My sweet story...

My sweet story...

Thursday, October 15, 2009

Susu ibu

Salam,
Ada kawan saya bertanya mampukah baby survive tanpa memberi air masak??
Saya bukanlah arif untuk menjawab pertanyaan ini tetapi berdasarkan pembacaan saya dan dari kaunselor laktasi, bayi yang berumur 6 bulan ke bawah hanya perlu minum susu ibu sahaja kerana 88% kandungan susu ibu terdiri daripada air. Tetapi bagi bayi yang minum susu formula mmg perlu diberi air kosong setiap kali selepas habis penyusuan untuk mengelakkan karies gigi..

Susu ibu terbahagi kepada dua jenis iaitu 'Foremilk dah Hindmilk".



Foremilk dikenali sebagai susu awal (kalau yang biasa pump susu mesti perasan perahan mula2 akan bewarna putih cair seperti gambar di atas). Foremilk mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat untuk menghilangkan dahaga bayi.



Di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air dan lemak yang tinggi. Hindmilk berperanan untuk tumbesaran bayi..Bayi yang lahir kurang berat badan perlukan susu ibu yang kerap supaya mendapat hindmilk yang membantu meningkatkan berat badan.

Masa saya dalam pantang dahulu, ada bidan bagitau sebelah kanan adalah makanan dan kiri adalah air. Teori tersebut tidak benar sama sekali kerana kedua2 tetap mengandungi foremilk dan hindmilk. Ibu yang menyusu digalakkan memberi sebelah payudara dahulu sehingga kosong dan sekiranya bayi mahu menyusu lagi barulah diberikan sebelah lagi supaya bayi mendapat foremilk dan hindmilk.

Note: sekadar berkongsi ilmu....
sumber: dari internet

7 comments:

mamalieyna said...

yaa setuju..! ;P..

yatie chomeyl said...

oo baru tau pasal nih, thanks 4 sharing

sujaihah said...

setujuuuu....

go go cayyuk

Jasfyra said...

betul tuh...
bagus wat gini..kadang2 ramai yg xtau kan..

treasurekeeper said...

salam nieda..

tq for sharing the info..
i like :)

-hajar

Ibu_Mysara Syauqeena said...

salam nida..salam perkenalan...baby kite lebih kurang sebaya...bagus la awak still bf..same as me..keep on pumping...

Intan said...

Nieda, bab yg bidan tu kata...my MIL pon sama gak kata mcm tu. Org dulu2 ni mmg semua pemikiran cam tu kan...padahal our milk dua2 belah ada foremilk & juge hindmilk. So takde mananye kanan food dan kiri air.

Mmg my paed pon ada kata bb yg nyusu badan nie tak perlu air langsung coz our milk dah cukup mineral for them. She even said until bb tu usia 2 tahun pon kalo dia tak nak sgt air biasa pon takpe as long as dia kerap nenen.

Arissa mmg kurang minum air masak but alhamdulillah kencing dia lawas and no problem and also takde masalah dehidrat langsung...penangan susu badan :)

My paed kata lagi bagus kalo dia nak nenen more than air biasa...lega sgt dengar ;)

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails