Al kisah Humaira yang batuk dah hampir sebulan. Setiap kali bila dia kena attack dengan batuk mummy memang risau. Sekali kena attack memang lambat nak baik. Doc kata dia ada mild asma. Kawan2 mummy...Ada petua tak nak hilangkan batuk dan asma? So far memang konsisten dengan ubat, madu dan juga vitamin c. Ada juga pakai inhaler. Sesekali mummy letakkan kunyit hidup kat bahagian dada, hidung dan ubun2..Nafas dia memang ada bunyi wheez terutama waktu malam.
|
Hari Sabtu lepas kena ambil neb |
Mummy tak pernah share kat blog cerita Humaira kena admit. Dah lama sebenarnya. Bulan July lepas. Time tu lagi 4 hari nak raya. Masa specialist kata kena admit..mummy dah sebak. Tunggu masa je air mata nak gugur. Ikutkan perancangan keesokan nak balik kampung untuk beraya tapi bila anak dah sakit terpaksa redha, dah bersedia untuk beraya di hospital. Yang penting masa tu kesihatan Humaira baik. Dari bulan May hingga July batuk dia on off.
Masa tempoh tu juga dia akan demam on off. Dah bawa klinik biasa, pakar kanak2
tapi tak ok juga. last2 kena admit disebabkan pneumonia.
Nak admit pun satu hal juga. Humaira memang tak boleh berenggan dengan mummy. Adik dia masih fully breastfeed masa tu. Terpaksa cari bilik seorang. Bila call semua hospital area Shah Alam yang ada cover insurance, semua full. Kelana Jaya Medical Centre je ada kekosongan untuk bilik seorang. Time kena admit, bilik seorang ada promosi RM120 semalam, Kira oklah masih lagi dalam insurance cover.
|
Setiap 4 jam kena neb, 6 jam sekali masuk antibiotik |
|
Bermalamlah kami anak beranak di hospital |
|
Time discharge..Muka dah ceria. Ingat lagi... kita akan sambut raya hari Isnin, Humaira dicharge hari Ahad pukul 6 ptg baru sampai rumah. Kawasan rumah masa tu dah sunyi, semua orang balik kampung. Kiteorang pagi raya baru gerak balik kampung... |
5 comments:
kene mkn hati unta grg..kirim hati unta dari org bailk mekah..
alahaii siannya tgk dia...budak2 ni kdg2 antibodi x kuat..tu yg senang sakit..cuba try ambik omega..minyak ikan... :)
hati2 jugak bila beli omega..sebab kat pasaran kebanyakannya bukan minyak ikan...tp HATI IKAN..huhu...
pilih produk yg elok utk anak2.. :D
Aliya dulu pun teruk juga kena. sampai masuk wad.masa tu umur 1thn 4bln.
http://penbirumama.blogspot.com/2012/09/percutian-4h-3m-hospital-selayang.html
Lepas dari tu, saya buat minyak bawang putih utk dia. Alhamdulillah hilang terus asma dia. cuba la buat. mana tahu boleh baik dengan izin Allah.
http://penbirumama.blogspot.com/2014/11/musim-hujan-asma-bawang-putih.html
kesiannya... kalau anak2 sakit memang orang tua lah yg kena banyak berkorban... cerita ni jangan simpan dari dia kalau dia dewasa nanti...
by now rasanya dah banyak ubat2an yg boleh memansuhkan asma... apa kat berubat sementara dia sihat
Alahai kesiannya...moga cpt sembuh ye.Take care...asthama ni mmg sukar utk sembuh sepenuhnya tapi dpt dikawal. ank akak 2 org kena asthma...Along n Farouk....Alhamdulillah bila umo dh msuk 6 thn mrk jrg kena asthma..tapi bila along msuk u penyakit tu dtg blk..mayb pemakanan kot...faktor cuaca jugak mempengaruhi.
Post a Comment