My sweet story...

My sweet story...

Friday, April 6, 2012

Makan pizza di Papa John's

Cerita Sabtu lepas, belanja husband makan pizza. Sebenarnya cik abang saya ni monyok je pagi hari Sabtu. Perancangan awal nak pergi konvoi kelab kereta Vios ke Kuantan tapi memandangkan saya masih dalam fasa alahan lagi malas nak pergi.

So untuk mengubat kelukaan si jantung hati, saya belanja husband makan pizza di Papa John's merangkap belanja birthday sekali. Hehe. Sebelum pergi Papa john's saya ada baca review tentang pizza ni, majority kata sedap, lagi sedap dari pizza hut. So moh ler kita cuba..Saya pergi Papa John's di Plaza Shah Alam.

Sekarang ni Papa John's ada buat promosi, memang berbaloi2. Buy one free one sehingga 30 April ni. Boleh print voucher di SINI. Kalau pergi time lunch hour 12 pm - 3 pm ada promosi papa super lunch.  Bagi tekak saya, Papa John's setanding pizza hut. Dan yang lebih penting pizzanya tak berminyak. Pizza serve dengan garlic butter dan tomato paste. Sos sedap.

Saya ada print voucher Buy one free one. So, saya order all the meat dapat free satu lagi pizza. Saya pilih topping BBQ chicken & Beef. 
All the meats.. Sedap

BBQ chicken & Beef. Biasa jer.   






Breadstick, walaupun nampak macam kejung je tapi sedap. Rangup di luar, lembut didalam. Order untuk Humaira sebab dia tak pandai lagi makan pizza

Dan juga mushroom soup untuk Humaira. Sedap sangat. Yang ini pizza hut memang kalah

Cik adik manis ni nak ais krim juga. 


Saya makan time lunch hour, saja try papa super lunch. Order set pizza pocket + mushroom soup + ice lemon tea RM9.90. Sudahnya tak usik langsung, tapau bawa balik.

Kesayangan saya.. Happy belated birthday daddy. Next month birthday Humaira pula. Bulan June birthday saya plak. Hadoi hampir masuk usia 3 series.

* Pizza memang banyak lebih, tapau bawa balik. Dinner dengan breakfast esoknya melantak pizza jer. Huhu...Kesimpulannya Papa john's sedapp.

8 comments:

lieyalatif said...

wow...nampak menarik....lieya ni kan nieda tak abis2 ngna dominos pizza jek kalo makan haahahah sbb senang, call2 tau dah sampai depan umah ekeekekekeekek......

wah berderet2 sambutan besdei tu...semoga nieda sekeluarga diberkati yeak....

adarnadzmie said...

Alahai lama tak mkn pizza...:)

Dee said...

papa john mmg sedap sis..dee pun suka...

ZSqueenbee said...

alamak sedapnye..lapa...cnne ni??mse lunch blm lgi ni..hahaha

εïз mummyHaza εïз said...

nieda brp June? acik haza 25th... hehehe... anyway acik xpernah pi Papa John ni lagi... :D

yatie chomeyl said...

dapnyerrrr pizza..terliur2

Nida Mohd said...

Nampak menarik jugak pizza papa john..
I skrg ni teringin nak makan dominos pizza, tapi tu ler hubby tak gemar sangat makan pizza..huhuhu

ieda said...

happy belated bday buat daddy humaira .. semoga berbahagia hendaknya dan panjang umur ..

wow pizza kat papa john nie nampak menarik ;)

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails