My sweet story...

My sweet story...

Monday, April 9, 2012

Kisah Misteri

Minggu lepas ketika daddy sedang menonton Champions League Live antara Barcelona menentang AC Milan, dia terdengar bunyi sesuatu di luar rumah. Ketika itu katanya jam 4 pagi. Bila saya tanya bunyi apa yang didengarnya, katanya bunyi seperti mengilai, cuma ketika itu hati Daddy berbisik mengatakan mungkin suara jiran ketawa. Sebenarnya beberapa hari sebelum insiden diatas, ada jiran kami yang kerasukan. Ketika itu kami baru nak keluar rumah nak pegi makan malam apa bila salah seorang jiran kami menegur Daddy. Saya ketika itu di dalam kereta bersama Humaira dan tidak tahu apa yg mereka bualkan. Cuma ketika masuk ke dalam kereta, ada saya tanyakan Daddy tapi dia jawab just bertanya khabar. Kami pulang sekitar jam 10 malam dan selepas saya dan Humaira masuk bilik, dengar pintu depan dibuka, tanda Daddy keluar rumah. Sehingga saya tertidur jam 11 lebih malam Daddy masih tidak masuk kembali ke dalam rumah. Saya tidak kisah sebab kebiasaannya Daddy keluar dan bersembang depan pagar rumah dengan kawan-kawan dan jiran-jiran. Cuma kali ini agak pelik apabila saya tersedar Daddy pulang kembali ke rumah dan dalam keadaan mamai, saya lihat Daddy membaca sesuatu dan menghembus kearah saya dan Humaira. 

Ada saya tanyakan Daddy kenapa, tapi dia tak jawab. Keesokannya baru Daddy bercerita bahawa ketika kami mahu keluar makan, jiran kami meminta tolong Daddy carikan orang yang pandai mengubat. Isteri adik jiran saya rupanya kerasukan. Daddy panggil kawan dia datang malam tu, saya tanya Daddy macam mana keadaan.. katanya tiada apa yang serius. 

Saya tak puas hati sebab tau Daddy sembunyikan sesuatu dan setelah saya desak barulah Daddy bercerita. Rupanya mangsa adalah perempuan awal 20-an dan baru berkawin dengan adik jiran kami. Kebetulan adik dia datang melawat rumah abangnya bersama isteri baru. Ketika malam menjelang, isteri adik jiran kami berdiri di hadapan sliding door memandang ke arah luar rumah, lebih tepat lagi ke pokok didepan rumah kami. Saya pernah ceritakan kisah misteri pokok di hadapan rumah DI SINI. Pada mulanya jiran saya dan adiknya tidak mengesyaki apa-apa tapi setelah hampir 30 minit berdiri di sliding door tersebut tanpa bergerak, perasaan hairan mula menerjah pemikiran jiran saya dan adiknya. Ketika ditegur oleh suaminya, rupanya perempuan tersebut (saya namakan dia Wati) dengan mata terbeliak memandang keluar dan badannya kejung. Menyedari sesuatu yang aneh berlaku, jiran saya dan suami Wati membaca ayat-ayat suci, barulah Wati tersedar dan menangis. Ini kejadian sehari sebelum jiran saya berjumpa Daddy. 

Keesokannya harinya menjelang magrib, terjadi lagi kejadian yang sama dan sekali lagi jiran saya dan suami Wati berjaya memulihkan Wati. Tapi apabila hati sudah tidak sedap, maka tindakan yang lebih drastik perlu diambil kerana ini adalah kali kedua Wati berdiri tegak di sliding door. Selepas magrib ketika kami hendak keluar itulah jiran Daddy ni jumpa Daddy. 

Daddy pada mulanya sekadar menelefon rakannya ini jika dia nak mencuba memulihkan Wati. Maklumlah rakan Daddy ni menurut Daddy langsung tidak ada ciri-ciri mengubat orang, hidup dia penuh dengan ketawa, lawak jenaka macam Raja Lawak. Cuma Daddy pernah dengar dari kawan dia yang lain, kawannya ni minat dengan perubatan tradisional. 

Sebelum kawan Daddy tu datang, suami Wati ada call Daddy bagitau suruh berubat esok aje. Tapi Daddy kata kawannya on the way. Bila kawan Daddy sampai, Wati macam tak berapa senang dengan kawan Daddy yang bernama Sahak ni. Kata Daddy, waktu tu jiran dia sekeluarga keluar, hanya Wati dan suaminya, Daddy dan Sahak serta pembantu Sahak namanya Duan. Mula-mula keadaan seperti biasa, Sahak macam biasa dengan lawaknya sambil tanya Wati macam-macam. Daddy ingat Sahak merapu apabila dia cakap dengan Wati suruh buang apa yang dia ada. Akhirnya Sahak memulakan upacara mengubat Wati. Masa tu Daddy cakap, dia macam tak berapa confident Sahak ni betul-betul nak mengubat Wati. 30 minit pertama Wati cuma resah dan suaminya cuma pegang tangan Wati. Tapi masuk fasa kedua Daddy cakap, dia dan Duan terpaksa bantu suami Wati pegang Wati sebab tenaga luar biasa. 

Saya gerun juga bila Daddy cakap suara Wati berubah garau, mata terbeliak sehingga nampak mata putih dan rambut mengurai. Sesekali Wati jeling arah Daddy macam marah. Banyak kali Daddy cakap Wati menjerit kesakitan. Masa tu pintu rumah jiran kami dibuka luas dan kata Daddy aktiviti di luar sangat lah meriah, boleh dengar suara jiran bersembang, suara anak anak jiran berlari lari. Tapi keadaan dalam rumah ketika itu menyeramkan. Daddy nampak ada lintasan putih di pintu rumah jiran. Rupanya kata Sahak, ada tiga lembaga iaitu lelaki dewasa, perempuan dewasa dan anak berada di pintu rumah jiran. Mula-mula Sahak ingatkan jiran sebelah menyebelah datang nak bantu tapi bila Sahak tengok lama-lama, muka mereka macam muka marah dan tiba-tiba terbang melayang. Yang ini Daddy tak nampak, dia cuma nampak lintasan putih. Dipendekkan cerita segalanya pulih seperti sediakala. Rupanya Wati ni ada membela syaitan (saka) yang diwarisi dan apabila dia berkunjung ke sini, 'benda' di pokok depan rumah kami tu tak suka pada syaitan Wati. Sebab itulah wujud ganggguan. Kata Wati (setelah dia pulih, sejak dia sampai ke rumah abang iparnya, sentiasa ada lembaga lelaki, perempuan dan anak berada di luar rumah dan sehari sebelum berubat, kira-kira jam 2 pagi, kata Wati dia sekali lagi ke sliding door apabila terdengar namanya diseru dan melihat lembaga-lembaga tersebut di luar pagar dengan mata merah dan muka yang marah. Paling Daddy seram apabila Wati kata waktu tu dia nampak Daddy buang sampah (Daddy memang suka buang sampah sebelum tidur), dan lembaga bertiga tu ada berhampiran Daddy. (Daddy kata dia rasa macam biasa je waktu tu).

 

20 comments:

lieyalatif said...

ish mcm bace cerpen novel la nieda....biar betul nie...lieya plak yg meremang ni nieda..

ape2 pun nieda bace surah 3 qul, alfatihah, yasin, ayat qursi tau....lieya risau sbb nieda berbadan due...

yatie chomeyl said...

wah beraninya hubby u nieda....nasib baik i baca entry ni pagi2 kalau baca malam haruslah xboleh tdo mlm ni huhuhuhu

Liz said...

seram!!! nasib baik tak teruk sangat diganggu.

amiey lee said...

huhu ni betul misteri tau... aduhaiiii memanggg lemah semangat kita..apapun kan selalu amalkan bacaan ayt kursi dlm diri kan kak

anie said...

ee...ngeri sungguh..adus takunye nida...
abes tue macamna sekarang da ok ke...

Jasfyra said...

adus!! meremang bulu roma..semoga family awak dilindungi.amin..

Izwa Kamaruddin said...

serammm!!!

Dee said...

alamak saspennya nieda..jgn keluar waktu maghrib ye..pastu pagarkan rumah ngan ayat2 suci al-quran..moga keluarga nieda sentiasa dilindungi..amin..

adarnadzmie said...

meremang tengkuk baca cerita pasal adik ipar jiran nieda ni... moga dah pulih wati tu yer...

rasp said...

i plak yg meremang bulu roma....
nieda jaga diri baik2 ye....
sentiasalah amalkan bacaan ayat2 suci Al-Quran tu...

Nida Mohd said...

Seram weh nieda..teringat kes ponti kt blkg rmh i ni..last2 fil i pakat2 ngan jiran2 upah orang tebang pokok2 kt blkg rmh ni..takut jugak makhluk tu jadikan tempat dia bertenggek plak..Alhamdulillah so far n sblm ni pn xpnh dgr kes2 rasuk kecuali yg diorg nmpk2 n dgr2 suara tu je la..risau kn sbb deret rmh kitorg ni ramai bdk2 kecik n bby..

MamaYatie said...

huhu..seramnya nieda...sib baek baek siang2 hari ni...tu pun meremang bulu roma...

NzA said...

meremang lak akak baca n3 nieda nie.....baik2 ye dik..akalu boleh cari ustaz2 yg pndai dlm hal2 camni.....

εïзmmyHazaεïз said...

meremang bulu tengkok acik... seram betul.. nieda mesti takut kan...

Softtouch [Hanim] said...

seramnya......takutlah...take care nieda....

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

nieda seram nyerr..selalu nyer kat kg2 jer kita dengar citer macam nie..baik u pagarkan rumah u tue. cari ler org yg pandai2 buatkan.

~ana~ said...

waaaa...seram nya...ana dah la jenis suka teringat2 klau bc cite2 seram...waaa..takut nya...

VEE said...

Salam kenal..feel free to visit me back @ cerita-cinta-mommy.blogspot.com

Lily@MamaZaraZareef said...

iskk..mmg misteri baca kisah nih..klu kite konfirm seram sejuk kat depan umah ada pokok berpenunggu..huhu..apepon, nieda take care yek..tengah berbadan dua lagi tuh harap tak cpt lemah semangat..tp selama ni benda2 tuh takde kacau nieda n family kan

kemey said...

seram..tebang je pokok tu kak

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails