My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, August 1, 2012

Pengalaman cerai susu



Setelah usia Humaira 3 tahun 1 bulan baru berjaya cerai susu badan sepenuhnya. Tempoh yang agak panjang bagi saya. Sepanjang tempoh itu, mummy menjadi breastaurant, dimana2 pun boleh. Mudah dan ringkas..

Susah nak bercerai susu dengan budak banyak akal ni. Mula2 dulu, Atuk Muar dia bagi air yang telah dibaca doa putus susu. 3-4 kali juga buat tapi tidak berhasil. Kemudian mummy cuba letak asam jawa. Mengamuk sakan dia suruh basuh nipple. Kemudian, saya cuba guna pendekatan soft spoken. Selalu bercakap dengan Humaira, dah besar tak boleh nenen lagi. Saya tak akan offer bf, kalau dia minta cuba lengah2 kan. Bagi makan, sekurang2nya dia boleh lupa sebentar. Lama kelamaan menjadi juga,tapi waktu siang ajelah. Malam tetap nak bf juga. Yelah, nak bercerai susu tak boleh drastik, kena slow2. Maklumlah, selama dia hidup, makanan pertama yang dia kenal adalah susu ibu. Dah macam ketagih, gelisah bila tak dapat candu. Hihi..

 Lama2 bila dah selalu cakap, Humaira pun faham. Petah pula dia bercakap..'kakak tak boleh nenen, mummy sakit ada baby'. Kadang2 tu rasa sedih juga bila bercerai susu, sebab melalui bf, bonding antara ibu dengan anak tu sangat2 kuat. Betul kata breastfeed moms. bila nak bercerai susu, hati kena kuat. Cumanya bila dah tak dapat candu, siang langsung Humaira tak tidur. Malam pula, sebelum tidur kena dodoi dan tepuk sampai dia tertidur. Manja betul cik adik manis ni.

Dengan ini, secara rasminya...breastaurant ditutup buat sementara waktu. Insyaallah akan dibuka semula pada bulan October. Mudah-mudahan breastfeeding journey untuk second junior berjalan lancar. Aminn.
Gambar terbaru perut mak buyong yang semakin membesar di usia 27 minggu. Hampir ke trimester ketiga sudah..
Dengan cik adik manis yang sangat manja..Sikit2 nak nangis
.

17 comments:

Huda said...

wah..lama sungguh perjalanan bf humaira ye..mmg tul sush nak cerai susu, masa husna dulu, umminya siap nangis2 sbb sakit..sedih pun ye..sian dia kan..lama2 tu baru dia ok sbb selalu cakap ummi sakit, dia pun dah pandai cakap dia pahamla kan :) comel perut mommy :)

yatie chomeyl said...

lama ugak humaira BF ye. SN cukup2 umur2 thn, I dah stopkan...hehe

εïз mummyHaza εïз said...

Hehhe.. Cepat jek perut dah besar..

Nieda selamat hari penyusuan sedunia yek :)

lieyalatif said...

COMEL NIEDA!!! berseri2 tol ibu preggy nieh....

:: Mrs.Eady :: said...

sedih kan....teringat dulu pisahkan dgn syahmi sufiya :(

dieha said...

sama macam saidatul..terpaksa bercerai susu di usia dia 2thn 2 bulan..masa tu rsa letey sgt..terpaksa letak air sirap di nipple..bila dia tgk automatik dia xnak..dia ckp "sian ibu..ibu sakit"..rasa sebak ms tu..smp skrg bila diha tawarkan utk susu dia..dia cp xnak..susu ibu utk adik..hehe..

adarnadzmie said...

bertuah humaira dpt BF dgn jaya dr nieda... akak sempat anak x sampai setahun.... hehe... insyaallah kali ni nak BF lama sket....

comey nieda...:)

Ladykillers said...

oo....kita serupa..imran 3thn 3bln, da buat memacam letak nescafe,kicap garam..xjalan..dia bleh selamba lap balik...

last² papa dia bagi ARAHAN STOP JGN BAGI LANSUNG BIAR DIA MELALAK...so arahan cik somi ikutkn je la..sambil² tu mmg slow-talk ckp dia da besar..nk school..mama sakit(siap letak sos cili cakap ada darah)

lelama dia ok..tp mmg susa la..mengamuk melalak tetiap mlm, susa nk tdo sumer..2bln pertama dia nk tdo dalam dakapan kita..xdpt nenen at-least dpt cium bau bdn kita)

skang ni dia nk tdo sbela adik jer..pastu tdo kna tepuk..ok la.asalkan da stop susu..bila offer pun siap ckp "ABAM DA BESAR..ABAM KUAT..ABAM NAK SCHOOL, TEACHER X BAGI NENEN, NNT TEACHER MARAH.." hahaha..

anie said...

bercerai sudah...sedih pun ada kan..tapi terpaksa nak bagi kat baby pulak...

berseri2 la muka ibu mengandung nie...

mummy aqif said...

wah kak smpai 3thn... sy ni pn dh xtau nk wt mcmane...xsmpi ati nk cerai susu bile tgk aqif nangis2... ngamok2 smpi tsedu2....adoii.. risau nnt bile prot mami makin besa ni mcmane la nk bf die lg... sbb die nk df je......tulun...

~ana~ said...

terserlah seri ibu mengandung..:)

nieda, ana pun masih x putus susu lg dgn aqil. skrg ni since ana cuti, mmg dah makin kurang dia hisap susu botol, asyik nak susu mama je..klau org tnya ada ke x susu, dia hisap n bukak mulut dia tunjuk susu tu..mcm2 la....

mamalieyna said...

seronoknya pengalaman manis yg pnjg, eina belum dpt merasa semua ni, ntahla ye..dah 2 anak ni..huuu~ sedey.. :(

nnti turn adik humaira pulak...hope rezki utknya pun dimurahkan..Insyaallah..

NonaFauzi said...

tgk ko kiuut je peknen nieda, rasanyer dah x lama lagi kan..rayo nie makan puas2 wey hhihihi

Lily@MamaZaraZareef said...

makin comel ibu mengandung..^__^..nway, scan konfirm boboy kan..congrats ye bakal dpt sepasang..=)..kakak humaira saje amik can manja puas2..nnti adik bby kuar dh kena independant sket..hihi

Momma Mia said...

lama juga yer nk bercerai susu...
pandai ler humaira ni. sedih kan bila dah close breastaurant ni...byk moment2 terindah... hanya ibu yg alami jer faham kan (";)

Nastyna said...

salam dear, saya tgh duk cari info pasal cerai susu, huhuhu tak mudah rupe nyer.

Junaida Watie said...

cerai susu perlukan hati ibu yang kuat, xleh ada belas kasihan..hihi tp sanggup ker? inshaAllah tanam je dlm hati yg susu ibu dah xmanfaat buat ank yg berusia lbh dr 2thn setengah..inshaAllah boleh.

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails