting cara penyelesaian yang positif perlu digunapakai. Dari itu kita akan dapat mempelajari kesilapan dan memperbaiki di masa hadapan. Insyaallah.

 Bagi saya, persefahaman suami isteri sangat penting, ia bukan boleh dicapai sehari dua tetapi merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabarannya mungkin berbeza di awal perkahwinan, pertengahan dan hujungnya tetapi yang penting kita menerima diri masing-masing seadanya. Perbaiki kelemahan yang ada untuk kesempurnaan rumah tangga kerana kita bukanlah insan yang sempurna, yang tidak lepas dari kesilapan.



*Khamis lepas, hubby dah mula bertugas setelah empat tahun cuti belajar sepenuh masa. Bermulalah kerja iron baju hubby kerja yang paling aku tak suka . Hahaha. Untuk abang, Selamat kembali bertugas dan mendidik anak bangsa.

Thursday, December 4, 2014

gigi susu pertama Humaira dah cabut

Gigi susu pertama Humaira dh cabut last week. Mula goyang dlm 2 minggu lepas. Pengalaman pertama nak cabut sendiri gigi anak, mummy terlebih seram. Hahaha...Daddy ajar main2 gigi tu dengan lidah. Kebetulan Selasa minggu lepas mummy ada appointment dengan doc gigi untuk scaling, alang2 gigi Humaira dah goyang minta doc check dan cabut. 

Gigi Humaira masih cantik compare dgn adiknya Firaas. Gigi geraham Firaas ada 2 batang dh kaler kuning kt bhgn tengah. Memang tak boleh nak hilang walaupun dah tonyoh2. Adiknya suka mkn benda manis2. Bersilat  nak menggosok gigi Firaas mcm2 drama..

Anak2...jagalah gigi baik2 k...

Baru lepas cabut gigi
dah rongak. hahaha
Gigi yang dah dicabut

Friday, November 28, 2014

gambar Firaas

Anak  bujang saya. Adehhh..jarang mummy upload gambar Firaas dalam blog. Firaas tak minat bergambar, tetiba petang semalam mummy cakap nak ambil gambar adik, terus bagi kerjasama..

Adik dah 2 tahun 2 bulan. Sangat berbeza dari segi perangai dengan kakaknya.Almaklumlah anak bujang. Kalau sehari tak kena jerit dengan mummy memang tak sah.  Kawan gaduh kakak, suka sangat usik kakak Humaira. Apa-apa pun mummy tetap sayang kedua2nya..Semoga terus membesar menjadi anak yang sihat dan soleh.

Rambut dah mula panjang. Jangan harapla nak bawa gunting kat luar. Menangis macam kena dera. Dah 2kali trim rambut adik, itupun ketika dia tidur.

Bila adik tersenyum..


Aksi ketuk ketampi..haha kakak yang ajar adik ketuk ketampi

Pipi labuh


With kakak

Kakak jeles bila mummy upload gambar adik jer..ok belanja 2 gambar kakak.

Wednesday, November 26, 2014

Mini konvo tadika suria perdana

Mini konvo ni pada 16 Nov lepas, ini bermakna berakhir sudah seisi pembelajaran untuk tahun 2014. Konvo ni lebih kepada meraikan kanak2 6 tahun yang akan menamatkan alam pra sekolah sebelum melangkah ke alam persekolahan yang lebih formal. Humaira masih ada setahun lagi di tadika. Tahun depan Tadika Suria Perdana akan join tadika ABS. Humaira pun saya akan hantar ke tadika yang sama. Semoga lebih sukses.

Layan gambar-gambar sekitar majlis konvo Humaira. Majlis ni diadakan di dewan Alam Budiman. Semua pelajar dapat hadiah. Tiada no 1,2 atau 3. Bagi saya bagus buat begitu, sebab kanak2 ni baru lagi kenal alam persekolahan, tak perlu beri tekanan kepada mereka. 
 

Persemabahan dari anak2 Suria Perdana.

Persembahan tarian comel dari kanak2 4 tahun
Persembahan choral speaking dari kanak2 5 tahun. Senget benget tudung Humaira
Persembahan tarian kanak2 perempuan 6 tahun
Persembahan hafazan kanak2 lelaki 6 tahun

Humaira dapat hadiah beg frozen..happy kemain

Humaira dapat hadiah untuk peningkatan pembelajaran. Semua dapat hadiah, bergantung kepada potensi masing2..

2 beradik..













Thursday, November 20, 2014

Musim hujan bermula..

Selalunya akhir tahun akan berlakunya musim hujan. Alhamdulillah, hujan rahmat setelah kita di duga dengan musim kemarau yang panjang sehingga berlakunya catuan air di negeri Selangor.  Hujan turun dengan lebat dan kadang-kadang renyai tetapi dalam masa yang lama menyebabkan cuaca dingin dan sejuk, juga menyebabkan selsema semakin meniingkat. Tidak ketinggalan anak sulung saya, Humaira yang diserang demam selsema dan batuk, saya telah ke klinik dan kesusahan kami sekeluarga ialah Kakak susah nak makan ubat. Sebenarnya bukan Kakak sahaja tetapi ramai lagi kanak-kanak lain. Saya juga ketika kecil, susah nak makan ubat.

Hujan lebat dan berterusan ini menyebabkan kekerapan banjir kilat. Waktu-waktu monsun ini seringkali menyebabkan saya dalam kerisauan untuk membawa kereta ke KL kerana sering berlaku banjir kilat. Salah satu sebab yang saya perhatikan ialah pembersihan saluran air dan longkang yang kurang kerap. Apabila hujan turun dengan lebat, air yang sepatutnya mengalir ke saliran, gagal kerana tersumbat atau sempit akibat daun dan sampah. Jadilah banjir kilat. Kadang kala pembinaan berhampiran menyebabkan jadinya saliran tersumbat. 

Ada juga penyebab banjir kilat iaitu saliran tidak dapat menampung air yang terlampau banyak. Solusinya senang, tambah saliran, besarkan saliran. Keadaan hujan ini berlaku tiap-tiap tahun jadi mestilah sudah ada pengalaman. Sama juga solusi saliran tersumbat, bersihkan kerap. Jika disebabkan pembinaan, suruh pembina itu bersihkan saliran. 

Cuaca berat dihadapan. AWAS

Saya cuma rakyat yang risaukan keselamatan apabila berlaku banjir kilat, dan risaukan kenderaan dimasuki air. Saya cuma mahukan penyelesaian. Cuma kes angin kencang, ribut dan puting beliung yang dilihat semakin kerap berlaku memang tiada penyelesaian kecuali doa. Tanda bumi semakin tua. 
 
 

Tuesday, November 11, 2014

Cheap Tote Bag by Zalora

Tote menurut Wiki ialah ‘to carry’ dan bermula sekitar 1940an ianya menjadi kegilaan wanita di USA. Saya secara peribadi mempunyai beg tote berjenama dan saya sukakannya sebab beg tote ni besar, ada anak ini macam-macam boleh disumbat dalam tote. Lagipun tote ni trendy dan menepati gaya wanita urban masa kini, tetap stylo.
Dalam tote saya ada wet tissue, handphone, power bank, semuanya ada. Kalau lelaki mungkin mereka suka pakai beg di belakang macam beg laptop tapi kita kaum hawa ni lebih sesuai dengan tote, nampak lebih feminin.
Korang pernah tonton rancangan siri popular iaitu Sex And The City yang satu ketika dahulu? Jika ya, maka anda pasti kenal dengan karakter empat rakan yang tinggal di bandar New York, menceritakan tentang hidup mereka dalam mencari cinta dan kehidupan.

Daripada empat orang ini antara karakter yang paling disukai ramai ialah Samantha Jones. Seorang wanita yang mempunyai karier yang menarik, personaliti yang hebat dan seksi serta cita rasa yang sangat bagus terhadap fesyen. Samantha adalah contoh jelas wanita
urban masa kini yang begitu hebat dalam bergaya. Beliau sentiasa tampil dengan stail fesyen terkini dengan busana yang anggun dan koleksi tote bag yang paling cantik!

Bagusnya tote ni, kita boleh menggayakannya sambil memakai pelbagai jenis pakaian kerana terdapat pelbagai design tote dari segi material dan warna. Saya kebetulan meninjau-ninjau Zalora untuk melihat design tote dan koleksi cheap tote bag yang mengujakan, bukan sahaja ada design yang cantik-cantik tapi juga menawarkan harga-harga yang menjimatkan, maklumlah dengan keadaan ekonomi sekarang ini, kita sentiasa mencari sesuatu yang value for money.
Dulu masa petrol murah memang seronok lah window shopping kesana kesini mencari bag tote yang kita berkenan dan sesuai, tetapi semua ini memakan masa,tenaga dan wang. Nak bayar petrol lagi, duit parking lagi, nak hadap jem lagi. Bayangkan dah kesana kesini tapi masih juga tak jumpa tote kita. 
Dengan kemudahan online shopping seperti Zalora ni, boleh window shopping dari rumah sahaja, tak payah makeup tebal tebal, rambut macam sarang tebuan pun kita boleh window shopping. Kalau takde connection internet dirumah, boleh je guna mobile internet smartphone. Kalau rasa tak berkenan dengan barang yang telah dibeli di Zalora, jangan risau kerana Zalora mempunyai terms and condition yang melindungi pelanggan.
Oleh itu, apabila, point your browser to cheap tote bag dan terokailah pelbagai design tote dengan harga yang menarik. Selamat membeli belah secara maya. 

Tuesday, November 4, 2014

Gambar kelas

Seronok betul si Kakak Humaira dapat gambar kelas kali pertama dalam hidup dia. Setiap hari ditelek2 gambar sambil senyum sorang2..Saya pun tumpang seronok juga. Kuasa Allah, rasa macam baru sahaja Kakak dilahirkan. 




My hubby ada mencatit pengalaman ketika menunggu saya melahirkan si Kakak di sini. How historical those event to both of us.

Thursday, October 30, 2014

Masalah Astro Decoder

Last week Astro Decoder saya digantikan lagi oleh staf Astro secara percuma. Semuanya kerana decoder menjadi terlalu lembab di mana untuk tukar channel sahaja memakan masa beberapa minit. Tu belum kisah tengah seronok menonton tiba-tiba reboot sendiri. Ini semua tanda decoder sudah jahanam. Tidak pasti apa penyebabnya,   namun saya menjangkakan bahawa hardware failure ini disebabkan kualiti decoder yang kurang baik. Nasib baiklah Astro tidak mengenakan bayaran terhadap penukaran decoder ini, semuanya FOC. 
Cuma proses penukaran ini leceh. Perlu call customer service yang saya lihat sentiasa sibuk dengan panggilan. Saya perlu menunggu beberapa minit sehinggalah panggilan saya disambung untuk bercakap dengan customer service. Dan kemudian diberikan tempoh 48 jam untuk technician hubungi saya dan selepas 48 jam habis, saya gegar lagi Customer Service dan kemudiannya baru lah ada technician yang call saya untuk appointment. 
Malang buat diri saya kerana semua yang dirakam dalam hardisk PVR lama hilang kerana decoder saya terpaksa ditukar. Sepatutnya ada option untuk transfer rakaman lama ke decoder baru. Satu aspek yang Astro perlu perbaiki selain dari proses penukaran decoder. 

Decoder lama saya yang rosak
 
Technician sedang dalam proses menukar decoder

 
Decoder baru yang diberi. Siap built in Wifi

Dan selepas selesai penukaran decoder, terpaksa menunggu hampir satu jam agar sim card baru saya diaktifkan. Mungkin kerana musim hujan menyebabkan ianya lambat. Ketika technician datang ke rumah, cuaca mendung. Saya tidak pasti berapa lamakah decoder ini akan bertahan sebelum ianya menjadi lembab dan sering reboot. Yang pasti saya tahu ianya akan berlaku dan saya terpaksa melalui proses penukaran decoder sekali lagi. Walaupun percuma tapi prosesnya leceh dan remeh. Saya mungkin akan terminate Astro terus kerana saya juga mempunyai Unifi dan anak-anak saya sekarang lebih selesa menonton rancangan kegemaran mereka di internet menggunakan tablet. Kalau guna TV pun mereka lebih gemar menonton rancangan mereka yang telah diletakkan dalam USB thumbdrive. Nampak tiada keperluan sangat untuk menggunakan Astro ini. Untuk berita terkini pun, news di website lebih pantas. Ketika tragedi MH17 dan MH370 pun segala berita saya dapat lebih pantas dari laman web news agency di internet. 

Suasana mendung di luar, sama mendungnya dengan servis Astro masa kini
 Apa yang saya lihat ialah walaupun perkhidmatan Astro telah dipertingkatkan dengan saluran HD, Astro First, AOD tetapi saya dapati bahawa hardware untuk pengguna tidak dapat menampung kehebatan perkhidmatan yang disediakan. Lebih-lebih lagi sekarang ini terdapat banyak medium untuk mendapatkan maklumat dan hiburan. Kos bayaran juga semakin tinggi dan saya pasti 2-3 tahun lagi Astro akan naikkan yuran langganan terutama Sports Channel. Kos hidup semakin meningkat tidak selaras dengan kenaikan gaji. Apabila jimat cermat menjadi keutamaan dalam hidup, Astro yang akan dikorbankan dahulu.


* update...

Minggu ini saya cuba view kembali rakaman Majalah 3 namun apabila saya tekan Play, tiada response dan apabila saya cuba untuk view kesemua yang telah saya rakam sebelum ini, tiada sebarang response lalu saya reboot kembali decoder. Proses reboot untuk decoder baru ini lebih laju dari decoder lama yang rosak. 

Selepas reboot, baru lah PVR saya beroperasi seperti biasa, boleh record dan playback. Cuma saya terkejut rupanya Majalah 3 yang dirakam hanyalah berdurasi 16 minit sahaja sedangkan seingat saya pada malam itu saya memang merakam keseluruhan episod sebelum saya tutup decoder (standby mode).

Adakah tanda-tanda ini merupakan simptom awal decoder ini juga tidak bagus? Adakah decoder ini perlu direboot setiap hari.



Wednesday, October 29, 2014

Aktiviti riadah

Hujung minggu kalau tak kemana2, saya suka bawa kids pergi padang supaya mereka bebas berlari. Tempat yang saya suka di Shah Alam ni di Dataran Shah Alam ataupun padang Setia Alam City Mall. Dua2 tempat ni menarik. Anak2 saya lagi suka ke Setia Alam sebab dekat dgn playground dan juga air pancut.

Dihadapan Setia Alam City Mall

Budak yang takmo bergambar

Gambar di bawah ni di kawasan dataran Shah Alam. Kawasan ni memang besar. Ada playground, wet world, akuarium,  tasik shah alam. Budak2 UiTM memang rajin melepak kat tasik. Rindu zaman campus life. Tempat yang kami pergi ni kawasan padang, berhampiran dengan masjid dan juga bangunan MBSA. Ramai parents bawa anak2 sambil berkelah.


Last but not least, gambar anak bujang yang baru di trim rambutnya. Jangan haraplah nak potong rambut kat kedai or salon memang nanges tak hengat. Mummy rimas tgk rambut panjang, time Firaas tido kita kasi cantas. Nasibler anak kalau senget benget. Dah pujuk mummy potong kat rumah tak jalan juga, so kita tunggu waktu dia tidur. hehehe

Thursday, October 23, 2014

meroti dan mendonut

Lately ni suka pulak buat roti. Hari tu buat stok inti curry kentang dlm kuantiti yg byk, dptlah buat mcm2. Buat roti, pau dan juga karipap. 

Cuti deepavali semalam buat roti. Macam2 ada..roti tuna, curry, kacang merah, sosej, mini bun.

Di uli oleh breadmaker. Kejadian setelah diuli. Breadmaker ni akan ambil masa 30 minit untuk uli dan sejam warm untuk naikkan roti jadi gebu gebas.
Juga buat pizza. Kalau letak mozarella cheese mesti lagi best. 

Resepi roti ni saya dapat dari kawan saya. Memang gebu gebas kejadiannya. 
Tepung gandum 500g [saya tukar 100g tpg gandum, 400g tpg roti]
Gula -100g
Yis kering- 15g
Susu tpg -25g (tak letak)
Improver -2g
Garam -7g
Telur -1 bjik
Majerin- 50g [saya tukar 25g marjerin, 25 g shortening]
Air- 250ml
*saya tambah bread softener 1 sudu kecil

**tips..yis dan garam jangan letak sekali. Garam akan menyebabkan yis tidak naik sempurna. 
Adunan ni saya masuk dalam breadmaker.  


Pau ni saya guna tepung pau brand bakers choice. Sebenarnya nak beli tepung gandum sekali sampai rumah baru perasan terambil tpg pau. Cuba je lah buat pau..Alhamdulillah menjadi. 

Sebelum di kukus

Selepas dikukus

Tepung pau yang saya guna. Resepi pau ni dekat bahagian belakang plastik pau ni ada. saya memang follow yang tu.

 
Roti yang sangat famous di laman sosial sekarang ni...roti sarang lebah. Resepi kalau kita search di internet hampir sama kesemuanya..

 Resepi ni saya ambil dari dapur Kak Nor. 
 resipi : Lydia Honey
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan oven anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
 10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Thursday, October 16, 2014

Farm in the city di Seri Kembangan

Mungkin ramai yang dah sampai ke sini. Saya tau tempat ini semasa jalan2 di MPH SACC Shah Alam, ada banner tentang Farm in the City ni. Dibuka pada June 2012. Sejak dari tu tanam niat nak bawa my kids ke sini. Farm in the City lebih kepada petting zoo yang mementingkan 3 element iaitu animals, plants and nature sebagai tarikan utama. Tempat yang menarik untuk dilawati bersama anak2..Boleh lihat animals dengan lebih dekat, boleh pegang dan beri makan.

Bayaran masuk untuk dewasa dengan my kad RM30, kanak2 RM25, toodler ketinggian below 90cm FOC. Harga agak mahal tapi puas hati dan berbaloi. Boleh bagi makanan dekat haiwan. Makanan haiwan disediakan.  Kalau nak murah boleh ambil pakej, 2 dewasa dan 2 kanak. harga dah lupa sebab saya pergi tempat ni bulan lepas. Lokasinya di belakang pasaraya Giant Seri Kembangan... Detail boleh tengok Facebook mereka DI SINI

Waktu Operasi:
Monday : 10am till 6pm
Wednesday - Friday : 10am till 6pm
Saturday, Sunday, : 9.30am till 6pm
School/Public Holidays

 Macam2 haiwan ada seperti pelbagai spesis burung, ikan, kura2, rusa, landak, arnab dan banyak lagi. Jangan expect binatang besar macam gajah, zirafah ada kat sini ye..nama pun petting zoo. Kebanyakan binatang kat sini semuanya jinak2. Satu je kelemahan, tempat ni tak sesuai bawa stroller. Kawasan berbukit- bukau. Hero kecik saya sentiasa berdukung dalam ni..Sebab??? dia sangat PENAKUT dengan haiwan2 kt sini. Mana taknya, jinak2 semuanya binatang,  nak dekat dengan kita. Apa lagi takutlah hero mummy.

Sebenarnya tadika my daughter, Humaira ada lawatan ke Kilang coklat Beryls, Dominos Pizza dan Farm in the City. So daddy decide kita just follow ke Farm in the City.

Layan gambar2 yang ada..
Staff kat sini pun sangat friendly. Siap ajar macamane nak bagi burung makan. Letak je makanan kat tangan, semua burung akan datang. Tergelak2 aku, geli bila burung ni patuk ambik makanan.

Bagi kambing makan. see....my hero berdukung.

Humair pegang kambing dibantu oleh cikgu. Sebenarnya dia penakut, tapi depan cikgu control habis..kekeke

Masa jalan2, terjumpa dengan kura2 gergasi. Jangan terkejut ya..tgh ralit berjalan ada kura2. Umur 32 tahun, berat 60kg ..



Buah apa ya? Banayk sangat buah ni kt sana. Geramm rasa nak ambik je

Lari arnab2 ni dikejakan budak2 ni..

Boleh tangkap ikan..Yang kelakarnya, ramai budak2 ni jatuh dalam air. Geram sangat kot, tangkap tak dapat. Baik terjun terus.

Gambar ni paling comel. Daddy letak sebagai wallpaper.  Macam poster



nuffnang

Related Posts with Thumbnails