My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, September 4, 2013

Homemade playdough by Humaira

 Dah lama tak buat aktiviti dengan Humaira since beranak dua ni. Kekeke. Macam2 alasan mokcik Nieda ni. She really enjoy buat homemade playdough. Saya memang ada measurement equipment, so bagi arahan je kat Humaira. Dah hasilnya...dia sangat bangga dengan playdough buatan dia sendiri. Mummy  masakkan atas api. Baru 4 tahun, tak boleh lagi guna api.

Dah pernah buat playdough sebelum ni, simpan di tempat yang tertutup boleh tahan hingga 3-4 bulan. Palydough bagus untuk perkembangan motor halus dan kasar anak2. Entry lepas boleh tengok di SINI

Bahan-bahan dough yang selamat :
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1 cawan air suam
3- 1 tbsp minyak sayuran
4- 1/3 cawan garam
5- 2 tbsp cream of tartar
6- Pewarna makanan

Dan cara penyediaannya sangat-sangat mudah.
a] gaul tepung,tartar dan garam hingga sebati
b] masukkan air suam sedikit demi sedikit.
c] tambahkan minyak sayuran dan gaul di atas api yang perlahan sehingga kenyal.
d] tutup api dan uli doh tersebut beberapa minit.

Step by step playdough by Humaira..Abaikan pemandangan di belakang itew...hehe. Cantik sungguh cara awak duduk..
1 cawan tepung gandum.
1/3 cawan garam

2 tbsp cream of tartar
 Sukatan untuk minyak dan air suam mummy yang buat, so xde gambar. Anak dara ni bising nanti kalau tangan berminyak2.

Aktiviti menggaul hingga sebati

Masak di atas api perlahan

sudah mula kental
Sangat happy nak pilih colour

She choose pink, green, purple, and brown

Letakkan pewarna dalam playdouh dan gaul. Jika melekat ditangan tambah tepung sehingga apabila diuli tidak lekat ditangan

Taraaa...Hasilnya. 

Dah boleh main. Kalau nak cantik letak pewarna banyak. Humaira punya malas nak letak colour banyak2. Dah tau dah...akhirnya semua colour akan bercampur bila dia mula main dengan playdough. Buat burger lah, roti, flower, macam2...

2 comments:

Unknown said...

nice..:)

~ana~ said...

nak buat tp x terbuat2 lg...huhuhu

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails