My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri....

Di kesempatan ini, nieda @ co ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat kawan2 blogger semua..Maaf zahir dan batin andai sepanjang tulisan ini ada yang mengguris hati kalian..Maaf dipohon, sesunggunhnya tidak disengajakan.

Tahun ni raya giliran rumah mertua dulu, so kami akan balik Muar Johor start 18 Sept hingga 22 Sept. And then balik Shah Alam dulu, keesokan hari baru balik kampung halaman saya di Ipoh Perak. So pada teman2 sekalian, jemput2 lah datang rumah saya yer..

Raya tahun ni first time beraya bersama dgn Humaira, last year tgh mabuk2 mengandungkan Humaira. Aunty2 semua jangan lupa duit raya yer..Sian mummy dgn daddy Humaira, this year tak ada bonus, budget duit raya ciput jer...


Alhamdulillah, sehingga hari ni saya berjaya brestfeed Humaira.. Awal2 pose dulu rasa nak pitam jer,mmg saya akui ibu yang menyusukan anak di bulan Ramadhan cabaran mmg hebat, air kena cukup untuk mengelakkan dehydration.. So hari tu saya browse internet jumpalah minuman performance drink, bagus untuk ibu yang menyusukan anak. So saya telah order secara online...Nak tau lebih lanjut pasal performance drink ni boleh tgk kt sini http://mysuperkids.net/khasiat-dan-kebaikan-performance-drink-shaklee/

Nilah dia performance drink tu..


Antara juadah yang sempat saya masak bulan pose ini adalah:

Kari ayam. tom yam, daging bakar, buah melaka dan air asam


cendawan goreng tepung, telur dadar, ayam masak merah dan siakap 3 rasa..


Okey, selamat balik kampung semua, pandulah berhati2 di jalan raya..Ingatlah orang yang tersayang...

8 comments:

h.a.t.t.a.i.s.h.a.k said...

Salam aidilfitri..minta maaf kalo ada salah dan silap..Kita sama-sama beraya dengan anak kita...yahooo...SELAMAT HARI RAYA

mamalieyna said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin..moga ceria di hari lebaran nnti!

Intan said...

To Nieda and family...

Intan nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin ye :)

Luv...Intan

Softtouch [Hanim] said...

selamat hari raya..maaf zahir batin...tahun ni mummy nya dok kutip duit raya humaira lah kan...

sejak2 jd surirumah ni rajin yer memasak..bertambah sihatlah en nizam yer

☆ lieya latif ☆ said...

nieda, selamat hari raya buat nieda sekeluarga, maaf zahir dan batin lieya pohon jika ade salah dan silap sepanjang kite kenal di alam cyber nieh......

semoga lebaran nieda meriah...first time ngan anak kan, sure seronok...collect duit raye jek laaa hi hihi

hushuss said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Nieda, en Nizam dan Humaira. Tahun ni kita raya sebagai mama kan? heheh...moga-moga jadi kenangan utk kita smpi akhir hayat. Di kesempatan ni jugak, huspa nak mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kita kenal (sbb en Nizam la kita kenal), huspa ada terlanjur kata, tersilap bahasa dgn Nieda ek. Raya nanti jemput datang rumah tau.

kakyong said...

nieda,
rumah di Ipoh tu kat mana?
jemput ke blog amik kad raya ya

marzana_akma said...

Mummy... u sempat gak memasak di bulan puasa ye walau ada anak kecik... hehehehheeee

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails