My sweet story...

My sweet story...

Thursday, June 27, 2013

Balik kampung

Halluuu...hampir seminggu bercuti. Kali ni destinasi di JB. Bermula hari Jumaat bermalam di rumah mertua di Muar. Pagi Sabtu lebih kurang pukul 8.30 pagi kami bergerak ke Tanjung Leman Felda Residence, Mersing. Dari KL ada yang konvoi tengah malam. Tapi saya ada anak kecil, so gerak pagi tu dari Muar. Konvoi pagi tu ada lebih kurang 7 biji kereta. Bercuti di JB sempatlah singgah Johor Premium Outlet (JPO), Hello Kitty Town, Claytan Ayer Itam. Yang itu next week Insyaallah akan ada full story. Anak dara saya paling excited bila masuk dalam Hello Kitty town.

Nak cerita entry balik kampung. Kita kasi warm up dulu. Humaira ni, tengok embah dia belah kelapa. Pastu muka sedih bagitau mummy nak air kelapa. Mummy dah mula hot, mana nak cari air kelapa nak oii.. Si Humaira kata Embah buang air kelapa. Dah sebak dah. Bila bagitau Embahnya, laaa dia tak cakap pun nak air kelapa. Lagipun yang Embah belah kelapa tua. Huhu. Demi cucu, sanggup embah pergi kebun cari kelapa muda walaupun tengah puasa. Sempat lagi Embah buat jeli kelapa untuk cucunya. Anak dara ni tolong embah buat jeli kelapa



Teething Firaas yang baru dibeli brand fisher price. Kononnya nak beli yang mahal sikit, sebab yang lama punya teething dia gigit sampai nak berlubang. Alkisahnya tetiba dia nangis. Rupa2nya, yang bulat kecik tu (warna kuning dan hijau)dah masuk dalam mulut sampai tak boleh keluar. Panik sekejap mummy bila tarik dalam mulut Firaas tak boleh keluar. Daddy tarik kuat2 baru boleh keluar. Siapa sangka mainan macam ni boleh bahayakan budak2..



Kuali pemberian MIL. Dah lama mertua saya guna kuali brand crocodile. Cop Chue Chin Hua ni dari size yang kecil sehingga size paling besar semua jenis yang sama. Mertua saya kata memang tahan. Dulu semua kuali MIL beli di Kelantan. Baru2 ni masa jalan2 di Melaka terjumpa pattern yang sama terus beli untuk saya. Semua kuali MIL saya cantik je, takde langsung hitam walaupun dah guna berpuluh2 tahun. Kuali kat rumah saya semua hitam2 belaka. Hahaha.. Dia memang dari dulu tak suka bontot kuali hitam. Tips yang MIL saya bagi supaya kuali tak hitam. 
  •  Sebelum masak lap dulu kuali kering2 baru letak dekat dapur gas. Kuali tengah basah kita letakkan terus atas dapur gas membuatkan api menjadi kaler oren dan kuali akan hitam. 
  • Jangan biarkan minyak menitik disekeliling kuali. Bila terkena dengan api, kuali akan hitam dan memang susahler nak bersihkan
  • Sesekali basuh kuali dengan sabun mandi supaya kuali berkilat. 
Hopefully dengan tips di atas, kuali saya takkan hitam lagi. Wakaka. Kadang2 memang malas, lepas je goreng ikan, buang minyak berlebihan terus guna buat benda lain. Memang sah2 ler kuali aku hitam. 


Penggembaraan ke Jb bermula. View dari Muar pukul 8.30 pagi sangat berjerebu. Dalam rumah memang bau asap je. Alhamdulillah, sampai di JB jerebu semakin berkurangan. We will update later k..

8 comments:

lieyalatif said...

demi cucu kan nieda..sanggup nenek masuk kebun balik amik kelapa muda hehehehee...

Rasp said...

eh eh sis...
tetiba jer i rasa cam besarnya humaira nie....
dolu2 baby jer....

ehhh bahya gak ek sis toy tu...
walhal tu memang khaskan utk baby...
sib baik leh dikeluarkan....

u lum tgk lagi kuali2 rumah i...
i tgk pun scary...
montotnya hitam legammmmmm....

:: Mrs.Eady :: said...

amboiii rajin nyer dia..

εïзmummyHazaεïз said...

wahhh seronok bercuti2 malaysia nieda.. MIL nieda mcm MIL acik, xsuka kuali hitam. Bebel2 dia. hehehe

~ana~ said...

wah..best nya g bercuti2....

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

skg shah alam dah ok dah..jerebu dah kurang..alahmdullilah

NzA said...

alolo..kesiannya..mesti tringin sgt tu nk minum air kelapa.....

Siti Nurhayati Dollah said...

rajin anak dara tolong embah. Kakak yati yang duduk perak pun akan balik beli kuali kat Kelantan, sebab jenis yang tahan kot bila pakai. Mama yati pun jenis yang suka kilat2 kuali ni, anak dia pulak tukang hitamkan kuali hehe

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails