My sweet story...

My sweet story...

Thursday, November 20, 2014

Musim hujan bermula..

Selalunya akhir tahun akan berlakunya musim hujan. Alhamdulillah, hujan rahmat setelah kita di duga dengan musim kemarau yang panjang sehingga berlakunya catuan air di negeri Selangor.  Hujan turun dengan lebat dan kadang-kadang renyai tetapi dalam masa yang lama menyebabkan cuaca dingin dan sejuk, juga menyebabkan selsema semakin meniingkat. Tidak ketinggalan anak sulung saya, Humaira yang diserang demam selsema dan batuk, saya telah ke klinik dan kesusahan kami sekeluarga ialah Kakak susah nak makan ubat. Sebenarnya bukan Kakak sahaja tetapi ramai lagi kanak-kanak lain. Saya juga ketika kecil, susah nak makan ubat.

Hujan lebat dan berterusan ini menyebabkan kekerapan banjir kilat. Waktu-waktu monsun ini seringkali menyebabkan saya dalam kerisauan untuk membawa kereta ke KL kerana sering berlaku banjir kilat. Salah satu sebab yang saya perhatikan ialah pembersihan saluran air dan longkang yang kurang kerap. Apabila hujan turun dengan lebat, air yang sepatutnya mengalir ke saliran, gagal kerana tersumbat atau sempit akibat daun dan sampah. Jadilah banjir kilat. Kadang kala pembinaan berhampiran menyebabkan jadinya saliran tersumbat. 

Ada juga penyebab banjir kilat iaitu saliran tidak dapat menampung air yang terlampau banyak. Solusinya senang, tambah saliran, besarkan saliran. Keadaan hujan ini berlaku tiap-tiap tahun jadi mestilah sudah ada pengalaman. Sama juga solusi saliran tersumbat, bersihkan kerap. Jika disebabkan pembinaan, suruh pembina itu bersihkan saliran. 

Cuaca berat dihadapan. AWAS

Saya cuma rakyat yang risaukan keselamatan apabila berlaku banjir kilat, dan risaukan kenderaan dimasuki air. Saya cuma mahukan penyelesaian. Cuma kes angin kencang, ribut dan puting beliung yang dilihat semakin kerap berlaku memang tiada penyelesaian kecuali doa. Tanda bumi semakin tua. 
 
 

6 comments:

Nastyna said...

perubahan cuaca... tambah lagi dengan global warming semua. moga cepat sihat yer.

aIEn said...

salam pagi jumaat =)

εïзmmyHazaεïз said...

Xsempat sembang lama dengan nieda malam kelmarin. Kesian anak2 kan. Ujung2 tahun mmg bulan sesema semua. Musim ujan

LYAfrina said...

Kat sini pom hujan lebat. Non stop. Dgn paras air sg tinggi. Mmg kna jaga2 la.. tkut kna bnjir mgejut cam thn lps

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

kalau hujan mesti jalan jem..aduzzz

NzA said...

kesiannya...moga cpt sembuh...
mmg risaukan tetiba banjir kilat....patutnya pihak berwajib lebih peka dgn keadaan semasa.

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails