My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, February 28, 2012

Humaira admitted at KPJ Selangor

dah 2 malam Mummy dan Humaira berkampung di KPJ SPECIALIST HOSPITAL..Humaira start demam dan muntah hari Ahad petang lepas balik kampung di Muar.. lepas Magrib daddy ajak bawa Humaira pergi klinik UMRA. Doktor terus buat surat refer Humaira untuk warded bila nadi dia laju dan dia pun dah dehydrate. KEsian mummy tengok Humaira. sangat stress dan takut duduk hospital. mummy doakan humaira cepat sembuh..

Thursday, February 23, 2012

adik Faris telah kembali ke PenciptaNya

takziah buat En Sham dan keluarga atas pemergian anak tersayang pagi tadi.. setiap hari saya mengikuti kisah arwah di blog mazidulakmal.com . sesungguhnya Allah lebih sayangkan arwah..

Wednesday, February 22, 2012

Garlic roll (without egg)


Hari tu terpandang garlic roll di blog Kak Ita , terus teruja nak buat. Husband pun dah bising breadmaker lama tak guna. Saya buat garlic roll guna tepung gandum je. Stok tepung roti kat dapur dah tak elok, cepat sangat tercemar. Guna tepung gandum pun not bad.

Kalau ada yang nak cuba resepi ni saya rekomen, memang sedap. Saya guna breadmaker campak je semua bahan2 dalam mesin, biar mesin yang buat kerja. Hehe.. Step by step boleh tengok di blog Sis Suhana yer.

Resepi Garlic roll
by:  Suhana
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar olive oil

Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit
 
GARLIC SPREAD
By : Suhana

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
secubit garam ~ ita tambah
sedikit lada hitam kisar ~ ita tambah
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

Garlic bread sedap dimakan bersama mushroom soup. Saya beli yang segera jer.

Friday, February 17, 2012

Jalan-jalan di i-city


Dah lama nak bawa Humaira ke i-city. Hujung tahun lepas family saya datang dan bawa mereka pergi i-city. Cuma kami tak singgah, just tunjukkan jalan sebab time tu Humaira demam panas. Punyalah ramai umat manusia masa tu, so daddy kata tak payah bawa Humaira. Apalagi mengamuklah member....So baru2 ni baru berkesempatan bawa Humaira ke i-city. Tiket parking je dah RM10 per entry. 


Humaira yang sangat teruja tengok lampu cantik..Bangun pagi esoknya tak habis lagi bercerita lampu cantik
Tak sah kalau tak kena pau dengan benda bercahaya atas kepala Humaira tu. Layankan aje, asalkan happy
 

Banyak juga mainan yang Humaira naik. Kuda berpusing. mini train, apa ntah lagi x ingat.  Ketinggian bawah 90cm free tapi kena ada penjaga. Penjaga kena bayar..

Daddy sangat gayat naik benda ni, padahal buaian ni slow je. Puas pujuk baru nak. RM10 seorang untuk naik benda ni.
Muka cuak..wakakak
 
View dari atas buaian

Thursday, February 16, 2012

Chocolate chip cookies ala famous amos

Adeii..sebenarnya saya dah buat entry ni 2 hari lepas dan schedule hari ni..Tapi bila buka tadi semua yang saya tulis hilang. Terpaksa karang balik.

Buat cookies ni projek weekend lepas. Bila BW blog ana ternampak ana baking cookies terus terasa nak buat. Lepas tu tengok pula di blog Diana lagilah semangat nak buat.Boleh pula masa cari bahan nak buat cookies lupa nak salin resepi, sudahnya beli tepung instant je. Senang keja just campur 150ml butter dan 1 biji telur.


Saya beli tepung jenama nona. Sebelum ni dah pernah buat cookies guna tepung nona tapi saya guna  butter brand buttercup dan chocolate chip yang biasa je. Kali ni saya guna bahan2 premium ternyata sedap. Saya guna butter SCS, chocolate chip Hershey's, coklat cadbury tu saya parut, almond dan walnut, serbuk koko van hounten dan black koko (black koko kononnya nak bagi hitam ala2 double choc chip famous amos)

Saya buat besar2, senang nak habiskan adunan.

Yang ada coklat M&M tu untuk Humaira. Dia yang request nak letak coklat M&M
    
Next time nak cuba buat cookies guna resepi dari buku Wendy Kor pula

Wednesday, February 15, 2012

Projek apam polkadot dan tart

Wordless wednesday...  Hari kurang berkata2..Layan gambar ajelah...

Projek bersama kawan baik saya, Yani. Dari last year Yani plan nak belajar buat apam polkadot dan cheese tart dari saya, asyik tertangguh je. Last week baru berjaya.


Alhamdulillah gebu je. Saya punya style kalau bancuh adunan apam ni, masa nak kukus apam mesti try sikit dulu. Kukusan pertama ni menetukan hasil seterusnya.

Hasil keseluruhan...
 
Dua budak comel yang suka makan apam..
  
Masa tengah sibuk2 buat cheese tart dengar suara Humaira menangis. Rupa2nya dah ada bawah katil, masuk pandai nak keluar tak reti. Huhu

Sory sangat2 Yani, tak sempat nak tunggu cheese tart habis masak. Husband saya dah ready nak pick up..Next time kalau ada masa kita buat projek lain pula. Hehe

Tuesday, February 14, 2012

Jalan2 di Bagan Pasir Kuala Selangor

Jalan2 di Bagan Pasir semasa cuti Deepavali lepas. Ini rentetan dari jumpa geng vios di Pantai Remis tempohari. Member daddy yang tinggal berdekatan Kuala Selangor bagitau kalau nak beli ikan fresh salah satu tempat yang menarik adalah Bagan Pasir. Oleh kerana cuti empat hari masa tu, daddy decide beli ikan di Bagan Pasir. Harga ikan tak jauh beza dari pasaran, tapi yang penting fresh. 

Kami sampai sana dalam tengahari. Sempat juga lunch seafood di sana. Tak ingat nama restoren tu, tapi memang betul2 menghadap laut. Walaupun waktu tengahari tapi angin tiup sangat best. Tak terasa langsung bahang panas. Kebetulan pula ada orang memancing, suka betul Humaira tengok. Kejap2 dapat ikan. 

Restoren seafood yang menghadap laut.


Kami order ikan siakap stim 3 rasa. Setakat yang pernah saya makan ikan stim, ini paling sedap

Sotong goreng tepung untuk cik adik manis Humaira
Lepas lunch misi mencari ikan segar. Kami beli di pasar je sebab masa sampai tu  nelayan belum mendarat lagi. Macam2 ikan yang dibeli, ada ikan merah, pari, kembung, tenggiri, dan sotong. Bolehla buat stok untuk 2 minggu. 

Ini pula antara menu yang sempat saya masak...
Ikan bawal masak tiga rasa

Asam pedas


Sunday, February 12, 2012

Mengumpul stamp guardian dan tesco

Inilah kali pertama saya terjebak nak kumpul stamp. Pandai betul strategy marketing dorang ni. Sebelum ni kalau dapat stamp buang aje. Mula2 dengan guardian yang buat promosi diadora bag sehingga hujung bulan March ni. Sekali shopping terus dapat 8 stamp. Itu yang semangat nak terus kumpul. Dapat 20 stamp pun jadilah...Bila dah dapat collect 20 stamp husband kata tunggu sampai 40 stamp. Meroyann mak nak tunggu sampai 40 stamp cik abang oii.. Ada sape2 tak nak sedekahkan stamp kat saya??? Hehe

Ada lagi 7 stamp untuk cukupkan 40. Ada blogger nak sedekah kat saya tak? sambil buat muka comel

Tesco pula kumpul stamp untuk dapatkan pisau Thomas jenama terkenal dari Jerman. Mula2 memang saya tak minat, kena berbelanja RM50 untuk dapatkan 1 stamp. Banyak ooo. Nak dijadikan cerita, petang semalam pergi Tesco husband beli barang elektrik terus dapat 8 stamp. Apalagi semangat  nak kumpul stamp datang. Sekarang ni dah ada 10 stamp, so bolehla beli pisau dengan harga diskaun. Nak free kena kumpul minimum sekurang2nya 20 stamp, tak mampulah den.
Baru ada 10 stamp.

Saturday, February 11, 2012

Hadiah birthday untuk anak buah

Baru aje rasanya Mak Ngah tulis entry tentang menanti kelahiran anak buah, tup2 dah setahun usia Khaira pada 10 Feb lepas. Dah start berjalan walaupun atuknya cakap jalan macam orang mabuk. Hehe. Semoga Khaira membesar dengan sihat dan bijak. Nak hadiah datang Shah Alam ye, Mak Ngah tak pasti bila nak balik Ipoh  lagi. Ajak mama Khaira datang Shah Alam, boleh jumpa dengan Humaira. Buat masa ini Khaira satu2nya sepupu Humaira.


Friday, February 10, 2012

Homemade satay goreng dan kuah kacang

Cuti 4 hari lepas most of the time duduk rumah je. Masa CNY hari tu dah balik kampung so cuti panjang sempena maulidur rasul dan thaipusam duduk diam2 je kat rumah. Pergi jalan2 pun dekat2, ongkos sudah kempis. Yang geramnya ongkos kempis2 pun sempat juga husband beli PS3. Dah lama dia mengidam, i je tak bagi dia beli. Kalau terlampau addict, nanti study entah ke mana... lagi pun husband dah ada PS2,dan PSP. Katanya dah lama dia kumpul duit. Daripada beli PS3 baiklah beli kan Humaira LeapPad. Heheheh Melalut pulak.. Nak cerita buat satay sempena cuti tempohari..

Kalau nak beli ayam bahagian dada saya suka beli di pasaraya NYK Meru, Klang. Sebabnya bahagian dada dah siap buang tulang. Harga pun murah compare dengan pasaraya besar. Sebelum ni saya pernah buat satay bakar dalam oven, rasa ok cuma bila masak dalam oven satay jadi kering. So kali ni try goreng pula. Saya suka rasa juicy.  Resepi asal dari Kak Liza, bakar guna oven tapi saya ubah dengan goreng.

Tengah masak dalam kuali non stick

Hampir masak.

Dah masak, cucuk guna lidi. Baru feel nak makan.

Sedap, husband suka sebab takde lemak, 100% isi daging shj.

Kuah kacang



Sate Ayam 
Sumber: Hanieliza 

500 gm isi ayam/daging [hiris kecil dan nipis]
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 s/k jintan manis - dikisar
1 s/k jintan putih - dikisar
** serbuk ketumbar ( i tambah skit)
1 s/b gula
5 ulas bawang merah - di kisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 s/k garam - dikisar

Bahan tambahan:
timun [dipotong kecil]
bawang besar [potong kecil]
nasi himpit [potong dadu]
Kuah Kacang

CARA:
1. Perapkan daging ayam/lembu dengan bahan yang telah dikisar selama 3 atau 4 jam. (saya perap semalaman)
2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak (minyak tu agak2 dalam 3 sudu besar)
3. Goreng hingga 3/4 masak, kemudian tambahkan 2 sudu besar lagi minyak dan masak sehingga kering.




Kuah kacang pula saya cuba resepi dan Rinn. Sebelum ni pernah cuba kuah kacang versi Dayang jack, kali ni ubah selera pula.

KUAH KACANG IBUNDA
Sumber: Rinnchan 

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam

Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.

6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.

Kuah Kacang actually taste better after a few hours of cooking it. The longer you let it sit the tastier it becomes. That`s why I normally cook it the night before Hari Raya, so the next morning I`ll find it tastes much much better than after it was cooked.

Monday, February 6, 2012

Buat puff

Macam terror nak buat puff. Kulit puff tu beli yang ready made je. Inti tu boleh letak apa2 yang kita suka. Macam husband dia memang suka sardine dan sosej, Humaira pula suka coklat. So mummy letak filing kesukaan mereka berdua ni.

Inilah rupa puff pastry jenama kawan. 
  
Puff sardine dan juga sosej untuk daddy

Inti coklat untuk anakanda Humaira. Tak smooth design coklat sebab coklat ni dah lama, masuk angin.

Friday, February 3, 2012

Konvoi ke Pantai Remis Kuala Selangor


Aktiviti Sabtu lepas konvoi ke Pantai Remis. Actually ni adalah agenda vios07 club bahagian central. Sejak husband jadi fulltime student ni rajin pula dia join kelab kereta. Mengisi masa lapang katanya, nanti dah masuk kerja balik takde masa dah nak join macam2 aktiviti.

Semua kelab vios berkumpul di Sungai Buloh sebelum bergerak, disebabkan kiteorang lambat gerak so husband decide tunggu je di Ijok. Masuk highway Puncak Alam dekat aje rupanya dah sampai Ijok compare dengan ikut jalan lama yang bersimpang siur. Berbelas buah kereta juga yang join aktiviti kali ni. Hujung March ni kelab vios akan buat annual dinner di Kuantan Pahang. Annual dinner ni mungkin ramai akan join.

Aktiviti di Pantai Remis bebas, lepas Magrib baru gerak ke Kampung Kuantan tengok kelip2. Husband jangan harapler dia nak join. Takuttt nak naik sampan. Hahah. Dia memang seorang yang gayat. Ajak macamane pun tetap taknak walaupun ada life jacket.

Deretan vios di Ijok          



Daddy Humaira cuba untuk naikkan layang2. Angin kuat senang je nak naikkan.
 
Zaman kecik2 dulu  dekat kg main layang2 guna suratkhabar. Susah betul nak naikkan. Itu yang teruja bila layang2 terbang tinggi.
 
Layang2 Humaira terbang tinggi. Harga layang2 ni RM5.
Macamanelah mummy tak muk muk semuanya Humaira nak suap kan mummy


Sepanjang deretan pantai ni, banyak orang menjual. Bagi pendapat sayalah, harga yang ditawarkan murah. Burger ada yang jual RM1, beg angry bird RM5. Mummy belikan selipar angry bird untuk Humaira RM6.

Si muncung....

Lepas solat Asar, semua ahli melantak seafood..Tak ingat nama restoren tu. Tak best sangatlah, semua seafood hanya bakar je. Awal2 lagi husband dah pesan, ambil sikit je seafood sebab minggu sebelumnya kiteroang dah makan seafood di Bagan Lalang. Kena jaga kesihatan. So saya cuma ambil sotong dan ikan pari bakar.
Suka betul Humaira dengan adik ni. Aunty lupa betul nama adik ni. Ish ish nampak benor dah tua.



Wednesday, February 1, 2012

Bekalan dari emak mertua

Lepas balik Ipoh sempena CNY tempohari, kiteorang gerak balik Muar pula. Tak plan nak balik Muar tapi bila dapat tau bapa saudara husband sakit terus balik sana. Sempat jugalah hubby settle kan urusan tanah.

Setiap kali nak balik Shah Alam pasti MIL akan bekalkan makanan. Selalunya MILakan bekalkan lauk pauk tapi kali ni tak sempat dia nak masak. Siang tu kiteorang pergi jalan2 di Tangkak. Petang tu sempat lagi emak buatkan roti jala sebelum balik. Banyak betul bekalan untuk kami.. Jom tengok apa yang emak bekalkan..

Jeli kelapa, Humaira paling suka. Yang ni mummy jadi tukang masak. Bahan2 semua emak yang sediakan. Cucu kesayanganlah katakan... sanggup Embahnya pergi kebun cari kelapa muda.

Roti jala. Saya belajar menjala roti dari MIL. Sekarang ni dah terror menjala hokey..

Belacan ni kawan emak mertua bagi. Home made tau. Saya suka sebab langsung takde bau busuk. Selalunya kalau belacan beli mesti ada bau

Kuah rojak, kacang tabur dan bijan. Yang ni emak buat. Sedappp. masih banyak lagi dalam fridge.  Tukang makan saya sorang je

Roti canai pun buat sendiri. Sama macam kedai punya. Termasuk kuah Dhal dan sambal bilis.

Apa nama kuih ni??kuih simpul ek..Yang ni pun bekalan dari emak. 


Bilalah saya nak jadi serajin emak. Bak kata ayah mertua saya, emak ko ni mmg minat masak. Cakap aje apa nak makan mesti dia masakkan. Ayah saya kata hobi emak saya pertama berkebun, kedua memasak, ketiga menjahit. Kadang2 bila tengok emak berkebun saya yang penat. Sebab tu walaupun dah umur 60  an alhamdulillah masih sihat dan cergas. Serba serbi pandai, menantu dia aje kayu. Huhu...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails