My sweet story...

My sweet story...

Monday, April 1, 2013

Bawa Humaira tengok movie: The Croods

Semalam bawa Humaira tengok movies di Space U8. Rata-rata blogger review cerita ni best. Bawa sekali si Firaas masuk wayang. Budak 5 bulan dah masuk wayang, hahah. Dah lama tak tengok movie. Mula2 ajak daddy pergi dalam this week after school holiday, tak ramai orang. Kalau Firaas menangis pun boleh cepat2 keluar. Tapi daddy kata tengok citer kartun time cuti sekolah lah best. Ramai budak2 dalam tu. Memang pun, dah macam taska, ramai je budak2 berlari-lari dalam panggung. Humaira sangat enjoy tengok movies, memang concentrate sambil makan pop corn. Firaas dari start movies sampai habis tidur je. Tak meragam langsung, good boy..


The Croods (3D)
(sumber: dari SINI)
 
"The Croods" ialah sebuah filem animasi dari Dreamworks Animation. Latar belakang filem ini ialah zaman prasejarah. Kedudukkan seorang lelaki sebagai Ketua Pemburu dicabar kehadiran seorang genius dan ciptaannya yang menakjubkan seperti api. Hidup di gunung berapi sudah cukup sukar , tetapi orang zaman batu Grug (Nicholas Cage) akan menghadapi cabaran yang lebih sukar apabila satu gempa bumi memaksanya meninggalkan dunia yang dikenali. Dia keluar mencari rumah baru di dunia yang tidak stabil bersama keluarganya. Situasi menjadi lebih huru-hara apabila anak perempuannya Grug, Eep (Emma Stone), jatuh cinta dengan seorang pengembara (Ryan Reynolds). Misi pengembara tersebut untuk mencari masa depan tidak disukai Grug yang bergantung kepada tradisi silam.

Klasifikasi: P13
Genre: Pengembaraan / Komedi / Animasi
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2013
Bahasa: English
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Chris Sanders, Kirk De Micco
Pelakon: Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Catherine Keener, Emma Stone


Humaira and poster the croods

Adik teman daddy beli tiket



11 comments:

Lelord said...

Bestkan :) najlaa enjiy tgk citer ni

LiLy @ MaMaQiStInA said...

mesti Humairah enjoy tengok citer ni kan..banyak part yang kelakarkan.. :)

mummy_ayu said...

sama la..Ayu pun bawa Ian & Iris gie tgk cita ni weekend lepas..memang best!

Rozita Ceritaita said...

best ke? nak bawak anak2 jugak la.. kami tengok bola kampung je.. best!

~ana~ said...

waaahhh..best nya humaira g tgk mayang....:)

Rasp said...

citer ni memang best kan...
suka lah humaira ye sis...
lepas nie leh le layan wayang lagi :)

εïзmmyHazaεïз said...

bestkan citer tu.. firaas makin bolat :)

mamaarifakeemaisy said...

Bestnyer.. teruja nak pergi, tp takut tak terkawal si adik akeem tu.. tak reti dok diam..huu..

Sukala humaira tu :-)

lieyalatif said...

Wahhh dah masuk wayang ituuu budak kecit yeee heheheheh....

Citer die bestkan nieda...sesuai laa budak2 nak tgk...miamijadayyan pun enjoy tgk....

NzA said...

cptnya masa brlalu, humairah dh besar dh.....ttp mantain comey.

Dzulkarnaen Mohamad Khamis said...

Nak tanya. Pendengaran baby xterjejas ke dgn bunyi speaker yg kuat tu?
Planning to take my baby 3montha along tgk iron man3

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails