My sweet story...

My sweet story...

Monday, March 12, 2012

Kuih puteri ayu

Sabtu lepas buat kuih yang sememangnya ayu. Dah lama plan nak buat. Acuan kuih tu dah hampir 2 tahun saya beli tapi tak pernah guna. Kebetulan masa balik Muar tempohari MIL ada bagi kelapa parut. Check resepi kat internet mudah je nak buat. Moh ler kita cuba... Bestnya bila percubaan pertama menjadi..Gebu macam tuannya.Hahahah


Saya tak perasan pun yang resepi saya buat ni boleh menghasilkan lebih dari 40 biji. Saya tak gemar sangat kuih ni, daddy langsung tak sentuh. Tinggalkan 2 ketul je untuk Humaira, selebihnya sedekah dekat kawan2. Bayangkan acuan cuma ada 12, nak menunggu kuih ni siap berjam2 lamanya. Habis je buat terus fengsannn..Penattt...


Resepi asal saya ambil dari my resepi.
credit to rossitamz

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ***Bahan di atas di ayak bersama
  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • 2 cawan Kelapa putih (digaul dengan 1 sudu kecil garam garam dan 1 sudu besar tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. 
Hasil keseluruhan...

7 comments:

sue zainun said...

saya suka sangat kuih ni..sedappp

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

heheh.. sy pun ada beli acuan die ni,
tp sampai skrg blom gunapakai lg.. heheheh..

btw, mmg terbaik lah ur pes try!

lieyalatif said...

fuh...puas buat sendiri hah..selambak dpt....siap leh bagi jiran2 ni kalo mcm nie.....

mesti wangi semerbak satu rumah bau pandan kan nieda...adui terliur plak hah....

~ana~ said...

erm..sedap nya...sgt gebu...terliur plak..:)

mamalieyna said...

cantik jer..mmg menjadi ler..haih bila nk rajin mencuba ni,,hehe~

dl merasa mak buatkan, tp tak pernh try buat sendiri lagi..hu~

Softtouch [Hanim] said...

kuih ni sedap muza suka.kan best kalu jd jiran nieda..heeee

Kenari Putih said...

Senang juga nampak buat kuih ni. Hihi.. kena pi beli acuan dulu la.. nak cuba buat sikit2 saja sbb anak kak kenari ni minat makan kuih ni

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails