My sweet story...

My sweet story...

Friday, February 3, 2012

Konvoi ke Pantai Remis Kuala Selangor


Aktiviti Sabtu lepas konvoi ke Pantai Remis. Actually ni adalah agenda vios07 club bahagian central. Sejak husband jadi fulltime student ni rajin pula dia join kelab kereta. Mengisi masa lapang katanya, nanti dah masuk kerja balik takde masa dah nak join macam2 aktiviti.

Semua kelab vios berkumpul di Sungai Buloh sebelum bergerak, disebabkan kiteorang lambat gerak so husband decide tunggu je di Ijok. Masuk highway Puncak Alam dekat aje rupanya dah sampai Ijok compare dengan ikut jalan lama yang bersimpang siur. Berbelas buah kereta juga yang join aktiviti kali ni. Hujung March ni kelab vios akan buat annual dinner di Kuantan Pahang. Annual dinner ni mungkin ramai akan join.

Aktiviti di Pantai Remis bebas, lepas Magrib baru gerak ke Kampung Kuantan tengok kelip2. Husband jangan harapler dia nak join. Takuttt nak naik sampan. Hahah. Dia memang seorang yang gayat. Ajak macamane pun tetap taknak walaupun ada life jacket.

Deretan vios di Ijok          



Daddy Humaira cuba untuk naikkan layang2. Angin kuat senang je nak naikkan.
 
Zaman kecik2 dulu  dekat kg main layang2 guna suratkhabar. Susah betul nak naikkan. Itu yang teruja bila layang2 terbang tinggi.
 
Layang2 Humaira terbang tinggi. Harga layang2 ni RM5.
Macamanelah mummy tak muk muk semuanya Humaira nak suap kan mummy


Sepanjang deretan pantai ni, banyak orang menjual. Bagi pendapat sayalah, harga yang ditawarkan murah. Burger ada yang jual RM1, beg angry bird RM5. Mummy belikan selipar angry bird untuk Humaira RM6.

Si muncung....

Lepas solat Asar, semua ahli melantak seafood..Tak ingat nama restoren tu. Tak best sangatlah, semua seafood hanya bakar je. Awal2 lagi husband dah pesan, ambil sikit je seafood sebab minggu sebelumnya kiteroang dah makan seafood di Bagan Lalang. Kena jaga kesihatan. So saya cuma ambil sotong dan ikan pari bakar.
Suka betul Humaira dengan adik ni. Aunty lupa betul nama adik ni. Ish ish nampak benor dah tua.



7 comments:

amiey lee said...

wahhh bestt nye ada club ni..nak join boleh ;p

lieyalatif said...

SERONOKNYE gather2 mcm nie...makan2..santai2...main layang2 lagi .....sonok join club mcm ni nieda....terisi gak mase kan...syok dpt jumpe geng ......

betul2...dulu buat layang2 pakai paper jek.....tapi tu la, aku punye layang2 tak penah naik...ntah ape la silap nye...manjang kene gelak ngan budak lelaki hahahaha

adarnadzmie said...

bestkan dpt berkonvoi beramai2 mcm ni...happy..hehe

εïзmmyHazaεïз said...

best kat tepi laut tu boleh main lelayang... acik pi last year

mamaarifakeemaisy said...

waah meriah konvoi ramai2 gini kan..syoknye main layang2, lama tak melepas gian main layang2..hee~

kurus said...

tudiaaa viosss mendarat ekekek

bestnyaa xtvt ramai2 macam nie .. huhuh akak suke .. tapi waktu kami bercuti hubby akak lakk kerja .. susah kalau hubby kerja sendiri nie huhuh

Softtouch [Hanim] said...

ramainya...dptlah nieda kwn baru yer...

ooo humaira suka bby boy...apalagi nieda...startlah projek...hehehehehe

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails