My sweet story...

My sweet story...

Saturday, November 23, 2013

Koleksi tupperware

Minat mengumpul tupperware ni bermula awal tahun lepas. Kalau dah minat, susah nak tinggalkan. Kumpul sikit2, kalau nak beli sekaligus memang kopakler..Tupperware ni memang sesuai untuk kegunaan di rumah. Design memang cantik dan fungsi yang berbeza. Ada modular mate, one touch, freezer mate, microwavable. Ada kawan saya frust masa beli modular mate. Katanya, dahler harga tupperware mahal bila letak keropok dalam modular mate jadi lemau. Huhu..rupanya dia  dah salah letak. Untuk letak keropok kena guna one touch. Setiap jenis tupperware mempunyai fungsi yang berlainan.

Antara koleksi yang saya ada:

Modular mate ni saya guna untuk letak segala jenis tepung

Segala jenis barang2 kering saya letak dalam ni. Nampak tersusun sikit

Botol air untuk kegunaan harian

One touch yang comel untuk letak cereal, biskut anak2. Bekas ni memang kedap udara sesuai untuk letak bskut supaya tidak lemau.

Rice dispenser. Memang terbaik. Saya pernah beli rice dispenser jenama lain sebelum ni melalui online tapi kualiti dia macam hampeh. Entrynya kat SINI

Bekas bawang dan garam

Freezer mates. Yang penutup putih tu bukan tupperware ye. Freezer mate ni pun saya suka. Memangdesing untuk letak dalam freezer. Bekas ni terdiri dari bahan plastik yang mudah lentur. Jadi ia akan mengembang mengikut saiz bahan yang dimasukkan ke dalam bekas. So ia dapat mengelakkan dari bekas pecah atau retak

Turbo chopper tupperware review Di SINI. Firaas dah tak makan makanan baby, turbo chopper sekarang ni saya kisar cili, bawang semua.  Kalau tupperware rosak boleh tukar di stokis. Ada term and condition lah ye. Kalau kena gigit tikus tak dapatlah den nolong. Entry di SINI. Saya pernah tukar tutup botol air yang dah pecah.

Friday, November 22, 2013

musim orang kawen

Asal hujung tahun je mesti ramai yang naik pelamin. Teringat masa kat hospital dulu, ada nurse tu cakap hujung tahun ni musim orang mengawan. Kekeke...

Sabtu lepas ada 2-3 jemputan. Yang sempat pergi 2 je di Bukit Jelutong dan Puncak Alam. Kedua-duanya kenalan husband dalam vios club. First kiteorang pergi Bukit Jelutong dulu. Kedua mempelai adalah tentera. Adat istiadat perkahwinan penuh dgn ketenteraan, smart je tgk.

Geng vzs mr and mrs

Istiadat ketenteraan...best tgk main pedang

Selamat pengantin baru Reza dan Fiza
Lepas tu kami pergi Puncak Alam pula. Selamat pengantin baru Lan dan pasangannya. Masa ni hujan dan mula turun
Semoga berkekalan hingga akhir hayat

Thursday, November 21, 2013

Food for love

Dah lama tak masak western, tetiba teringin nak makan chicken chop. Untuk mummy dan daddy, grilled chicken chop. Humaira dia lagi suka crispy, so kena letak breadcrumbs.

Ayam tu grill guna pemanggan ajaib. Ada coselaw, fries dan garlic bread
For my daughter, Humaira..Minah sorang ni kalau nk bagi makan telur kena buat bentuk fancy baru nak. So hasilnya, jadilah bentuk mickey mouse. Susahnya nk ajar makan sayur


Anak bujang sorang ni sejak dah masuk setahun, makan nak suap sendiri. Walaupun lantai berkecah, redha ajelah..yang penting Firaas nak makan.
Mamam..

Add caption

nuffnang

Related Posts with Thumbnails