23 dec..Hari ni genap 8 tahun usia perkahwinan kami..Semoga kita dapat menempuhi segala susah senang bersama. 8 tahun
perkahwinan ini, macam2 kita lalui bersama. Tidak ada satu perkahwinan
pun yang sempurna, yang boleh memberi jaminan akan sentiasa berada dalam
keadaan tenang. Kadang2 berlaku juga perselisihan faham. Bukan mudah
sebenarnya membina kehidupan bersama individu yang berbeza dari segala
segi. Namun yang paling penting cara penyelesaian yang positif perlu
digunapakai. Dari itu kita akan dapat mempelajari kesilapan dan
memperbaiki di masa hadapan. Insyaallah.
Bagi saya, persefahaman suami isteri sangat penting, ia bukan boleh
dicapai sehari dua tetapi merupakan satu perjalanan sepanjang usia
perkahwinan. Cabarannya mungkin berbeza di awal perkahwinan, pertengahan
dan hujungnya tetapi yang penting kita menerima diri masing-masing seadanya. Perbaiki
kelemahan yang ada untuk kesempurnaan rumah tangga kerana kita bukanlah
insan yang sempurna, yang tidak lepas dari kesilapan.
*Khamis lepas, hubby dah mula bertugas setelah empat tahun cuti belajar sepenuh masa. Bermulalah kerja iron baju hubby kerja yang paling aku tak suka . Hahaha. Untuk abang, Selamat kembali bertugas dan mendidik anak bangsa.
4 comments:
Happy anniversary Nieda & husband...
Selamat ulangtahun perkahwinan.Moga bbahagia hingga taman2 syurga...amin
happy anniversary nieda..=)
hepi aniversary nieda dan suami.... moga kekal bahagia ke akhir hayat...:)
Post a Comment