My sweet story...

My sweet story...

Monday, July 1, 2013

Trip ke Felda Residence Tanjung Leman

Jom kita mulakan jelajah ke selatan tanah air. Trip ni adalah acara tahunan kelab kereta vios 07. Tahun ni buat Annual Dinner di Selatan. Ada yang konvoi Jumaat malam Sabtu yang berada di KL/ Selangor. Macam kiteorang ikut konvoi pagi. Pukul 8.30 pagi dah gerak dari rumah mertua di Muar. Berkumpul di RnR Pagoh. Konvoi pagi tu adalah dalam 7 biji kereta.

Berbelah bagi sebenarnya masa nak join trip ni. Annual ni pada 22 June, time tu dekat Selatan jerebu sangatlah teruk. Tapi memandangkan trip ni dah lama plan, kita teruskan juga.  Asalnya pada 5 Mei tapi time tu pula ada pilihanraya so postpone pada 22 June. Ramai juga yang join, semua sekali ada dalam 85 biji kereta termasuk bahagian central, selatan dan timur. Cuma bahagian utara je yang tak follow, maybe faktor jarak yang sangat jauh. 

Kami check in dalam pukul 2.00 pm. Felda Residence ni lokasi agak ke dalam juga. Dari jalan besar adalah dalam 30km nak masuk ke dalam. Kena lalu Felda Tenggaroh. Anak dara saya si Humaira ni excited bila dah sampai hotel nampak pool betul2 depan bilik. Rehat2 sekejap, petang tu Humaira dah ajak mandi pool. Firaas pun kemain excited lagi. Takde gambar 2 beradik ni mandi pool sebab petang tu daddy ada aktiviti bersama kelab kereta.

Banner annual dinner kelab vios 07

Kami dapat katil single 2 buah. No hal, kita rapatkan.

View dari depan bilik               

Malam tu daddy ada dinner bersama kelab kereta. Saya dan anak2 tak join pun. Anak2 dah tidur. Kesian dorang penat. Esoknya memang akan banyak berjalan. So kita bagi diaorang charge battery dulu. Nak travel ni mood anak2 kena jaga skit, nanti emaknya yang hot kalau anak2 meragam. Hehehe..

Lepas breakfast esoknya, jalan2 sekeliling hotel, bawa dorang tengok pantai. Ini bodak belum mandi lagi. 



Daddy dan Firaas melihat keindahan pantai. Ecece skemanya ayat
Matahari yang tak berapa kelihatan disebabkan oleh jerebu oh jerebu..
Deretan kereta vios. Baru perasan kebanyakannya warna putih.


Pukul 12 tghari esoknya kami check out. Acara tangkap gambar semua dalam pukul 2 ptg baru gerak. Bye2 Felda Residence Tanjung Leman. Insyaallah ada rezeki kami datang lagi. Trip seterusnya ke JPO..

10 comments:

cha said...

cantik juga ye hotel dia? i pernah pg felda residence dekat perak sungkai tu. ada hot spring best hee.

baru nak cakap vios semua putih ke hee cantik putih fav i :D

:: Mrs.Eady :: said...

best nyer..

lizz said...

waa semuanyer vios putih bersusun-susun...hotelnyer pun ok...nanti boleh la try hotel ni nanti..

mama lieyna said...

Bestnye... :-)

Asyifa Mustaffa said...

mcm best je tmpt ni...x penah smpi lgi...
vios mmg cntik kaler putih. ...warna lain cam x mnarik jer....

lieyalatif said...

wahh jauh perjalanan tu nieda....lieya penah gi pantai tg leman tu...lieya dari kluang ajek...mak oiii jouh kedalam hah....

selesa n best hotel tu nieda....anak2 mesti hepi kan...

εïзmummyHazaεïз said...

Xpernah sampai johor. Pi sana pon tidor umah abg ipar acik heheh

NzA said...

boleh tahan besar n cantik hotel nie..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

rajinnya joint club2 macam nie..saya nie kureeengg sikit.

Lily@MamaZaraZareef said...

wow..banyak gak rombongan kereta tuh..sure meriah kan..=)..rajin diorang organize gi tpt2 mcm ni..jauh gak ye tak..nway, nmpak cantek resort ni..tk pernah smpai lg..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails