My sweet story...

My sweet story...

Thursday, April 12, 2012

Update kisah adik Mawar Nur Farisha

Entry berkaitan adik Mawar Nur Farisha DI SINI. Beberapa minggu lepas kisah adik Mawar ni ada masuk paper Sinar Harian bagi membantu meringankan kos pembedahan yang menelan belanja RM40K. Untuk rekod, adik Mawar menghidap penyakit jantung berlubang, injap jantung sempit dan lumpuh otak. Ibu adik Mawar merupakan classmate saya di UiTM. Alhamdulillah, tak sampai seminggu kes adik Mawar masuk Sinar Harian, sumbangan orang ramai dah mencukupi. Rakyat Malaysia memang prihatin.

Jumaat lepas, saya berkesempatan melawat adik Mawar di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Ampang. Alhamdulillah selepas pembedahan pada 3 April lalu, keadaan adik Mawar menunjukkan perkembangan positif. Hanya dua hari sahaja di ICU dan apabila doktor mendapati keadaan semakin baik, adik ni dipindahkan ke wad biasa. 

Lama juga saya bersembang dengan ibunya, Sahida. Menurut ibunya sebelum ni Mawar selalu menangis. Dan setiap kali menangis pasti tubuh si kecil ni menjadi biru. Hasil pemeriksaan di PPUM mendapati Mawar menghidap penyakit jantung berlubang, injap jantung sempit dan lumpuh otak. So, kesnya dirujuk di Institut Jantung Negara (IJN). Tapi malangnya pembedahan tidak dapat dilakukan dengan segera. Setiap kali doktor bagi tarikh untuk pembedahan pasti Mawar dalam keadaan tidak sihat sehingga terpaksa tunda pembedahan tersebut. Yang menjadi masalah, anak kecil ni setiap hari akan menangis, tarikh pembedahan yang doktor bagi memakan masa hampir 2-3 bulan. Sebagai ibu pasti tak sanggup melihat anak kecil menderita macam tu ditambah pula doktor boleh kata 'anak awak ni bila2 masa boleh meninggal'. (Mengucap panjang saya dengar kata2 ni. ) So Sahida cuba mencari alternatif lain, rujuk kes ni ke HKL tapi doktor terpaksa tolak kes adik ni kerana tiada pakar di sana. So doktor suggest hantar ke private, di sana boleh lakukan pembedahan dengan segera.

Sebelum Operation, menurut Sahida oksigen yang sampai ke dalam jantung anaknya hanya dalam 60%. Tapi alhamdulillah selepas pembedahan oksigen kembali normal. Masa saya datang melawat adik mawar ni paparan di mesin menunjukkan dalam 98% (normal). Paling menggembirakan Sahida apabila selepas pembedahan, anaknya kurang menangis. Menurut doktor, selepas ni adik Mawar akan menjalani fisio untuk merangsang otaknya. Insyaallah otaknya boleh berfungsi. Sama-samalah kita doakan agar adik Mawar Nur Farisha akan kembali sihat dan ceria seperti kanak2 lain. Amin... Ahad lepas adik Mawar dah discharge. Alhamdulillah.

6 comments:

adarnadzmie said...

ya Allah... berat mata memandang berat lg bahu mak dan ayahnya memikul... semoga adik Mawar sembuh sepenuhnya.. aminnn...

lieyalatif said...

same2 kite doa kan agar adik mawar sembuh n sihat mcm baby2 lain...insyaallah....

sgt tabah dan kuat ibu adik mawar....kalo nieda pi jumpe die sampaikan salam lieya yeak....

Nida Mohd said...

Alhamdulillah..semoga adik mawar cpt sembuh dan sentiasa dlm lindungan Allah..aminnnn

Lily@MamaZaraZareef said...

Alhamdulillah..dh bertmbah baik keadaannya yek..harap adik Mawar terus kuat dan sihat tubuh badannya..insyaAllah..

Softtouch [Hanim] said...

Alhamdulillah syukur sgt2...dah bertambah sihat adik farisha......semoga farisha terus sihat yer..aminnn

misshannajr said...

sedih bila baca berita yg berkaitan dgn adik2 kecil mcm ni..sedih jer rasa..teringt kat arwah anak sedara yg meninggal masa umur 12 hari..huhu..smpi skrg sya msh belum berkesempatan nak menderma tuk kes2 mcmni..harap2 suatu hari nnt dapat peluang utk buat sumbangan juga..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails