My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, November 26, 2014

Mini konvo tadika suria perdana

Mini konvo ni pada 16 Nov lepas, ini bermakna berakhir sudah seisi pembelajaran untuk tahun 2014. Konvo ni lebih kepada meraikan kanak2 6 tahun yang akan menamatkan alam pra sekolah sebelum melangkah ke alam persekolahan yang lebih formal. Humaira masih ada setahun lagi di tadika. Tahun depan Tadika Suria Perdana akan join tadika ABS. Humaira pun saya akan hantar ke tadika yang sama. Semoga lebih sukses.

Layan gambar-gambar sekitar majlis konvo Humaira. Majlis ni diadakan di dewan Alam Budiman. Semua pelajar dapat hadiah. Tiada no 1,2 atau 3. Bagi saya bagus buat begitu, sebab kanak2 ni baru lagi kenal alam persekolahan, tak perlu beri tekanan kepada mereka. 
 

Persemabahan dari anak2 Suria Perdana.

Persembahan tarian comel dari kanak2 4 tahun
Persembahan choral speaking dari kanak2 5 tahun. Senget benget tudung Humaira
Persembahan tarian kanak2 perempuan 6 tahun
Persembahan hafazan kanak2 lelaki 6 tahun

Humaira dapat hadiah beg frozen..happy kemain

Humaira dapat hadiah untuk peningkatan pembelajaran. Semua dapat hadiah, bergantung kepada potensi masing2..

2 beradik..













5 comments:

lieyalatif said...

meriah sambutannye nieda....

alhamdulillah...moga humaira terus cemerlang dan cemerlang.... sentiasa dpt A untuk semua subjek...in sha Allah....

aIEn said...

dasyat sekolah skrng skrg. siap ade majlis konvokesyen kan...zaman kite2 dulu mana ade =(

Eda Ejai said...

seronok tengok bdak2 dah abes skolah tadika.. nnt masuk dajah satu plak..

LYAfrina said...

Cerianya pntas n persembahan anak2.
Alhamdulillah..tahniah utk humaira

NzA said...

TAHNIAH humaira...
cepatnya masa berlalu...humaira dh masuk tadika...

suka tgk pic akhir tu...sweet je 2 beradik tu brpegangan tngan.

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails