My sweet story...

My sweet story...

Monday, May 13, 2013

Happy 7 months old Firaas

Semalam 12 Mei genap umur Firaas 7 bulan. Makin lasak, makin panjang akal. Sejak balik dari rumah Opah last week, si kenit ni dah mula explore satu rumah. Semua benda nak diterokai dan rasa. Kalau benda yang pelik2 pada pandangan mata dia, mulalah pegang, kemudian jilat. Fengsann mak. Semua benda nak masuk mulut. Sejak lahir sehingga kini adik belum pernah lagi sakit. Semoga adik terus diberikan kesihatan yang baik.

Port favorite adik..Bawah meja
Milestone terkini:
  • Gigi dah ada 6 batang. 2 kat bawah, 4 batang di atas. Gigit sakit. Pantang leka sikit, jadilah mangsa gigitan. Kakak Humaira selalu jadi mangsa.
  • Usia 6 bulan setengah dan boleh gerak ke depan. Makin laju terokai donia..
  • Pandai minum guna straw. Tak sangka air vitagen kakak dia boleh sedut tanpa rasa bersalah. Tak boleh lagi dik, air tu manis.
  • Masih breastfeed, insyaallah susu mummy cukup sehingga 2 tahun. 
  • Mummy dah start bagi solid food tapi tak berapa suka. Sama macam kakak Humaira. Kakak dulu dalam 10 bulan baru nak makan solid food.
  • Dah pandai buka laci. Takut tersepit je jari mulus awak tu. So daddy please cari safety baby drawer locks.
  • Suka tengok kartun mickey mouse dan special agent OSO. Panggil pun buat tak tahu je kalau favorite kartun dah ada depan mata.
  • Boleh ketawa besar bila kakak Humaira agah.  Suka melompat hasil tunjuk ajar kakaknya. Syabas dik.  
Gigi 2 batang..Susah nk capture gigi atas

9 comments:

Jasfyra said...

dh besar ank bujang ni :)

~ana~ said...

happy 7 months firaas...:)

lizz said...

ololo comeyner nyer firas duk bawah meja tu...

Dee said...

wow..makin lasak ye..perkembangan bagus tu..gigi comey je..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

cepatnya..dah 7 bulan.rasa macam baru jer baca N3 nieda masa pregnet.

mama lieyna said...

Baeek punyq port adik:-)

Kena lbh memerhati la ni.. adik makin pnjg akalnya..

lieyalatif said...

Alhamdulillah...membesar sgn sihat dan bam2...untung nieda dpt bf baby direct n jaga 24hrs....moga anak bujang nieda trrus membesar dgn sihat....amin

NzA said...

comel je parking bwh meja.....

adarnadzmie said...

alahai bambam sggh firas yer... Allyssa tak la sebambam firas ni... gegirl mcm tu kot...hehe.. gigi pun allyssa lom tumbuh lg...haha..firas dah 6 btg gigi...

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails