My sweet story...

My sweet story...

Saturday, November 23, 2013

Koleksi tupperware

Minat mengumpul tupperware ni bermula awal tahun lepas. Kalau dah minat, susah nak tinggalkan. Kumpul sikit2, kalau nak beli sekaligus memang kopakler..Tupperware ni memang sesuai untuk kegunaan di rumah. Design memang cantik dan fungsi yang berbeza. Ada modular mate, one touch, freezer mate, microwavable. Ada kawan saya frust masa beli modular mate. Katanya, dahler harga tupperware mahal bila letak keropok dalam modular mate jadi lemau. Huhu..rupanya dia  dah salah letak. Untuk letak keropok kena guna one touch. Setiap jenis tupperware mempunyai fungsi yang berlainan.

Antara koleksi yang saya ada:

Modular mate ni saya guna untuk letak segala jenis tepung

Segala jenis barang2 kering saya letak dalam ni. Nampak tersusun sikit

Botol air untuk kegunaan harian

One touch yang comel untuk letak cereal, biskut anak2. Bekas ni memang kedap udara sesuai untuk letak bskut supaya tidak lemau.

Rice dispenser. Memang terbaik. Saya pernah beli rice dispenser jenama lain sebelum ni melalui online tapi kualiti dia macam hampeh. Entrynya kat SINI

Bekas bawang dan garam

Freezer mates. Yang penutup putih tu bukan tupperware ye. Freezer mate ni pun saya suka. Memangdesing untuk letak dalam freezer. Bekas ni terdiri dari bahan plastik yang mudah lentur. Jadi ia akan mengembang mengikut saiz bahan yang dimasukkan ke dalam bekas. So ia dapat mengelakkan dari bekas pecah atau retak

Turbo chopper tupperware review Di SINI. Firaas dah tak makan makanan baby, turbo chopper sekarang ni saya kisar cili, bawang semua.  Kalau tupperware rosak boleh tukar di stokis. Ada term and condition lah ye. Kalau kena gigit tikus tak dapatlah den nolong. Entry di SINI. Saya pernah tukar tutup botol air yang dah pecah.

5 comments:

asyifa mustaffa said...

Samala....sy pun guna tupperware...mmg mahal...tp puas hati...sbb nak pakai lama kan...kadang pakai yg biasa tu...dia x kedap sngt...mudah msuk anginnya...

Nastyna said...

wahh tupperware pun ada macam2 dah skang, ketinggalan sungguh saya.

mama lieyna said...

Mahal2 tupperware ni, ianya berkualiti kan.. berbaloi.. dan nmpk cantik pulak tu.. :-)

mama ila said...

wahhh..banyaknye koleksi Tupperware dia..hihi..ila pun suka barang2 Tupperware nie =)

Siti Asiah said...

sy suke medular mate warna merah...;)

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails