My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, November 11, 2014

Cheap Tote Bag by Zalora

Tote menurut Wiki ialah ‘to carry’ dan bermula sekitar 1940an ianya menjadi kegilaan wanita di USA. Saya secara peribadi mempunyai beg tote berjenama dan saya sukakannya sebab beg tote ni besar, ada anak ini macam-macam boleh disumbat dalam tote. Lagipun tote ni trendy dan menepati gaya wanita urban masa kini, tetap stylo.
Dalam tote saya ada wet tissue, handphone, power bank, semuanya ada. Kalau lelaki mungkin mereka suka pakai beg di belakang macam beg laptop tapi kita kaum hawa ni lebih sesuai dengan tote, nampak lebih feminin.
Korang pernah tonton rancangan siri popular iaitu Sex And The City yang satu ketika dahulu? Jika ya, maka anda pasti kenal dengan karakter empat rakan yang tinggal di bandar New York, menceritakan tentang hidup mereka dalam mencari cinta dan kehidupan.

Daripada empat orang ini antara karakter yang paling disukai ramai ialah Samantha Jones. Seorang wanita yang mempunyai karier yang menarik, personaliti yang hebat dan seksi serta cita rasa yang sangat bagus terhadap fesyen. Samantha adalah contoh jelas wanita
urban masa kini yang begitu hebat dalam bergaya. Beliau sentiasa tampil dengan stail fesyen terkini dengan busana yang anggun dan koleksi tote bag yang paling cantik!

Bagusnya tote ni, kita boleh menggayakannya sambil memakai pelbagai jenis pakaian kerana terdapat pelbagai design tote dari segi material dan warna. Saya kebetulan meninjau-ninjau Zalora untuk melihat design tote dan koleksi cheap tote bag yang mengujakan, bukan sahaja ada design yang cantik-cantik tapi juga menawarkan harga-harga yang menjimatkan, maklumlah dengan keadaan ekonomi sekarang ini, kita sentiasa mencari sesuatu yang value for money.
Dulu masa petrol murah memang seronok lah window shopping kesana kesini mencari bag tote yang kita berkenan dan sesuai, tetapi semua ini memakan masa,tenaga dan wang. Nak bayar petrol lagi, duit parking lagi, nak hadap jem lagi. Bayangkan dah kesana kesini tapi masih juga tak jumpa tote kita. 
Dengan kemudahan online shopping seperti Zalora ni, boleh window shopping dari rumah sahaja, tak payah makeup tebal tebal, rambut macam sarang tebuan pun kita boleh window shopping. Kalau takde connection internet dirumah, boleh je guna mobile internet smartphone. Kalau rasa tak berkenan dengan barang yang telah dibeli di Zalora, jangan risau kerana Zalora mempunyai terms and condition yang melindungi pelanggan.
Oleh itu, apabila, point your browser to cheap tote bag dan terokailah pelbagai design tote dengan harga yang menarik. Selamat membeli belah secara maya. 

5 comments:

Akak Zenfone said...

betul juga online shopping jimat petrol. kalau macam tu saya akan tinjau website zalora. Terima Kasih kerana introduce saya pada zalora. i like.

εïзmmyHazaεïз said...

xpernah try zalora lagi.. Acik klu beli tote bag mmg yg senang sumbat susu pampers anak2 :)

Hana Syed said...

adeii hana scary juga nak membeli dengan zalora. Sebab ada a few bad feedback. Lagipun handbeg ni suka belek2 dulu..

lieyalatif said...

TU LAA tote bagus kan neida..besar senang nak sumbat pampers anak hahahahaha...lieya pun henbeg besar...tapi kalo santai2 kuar bawak henbeg kecik ajek....

LYAfrina said...

Cantik... sng nk isi brg..
Lya pnh shopim 2x kat zalora 2thn lps.. bju asta.. mmg cantik. Skarang dh lma x shoping

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails