My sweet story...

My sweet story...

Thursday, October 30, 2014

Masalah Astro Decoder

Last week Astro Decoder saya digantikan lagi oleh staf Astro secara percuma. Semuanya kerana decoder menjadi terlalu lembab di mana untuk tukar channel sahaja memakan masa beberapa minit. Tu belum kisah tengah seronok menonton tiba-tiba reboot sendiri. Ini semua tanda decoder sudah jahanam. Tidak pasti apa penyebabnya,   namun saya menjangkakan bahawa hardware failure ini disebabkan kualiti decoder yang kurang baik. Nasib baiklah Astro tidak mengenakan bayaran terhadap penukaran decoder ini, semuanya FOC. 
Cuma proses penukaran ini leceh. Perlu call customer service yang saya lihat sentiasa sibuk dengan panggilan. Saya perlu menunggu beberapa minit sehinggalah panggilan saya disambung untuk bercakap dengan customer service. Dan kemudian diberikan tempoh 48 jam untuk technician hubungi saya dan selepas 48 jam habis, saya gegar lagi Customer Service dan kemudiannya baru lah ada technician yang call saya untuk appointment. 
Malang buat diri saya kerana semua yang dirakam dalam hardisk PVR lama hilang kerana decoder saya terpaksa ditukar. Sepatutnya ada option untuk transfer rakaman lama ke decoder baru. Satu aspek yang Astro perlu perbaiki selain dari proses penukaran decoder. 

Decoder lama saya yang rosak
 
Technician sedang dalam proses menukar decoder

 
Decoder baru yang diberi. Siap built in Wifi

Dan selepas selesai penukaran decoder, terpaksa menunggu hampir satu jam agar sim card baru saya diaktifkan. Mungkin kerana musim hujan menyebabkan ianya lambat. Ketika technician datang ke rumah, cuaca mendung. Saya tidak pasti berapa lamakah decoder ini akan bertahan sebelum ianya menjadi lembab dan sering reboot. Yang pasti saya tahu ianya akan berlaku dan saya terpaksa melalui proses penukaran decoder sekali lagi. Walaupun percuma tapi prosesnya leceh dan remeh. Saya mungkin akan terminate Astro terus kerana saya juga mempunyai Unifi dan anak-anak saya sekarang lebih selesa menonton rancangan kegemaran mereka di internet menggunakan tablet. Kalau guna TV pun mereka lebih gemar menonton rancangan mereka yang telah diletakkan dalam USB thumbdrive. Nampak tiada keperluan sangat untuk menggunakan Astro ini. Untuk berita terkini pun, news di website lebih pantas. Ketika tragedi MH17 dan MH370 pun segala berita saya dapat lebih pantas dari laman web news agency di internet. 

Suasana mendung di luar, sama mendungnya dengan servis Astro masa kini
 Apa yang saya lihat ialah walaupun perkhidmatan Astro telah dipertingkatkan dengan saluran HD, Astro First, AOD tetapi saya dapati bahawa hardware untuk pengguna tidak dapat menampung kehebatan perkhidmatan yang disediakan. Lebih-lebih lagi sekarang ini terdapat banyak medium untuk mendapatkan maklumat dan hiburan. Kos bayaran juga semakin tinggi dan saya pasti 2-3 tahun lagi Astro akan naikkan yuran langganan terutama Sports Channel. Kos hidup semakin meningkat tidak selaras dengan kenaikan gaji. Apabila jimat cermat menjadi keutamaan dalam hidup, Astro yang akan dikorbankan dahulu.


* update...

Minggu ini saya cuba view kembali rakaman Majalah 3 namun apabila saya tekan Play, tiada response dan apabila saya cuba untuk view kesemua yang telah saya rakam sebelum ini, tiada sebarang response lalu saya reboot kembali decoder. Proses reboot untuk decoder baru ini lebih laju dari decoder lama yang rosak. 

Selepas reboot, baru lah PVR saya beroperasi seperti biasa, boleh record dan playback. Cuma saya terkejut rupanya Majalah 3 yang dirakam hanyalah berdurasi 16 minit sahaja sedangkan seingat saya pada malam itu saya memang merakam keseluruhan episod sebelum saya tutup decoder (standby mode).

Adakah tanda-tanda ini merupakan simptom awal decoder ini juga tidak bagus? Adakah decoder ini perlu direboot setiap hari.



3 comments:

εïзmmyHazaεïз said...

Acik pon xberapa pasti ttg astro ni. Acik pakai hat HD tu rasanye, xdek recorder. Ketinggalan zaman :)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

ramai komplen pasal astro ni kan..plg tak suka bile die naikkan harga..huhu

NzA said...

kalau hujan je mula la astro buat onar......

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails