My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, July 31, 2012

Menu iftar hari ke sepuluh

Alhamdulillah, setakat hari ni mak buyong berjaya puasa. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk berpuasa penuh tahun ni. Mula2 puasa rasa ok je, dah masuk seminggu puasa terasa lemah badan ni. Baby pulak asal petang je mulalah bagi tendangan padu kat mummy. Sampai kadang2 tu rasa loya teramat sangat. Dua tiga hari ni terpaksa beli je makanan di PARAM, tak larat nak masak. Tenaga cukup2 je..Semangat nak masak tu ada, bila dah masuk dapur buat kerja sikit, terasa penat. Sudahnya terbaring. Hehe.. Semalam baru ada tenaga balik untuk memasak. Wahai energy, silalah kembali..Hehee..

Menu semalam, saya masak simple je. Teringin sangat nak makan bihun goreng. Sebab cik adik manis pun nak makan sekali, saya buat bihun goreng Singapore. Senang, semua boleh makan, x pedas. Walaupun husband lagi prefer bihun goreng biasa, tapi banyak juga dia makan. Dan juga saya buat ayam percik. Lepas sahur, siap2 marinate ayam tu, petang tu terus bakar. Saya lagi prefer guna kuali non stick dari masuk oven.. 

Bihun goreng Singapore.

Ayam percik

Ayam percik ni saya ambil resepi dari Kak Hanieliza. Bahan perapan tu saya main agak2 je, sebab saya masak ayam 3 ketul bahagian dada. Macam resepi Kak Liza tu menggunakan 2kg ayam. 
Ayam Percik

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ] (saya guna santan dalam kotak je)
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/b halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

5 comments:

Unknown said...

sedapnye nieda :) nyum3..hehehe

lieyalatif said...

sedap!!! sedap!!! nak cube buat ayam percik tu laa nieda....

Izwa Kamaruddin said...

wahh wahhh..terliur!

εïзmmyHazaεïз said...

Sedap... Bulan puasa ape jek yg terpandang semua sedap kan... Tapi mmg sedap... :)

adarnadzmie said...

akak pun klu petang jer mesti dah tak larat... baby pun dok tak diam...hehe

alamak sedap nyer ayam percikkk:)

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails