My sweet story...

My sweet story...

Thursday, February 16, 2012

Chocolate chip cookies ala famous amos

Adeii..sebenarnya saya dah buat entry ni 2 hari lepas dan schedule hari ni..Tapi bila buka tadi semua yang saya tulis hilang. Terpaksa karang balik.

Buat cookies ni projek weekend lepas. Bila BW blog ana ternampak ana baking cookies terus terasa nak buat. Lepas tu tengok pula di blog Diana lagilah semangat nak buat.Boleh pula masa cari bahan nak buat cookies lupa nak salin resepi, sudahnya beli tepung instant je. Senang keja just campur 150ml butter dan 1 biji telur.


Saya beli tepung jenama nona. Sebelum ni dah pernah buat cookies guna tepung nona tapi saya guna  butter brand buttercup dan chocolate chip yang biasa je. Kali ni saya guna bahan2 premium ternyata sedap. Saya guna butter SCS, chocolate chip Hershey's, coklat cadbury tu saya parut, almond dan walnut, serbuk koko van hounten dan black koko (black koko kononnya nak bagi hitam ala2 double choc chip famous amos)

Saya buat besar2, senang nak habiskan adunan.

Yang ada coklat M&M tu untuk Humaira. Dia yang request nak letak coklat M&M
    
Next time nak cuba buat cookies guna resepi dari buku Wendy Kor pula

10 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

aduhaiii..terliur!

lieyalatif said...

fulamaaakkk nieda!!! mmg menggiurkan laaaa.....sonok le humaira emak rajin cube mcm2 masakan.....

nieda punye cookies ni tahap sekeping leh jatuh harga 5 hengget nie wakakaakak sbb mewah ngan isinyer....tak kedekut cekelat cip....terbaek la nieda!

~ana~ said...

jeles sbb cookies nieda nmpak sgt comel.......:)

Mie Hishamuddin said...

wow..nak try!

εïз mummyHaza εïз said...

hikhikhik acik dah beli nona cookies tu last year, sampai sekarang duk lagi kat cabinet.. huhuhu tibe2 xreti nak buat pulak...

sue zainun said...

sedapnya

Softtouch [Hanim] said...

sedapnya....bila lah muza nk start baking2 nie..kemalasan

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

wow, nampak sgt2 menarik

QAQA atiqah said...

assalammualaikum , kak kalo nak jadi kan dye itam pekat mcm ni , kene tambah gule ke ape yg patut ? sbb takut nti tambah coklat van hounten tu tambah pahit plak .

nieda said...

qaqa atiqah..dik akak guna black koko sebab tu nmpk hitam. Ada jual kt kedai bakery. Akak beli kt bagus sek 13 shah alam

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails