My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, March 7, 2012

Pengalaman Humaira di hospital

Alhamdulillah hari ni saya dah sihat setelah 2 hari diserang cirit birit. 

Humaira dimasukkan ke hospital pada 27 Feb lebih kurang pukul 12 am. Hari Ahad tengahari masa di kampung Muar, dia dah mengadu sakit perut. Tak lama lepas tu dia poo poo. Kemudian nampak macam dah okey. On the way nak balik Shah Alam dia mengadu sejuk, mummy slow kan air cond. Badan Humaira dah start panas. Bila tanya Humaira demam ke? dia kata TAK. Hehe sebenarnya kes jawab TAK tu sebab takut sangat kena makan ubat. 

Sampai Shah Alam dalam pukul 6.00 petang, tengok Humaira dah tak ceria. Mummy tinggalkan Humaira dengan daddy. Mummy nak prepare untuk masak malam nanti. Dah settle masak  mummy tidurkan Humaira. Tengah tidur terus dia muntah dan menangis. Panik sekejap. Apalagi daddy terus ajak pergi klinik sebab Humaira tak pernah muntah. Daddy decide nak bawa klinik pakar kanak2, hari Ahad malam pulak tu kebanyakan klinik kanak2 semua tutup. Dalam kereta Humaira muntah lagi. Nasib baik Klinik Umra ada doktor. Bila doktor check dia kata nadi Humaira dah laju dan dehydrate, so dekat situ juga masuk drip. Menjeritlah bila kena masuk jarum dekat tangan. So doktor buat surat untuk admit. Pukul 10 malam selesai di UMRA kami terus ke KPJ Selangor Specialist Hospital. 

Lama juga nak tunggu masuk ward. Dalam sejam lebih kami  menanti untuk dapatkan pengesahan insurance. Dalam pukul 12.00am baru masuk ward. Nak bagi Humaira tenang kita breastfeed dulu. Sebenarnya saya dalam perancangan untuk weaning off Humaira tapi bila dia sakit macam ni nampak gayanya terpaksa postponed.

 

Kesian juga Humaira, bila masuk ward asyik menangis je, takut. Dia tak pernah kena admit lagi. Nampak nurse dengan doktor menangis je. 2 malam pertama tidur mummy terpaksa peluk Humaira kuat2 baru boleh tidur lena. Esok pagi kena ambil darah. Dua kali kena ambil darah. First ambil cepat sangat darah Humaira beku, so terpaksa ambil sekali lagi. Menangis dan menangis je. Dan doktor nak sample najis Humaira juga. Petang Isnin bila Humaira poo poo confirm dia kena rota virus. Daddy dah sebak sebenarnya. Officemate dia pernah cakap sebelum ni, ada anak kecil better ambil vaksin rota virus. Mummy tak ambil port sangat. Kononnya mummy yang jaga Humaira, bab2 kebersihan insyaallah takde masalah lagi pun dia breastfeed. Bila Humaira dah setahun tanya doktor tentang vaksin rota virus, dokter kata dah tak boleh. Vaksin rota virus hanya boleh di ambil oleh baby yang berumur 6 bulan ke bawah.

Bila fikir2 balik rasanya Humaira kena masa balik kampung tempohari. Dia ada minum Lai Chee Kang. Kiteorang suspek lah. Kebanyakan virus rota ni berpunca daripada air. So hati2 kalau makan luar.

Kepenatan...tidur juga akhirnya
Hari Rabu Humaira dah sihat sebenarnya. Doktor kata kalau takde apa2 hari Khamis boleh discharge. Bukan main happy dia berjalan, berlari ke sana sini. Atuk dengan nenek Muar ada datang. Macam2 dia makan. Magrib tu Humaira start muntah2, cirit birit dan demam balik. Lembik sangat time tu. Malam tu dokter datang check terkejut tengok condition Humaira macam tu. Patutnya Humaira baru nak baik kena jaga makan, ni semua benda bergoreng bagi..that why jadi balik. Part paling mencabar nak bagi Humaira makan ubat. Susah sangat2. Lagi banyak yang keluar dari masuk. So doktor nak repeat antibiotik since dia demam balik. Dokter suggest nak masuk ikut drip. Mummy setuju, yang penting Humaira sihat. Cuma doktor kata kena stay lagi 5 hari untuk habiskan antibiotik. Sebab itulah sampai hari Isnin baru boleh discharge.

Hari Jumaat Humaira mengadu tangan masuk drip sakit. Bila nurse buka balutan tu, tangan dia dah bengkak sangat. Terpaksa cabut jarum. Doktor kata antibiotik dia akan bagi suntikan ikut _ontot.
 
Tangan Humaira membengkak
Hari Jumaat Humaira dah sihat sepenuhnya, cuma stay kat hospital untuk habiskan antibiotik je. Sangat boring bila lama2 duduk hospital. 
Bila boring daddy melayan Humaira guna ipad
Sebelum discharge Humaira makan kuewtiaw sup. 8 hari Humaira di hospital inilah kali pertama dia jamah makanan hospital. Sebelum ni hospital bagi bubur nasi memang Humaira reject. Si kecik ni memang tak suka nasi lembik. Ishk ishk ishk...

16 comments:

lieyalatif said...

alhamdulillah....lepas nak dekat seminggu lebih berkampung kat wad akhirnye sihat ....lega kan nieda...dahle tgk kes panas pasal virus rotavirus nie.....lepas ni bawak le humaira tuk amik vaksin rotavirus nie....utk prevent di mase2 akan datang....

anie said...

aduhai ....siannye....kita pun xsuka dmit spital..nie dia budak kecit lagi la kan...
risau jugak sekarang kalau anak cirit n muntah je...ingat rota virus tue je..
semoga anak2 kita dilindungi la segala penyakit kan....

Anonymous said...

alhamdulillah humaira dh sihat sepenuhnya

-zura-

yatie chomeyl said...

pandai humaira suap makan kuey teow sendiri. take care ya humaira, awak tu dh nak jadi kakak :)

Unknown said...

alahai ciannya dia. apepon alhamdulillah dh discaj dan semoga sihat sentiasa

εïзmmyHazaεïз said...

sian humaira.. 8 hari tu lama Nieda... lepas ni kena careful makan kat luar kan..

Nida Mohd said...

Lega dah balik rumah,mesti happy Humaira blk rmh boleh buat aktiviti harian cam biasa kan..skrg ni penyakit macam2 kan,kena extra cerewet dlm bg anak2 makan especially kat luar..

~ana~ said...

alhamdulillah humaira dah sihat..

mamaarifakeemaisy said...

Pengalaman....kesian humaira.. appaun alhamdulillah sihat akhirnya~

arif skrg pun tgh demam + muntah, hrp2 tak serius..huu~

oooh nak jugak ambik vaksin tu utk Hakeem la..risau la plak, anak2 kalau skt, bab nak mkn ubat mmg payah...1 hal pulak kan..hu~

hrp humaira sihat walafiat lepas ni ye..Amin

ezan said...

alhamdulillah humaira dah sihat. baru arini sempat jenguk blog nieda. oo btw tahniah ye on ur 2nd pregnancy. suka suka.. :)

Mag said...

allah..aunty sedih la tengok humairah sakit...sihat sokmo dear..jangan sakit2..

MamaYatie said...

lamanya..huhu...kesian humaira bila nida citer pasal tangan bengkak bekas drip tu..mmg kalo masuk antibiotik tru drip rasa sakit..masuk air tak sakit..huhu..dah merasa dah...sakit...huhu

Softtouch [Hanim] said...

Lamanya kat spital..sian humaira...alhamdulillah dah ok dah dia

Maszlinda bt Mohamad said...

Terima kasih di ats info ini...
Ank sy Adam pun skrg sdg dirawat di wad atas sbb virus ni...tangan dia pun bengkak sbb drip dan terus cri urat kt kaki pula...
Dah 5 hr kitaorg berkg kt hosp ni...pd awalnya x syak rotavirus tp lps adam muntah dan cirit sampai badan lemah longlai bru dpt kesan kna penyakit rotavirus...ni adam masih cirit dan td mcm nk muntah je lps semalaman x muntah...risau hati saya...harapan meninggi biar adam cepat sembuh...doakan ye semua...

Maszlinda bt Mohamad said...

Terima kasih di ats info ini...
Ank sy Adam pun skrg sdg dirawat di wad atas sbb virus ni...tangan dia pun bengkak sbb drip dan terus cri urat kt kaki pula...
Dah 5 hr kitaorg berkg kt hosp ni...pd awalnya x syak rotavirus tp lps adam muntah dan cirit sampai badan lemah longlai bru dpt kesan kna penyakit rotavirus...ni adam masih cirit dan td mcm nk muntah je lps semalaman x muntah...risau hati saya...harapan meninggi biar adam cepat sembuh...doakan ye semua...

Rehana said...

Anak saya pun baru kena rotavirus. Dua2 anak kena.
Memang bertabah je. hhehe.

Tq for info.

Jemput singgah ke teratak saya : www.rehanswardrobe.com

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails