Sen Heng merupakan antara syarikat elektronik terbesar di Malaysia,
merupakan pilihan saya sejak dahulu lagi dalam membeli barangan elektrik. Hampir 70% barangan elektrik di rumah saya beli di Sen Heng. Antara barangan elektrik yang pernah saya beli di Sen Heng ialah TV,
Home Theater, Peti Ais, Microwave, Oven, Electric Shaver, Hair Dryer dan
yang terkini ialah Food Processor dan Blender. Kebetulan pula ketika
ingin mencari Food Processor, Blender saya pula rosak. Alang-alang
kedua-duanya sekali saya sambar.
Kenapa Sen Heng?? walaupun banyak kedai elektrik yang menawarkan harga lebih rendah, tapi cik abang i tetap memilih Sen Heng. Salah satu sebabnya adalah after sales service yang boleh diharapkan. November 2011 saya ada membeli oven jenama Pensonic. Entrynya DI SINI. Sepanjang setahun setengah bersama kami, banyak oven ni berjasa. Dari membakar ayam, kek, kuih muih, roti semuanya oven ni yang buat. Malangnya tombol timer sudah rosak. Dan oleh kerana saya pernah membeli extended warranty replacement one to
one, saya pun bertanya pada Sales Assistant di situ samada boleh atau
tidak dibuat penukaran. Jawapannya BOLEH.
Malam itu juga saya kembali ke Sen Heng Seksyen 7 membawa oven saya yang rosak tombolnya. Oven tersebut diganti dengan oven baru dan saya pula perlu membayar RM21 kerana oven tersebut sebelum ini saya beli dengan harga promosi. Yang manisnya, replacement warranty saya ditambah lagi setahun. Bermakna dalam masa setahun dari hari ini, jika berlaku sebarang kerosakan, maka saya boleh lah replace one to one sekali lagi. Dibawah ialah rupa oven baru setelah direplace one to one. Thumbs up for good customer service, Sen Heng.

Terus dapat ganti yang baru hanya dengan tambah RM21.00. |
Teringat dulu masa kami ingin membeli TV LCD. Husband saya siap buat research lagi tentang TV LCD. Entrynya Di SINI. Entry tu dah jadi macam forum pula, Hampir 1000 komen yang bertanya tentang TV LCD. Survey harga tv di kedai sekitar Shah Alam, ada satu kedai di Subang Perdana yang jual paling murah tapi husband tetap setia dengan Sen Heng juga. Selain boleh bayar dengan kredit kad, ada warranty one to one replacement.
12 comments:
Untungnya.... Beli barng eletrik harus ada warranty kan.
so far i tak pernah dengar bad review lagi pasal Sen heng tapi pasal courts banyak huhu.
ooo bagus jugak senheng ni....
macam iklan lak entry ni..hihihi..
after sales service yg penting tu sis....
tu yg buat old customer remain as regular customer kan....
Pernah beli tv ngan nset je kat senheng..:-)
Bagusnye service dia.. sblm ni main beli je, mgkn lepas ni blh mencuba senheng :-)
bagus nya sen heng ni...lps ni boleh la try beli brg kat sen heng..:)
kdai sen heng yg kat mana ni? kat bukit kemuning ke?
Ya, senheng memang tak ada masalah jika tak ada masalah, jika you ada problem, customer services macam you punya boss.
aku lebih suka courts sbb kedai nya lebih besar. pilihan lebih bnyk kalau compared ngan senheng. courts perabut pon ada. senheng takde perabut. lg satu aku rasa harga courts lebih murah compared to senheng.

Post a Comment