10 Mei 2013, genap usia Humaira 4 tahun. Happy birthday sayang. Empat tahun dahulu mummy sambut kelahiran Humaira jatuh pada hari ibu, tahun ini hari ibu jatuh pada 12 Mei. (Hari ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan May).
2 hari lepas semasa berada di kampung, mummy beli kek untuk Humaira. Meriah sikit sebab semua adik beradik mummy ada berkumpul. Malam ini Insyaallah kita ajak daddy berjemaah solat Magrib dan baca Yassin bersama-sama. Itu sudah memadai. Mohon agar anak-anak mummy diberikan kesihatan yang baik dan kami sekeluarga sentiasa berada dalam lindunganNya..
Mummy bangga dapat membesarkan anak-anak mummy dengan tangan mummy sendiri. Dari Humaira baby, tak pandai apa2, sehinggalah Humaira pandai meniarap, merangkak, berjalan, dan petah berkata2 semuanya di depan mata mummy. Syukur atas nikmat yabg dipinjamkan olehNya,
Selamat hari Lahir Nur Alisha Humaira yang keempat. Selagi mummy bernafas di muka bumi ini, usai solat mummy tidak pernah jemu mendoakan kesejahteraan anak-anak mummy. Semoga anak mummy diberikan kesihatan yang baik, cerdik, dipanjangkan umur, menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Kek birthday yang dipilih sendiri oleh Humaira. |
Potong kek. |
Terima Kasih Mak Long bagi hadiah birthday ni untuk Humaira dan juga Opah ada bagi duit untuk Humaira. Opah pesan beli baju untuk Humaira. |
Gambar Humaira masa baby..Rindu sangat2 masa ni..
Humaira di usia 6 bulan..
Gambar Humaira dalam setahun usianya. Gambar ni profile blog daddy. Comel bertudung dengan pipi bam bam nyer..
Pengalaman bersalin Humaira DI SINI...
Birthday Humaira yang pertama DI SINI dan majlis birthday DI SINI
Birthday Humaira yang kedua DI SINI
Birthday Humaira yang ketiga DI SINI
9 comments:
dah besar ank dara ni :)
happy birthday humaira
semoga berjaya dunia dan akhirat..amin..
comelnya humaira..muka dia tak banyak berubah sis..happy birthday sayang..
happy birthday humaira....moga menjadi kebanggan mummy dan daddy...:)
Happy birthday humaira...umur dia sama ngan sara anak saya birthday sara 1 mei...
Happy 4th Birthday Humaira....
aunty doakan humaira menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia dan akhirat, insya Allah..
Selamat ulang tahun humaira.. Semoga menjadi anak kebanggaan ayah & ibu.. muahh sayang humaira..
dah panjang rambut humaira kan
Selamat hari lahir humaira...jd anak yg bijak, sihat dan solehah ye....
happy belated bday humaira..semoga jadik anak yg solehah ye..=)
Epi Besday humaira..semoga berjaya dlm hidup..
nieda, akak dh update blog, nk aktif semula..huhu
Post a Comment