My sweet story...

My sweet story...

Thursday, March 29, 2012

Sumbangan untuk adik Mawar Nur Farisha

Sebak saya rasa bila dapat tau kawan saya, Sahida anaknya menghidap penyakit kronik. Sahida ni classmate saya masa Diploma dulu. Anaknya, Mawar Nur Farisya menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit. Kepada yang ingin menderma bolehlah salurkan melalui:

 Akaun Bank Islam milik Mawar 12-21602002450-1 atau menghubungi Farid di talian 010-5430339 atau Sahida (019-3939103).
 
SHAH ALAM – Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2 tahun, yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit, memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Ampang.

Ibunya, Sahida Ramli, 29, berkata, Mawar tiada masalah sewaktu dalam kandungan dan dilahirkan normal.

Bagaimanapun, dua minggu selepas dilahirkan, anaknya itu menangis tanpa henti dan hasil pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati otaknya dijangkiti kuman dan disahkan lumpuh otak.

“Setiap kali diserang penyakit, Mawar akan menangis tanpa henti, muka dan seluruh tubuhnya jadi kebiruan dan akan tercungap-cungap.

“Ibu mana sanggup melihat anaknya begini. Walaupun Mawar tidak mampu meluahkan kata-kata, saya dapat rasakan kesakitan yang ditanggungnya itu,” katanya.

Penderitaan Mawar itu juga menyebabkan Sahida dan suaminya, Farid Alsuwad Mohamed Maki, 34, menghadapi kesempitan hidup disebabkan kos rawatan setiap bulan.

Sahida mahu Mawar menjalani pembedahan segera di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, kerana hospital kerajaan tidak dapat melakukannya pada kadar segera.

“PPUM telah merujuk Mawar untuk menjalani pembedahan segera di Institut Jantung Negara (IJN), tetapi sehingga kini IJN telah beberapa kali menangguhkan pembedahan kerana kesihatan Mawar tidak mengizinkan.

“Akhirnya, doktor pakar di hospital kerajaan menasihatkan saya ke Gleaneagles kerana pakar perubatan di sana boleh melakukan pembedahan segera, namun saya dimaklumkan, kos perubatan di sana adalah RM35,000 dan ini di luar kemampuan kami.

“Semenjak Mawar sakit, suami terpaksa berhenti kerja kerana menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menjaga Mawar. Sukar bagi pengasuh menjaga Mawar dalam keadaannya itu.

“Hanya saya bekerja, namun sebagai kakitangan kerajaan pangkat rendah, pendapatan bulanan tidak mencukupi bagi menampung kehidupan kami sekeluarga. Mawar juga perlu diberikan susu khas dan memerlukan lampin pakai buang,” katanya.

Sahida berkata, anaknya memperoleh elaun RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibayar empat bulan sekali.

“Kami sekeluarga perlu ikat perut, dengan dua lagi anak yang bersekolah dan sewa rumah yang tertunggak. Tidak termampu bagi kami mengumpulkan RM35,000 itu,” katanya.
Orang ramai boleh menyumbang derma ke akaun Bank Islam milik Mawar 12-21602002450-1 atau menghubungi Farid di talian 010-5430339 atau Sahida (019-3939103).
 

Thursday, March 22, 2012

Check up second junior (SEJU)


Semalam untuk pertama kalinya check up di usia 8 minggu usia kandungan. Kecil sangat lagi, dalam garisan X tu. Alhamdulillah semuanya OK, fetus pun dah ada heart beat. Dokter kata satu sahaja, hehe bukan kembar ye. Masih dalam fasa alahan lagi, cuma tidak seteruk minggu lepas. Harap2 beransur baik.

Monday, March 19, 2012

Art activity

Majority kanak2 sukakan art. Lepas join playgroup tempohari, nampak Humaira excited kalau ajak buat painting. Sempatlah mummy buat 2 aktiviti sebelum fasa alahan menyerang. 

Hasil kerja Humaira...atas bantuan mummy juga. Dari segi pilihan warna cik adik manis ni yang pilih.

Sopannya cik adik manis ni duduk. Buat malu jer..Sangat excited menggunakan water color


Nanti bila mummy dah sihat kita buat aktiviti macam ni lagi. Mummy ada beli color untuk finger painting tapi belum berkesempatan beraktiviti bersama.

Friday, March 16, 2012

8 weeks pregnant

Sebab inilah mood untuk blogging semakin menurun. Saya tengah mengalami fasa alahan yang agak teruk. Sama macam mengandungkan Humaira dulu... Asal makan je muntah, loya, letih. Ada masa terluang mesti nak tidur. 

Sebenarnya, saya tau mengandung seawal usia kandungan baru berusia 3 minggu lagi. Masa tu dah ada signal. Bila makan benda manis mesti nak muntah. So seminggu sebelum kawan baik datang, cik P period saya buat pregnancy test. Alhamdulillah tak sangka double line walaupun sangat samar. Yelah kandungan baru sangat lagi. 
Sangat samar double line itu



Bila Cik P dah lewat seminggu saya repeat test. Result nya sangat jelas. Alhamdulillah...Hopefully fasa alahan akan berakhir dengan segera. Kesian dekat Humaira. Saya masak asal boleh je untuk Humaira. Sangat2 tak larat tapi ku gagahi juga untuk anakanda. Fobia juga nak bawa dia makan luar lepas  admit hospital tempohari. Kalau betul2 tak larat daddy akan beli KFC or Mc D. Saya sudah muak nak makan fastfood.
Minggu depan baru nak buat ultrasound..Semoga takde masalah.




* Sepatutnya hari ni nak balik Muar. MIL saya dan adik beradiknya berkampung kat Muar untuk masak kuih muih untuk kenduri kahwin. Hopefully hari Sabtu tidak mengalami alahan yang teruk. Nak pergi wedding cousin hubby di Batu Pahat. Kalau keadaan tak mengizinkan terpaksalah daddy pergi sorang. Sadis je bunyi....

Monday, March 12, 2012

Kuih puteri ayu

Sabtu lepas buat kuih yang sememangnya ayu. Dah lama plan nak buat. Acuan kuih tu dah hampir 2 tahun saya beli tapi tak pernah guna. Kebetulan masa balik Muar tempohari MIL ada bagi kelapa parut. Check resepi kat internet mudah je nak buat. Moh ler kita cuba... Bestnya bila percubaan pertama menjadi..Gebu macam tuannya.Hahahah


Saya tak perasan pun yang resepi saya buat ni boleh menghasilkan lebih dari 40 biji. Saya tak gemar sangat kuih ni, daddy langsung tak sentuh. Tinggalkan 2 ketul je untuk Humaira, selebihnya sedekah dekat kawan2. Bayangkan acuan cuma ada 12, nak menunggu kuih ni siap berjam2 lamanya. Habis je buat terus fengsannn..Penattt...


Resepi asal saya ambil dari my resepi.
credit to rossitamz

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ***Bahan di atas di ayak bersama
  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • 2 cawan Kelapa putih (digaul dengan 1 sudu kecil garam garam dan 1 sudu besar tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. 
Hasil keseluruhan...

Thursday, March 8, 2012

Humaira join playgroup

Sebenarnya dah lama Humaira bising2 nak pergi school. Bila tanya kenapa nak pergi school. Dia jawab ada cikgu, ada kawan. Kesian pula mummy dengar. Daddy suruh mummy search social class untuk Humaira. Cari punya cari jumpalah Tateh Playgroup. So hari Sabtu sehari sebelum Humaira admit kt hospital sempatlah dia join kelas tu. Nampak dia happy walaupun malu2 dengan teacher Munira dan kawan. 

Next time kita boleh pergi lagi yer. Macam2 yang Humaira belajar..colouring, sorting activity, abc. Insyaallah next year Humaira boleh pergi school. Kelas ni bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tghari. Tak boleh lama2, anak2 cepat bosan. Teacher Munira pun pandai  tarik minat anak2, bila nampak ada yang bosan teacher ajak main bubble, parachute play. 
Teacher Munira and bubble.

Anak2 memang suka

Finger paint. Mula2 Humaira macam geli. Bila tengok kawan2 dia buat baru dia ok.

Tangan siapa ni???

Hasil art anak2..so sweet

Sebelum habis kelas...

Wednesday, March 7, 2012

Pengalaman Humaira di hospital

Alhamdulillah hari ni saya dah sihat setelah 2 hari diserang cirit birit. 

Humaira dimasukkan ke hospital pada 27 Feb lebih kurang pukul 12 am. Hari Ahad tengahari masa di kampung Muar, dia dah mengadu sakit perut. Tak lama lepas tu dia poo poo. Kemudian nampak macam dah okey. On the way nak balik Shah Alam dia mengadu sejuk, mummy slow kan air cond. Badan Humaira dah start panas. Bila tanya Humaira demam ke? dia kata TAK. Hehe sebenarnya kes jawab TAK tu sebab takut sangat kena makan ubat. 

Sampai Shah Alam dalam pukul 6.00 petang, tengok Humaira dah tak ceria. Mummy tinggalkan Humaira dengan daddy. Mummy nak prepare untuk masak malam nanti. Dah settle masak  mummy tidurkan Humaira. Tengah tidur terus dia muntah dan menangis. Panik sekejap. Apalagi daddy terus ajak pergi klinik sebab Humaira tak pernah muntah. Daddy decide nak bawa klinik pakar kanak2, hari Ahad malam pulak tu kebanyakan klinik kanak2 semua tutup. Dalam kereta Humaira muntah lagi. Nasib baik Klinik Umra ada doktor. Bila doktor check dia kata nadi Humaira dah laju dan dehydrate, so dekat situ juga masuk drip. Menjeritlah bila kena masuk jarum dekat tangan. So doktor buat surat untuk admit. Pukul 10 malam selesai di UMRA kami terus ke KPJ Selangor Specialist Hospital. 

Lama juga nak tunggu masuk ward. Dalam sejam lebih kami  menanti untuk dapatkan pengesahan insurance. Dalam pukul 12.00am baru masuk ward. Nak bagi Humaira tenang kita breastfeed dulu. Sebenarnya saya dalam perancangan untuk weaning off Humaira tapi bila dia sakit macam ni nampak gayanya terpaksa postponed.

 

Kesian juga Humaira, bila masuk ward asyik menangis je, takut. Dia tak pernah kena admit lagi. Nampak nurse dengan doktor menangis je. 2 malam pertama tidur mummy terpaksa peluk Humaira kuat2 baru boleh tidur lena. Esok pagi kena ambil darah. Dua kali kena ambil darah. First ambil cepat sangat darah Humaira beku, so terpaksa ambil sekali lagi. Menangis dan menangis je. Dan doktor nak sample najis Humaira juga. Petang Isnin bila Humaira poo poo confirm dia kena rota virus. Daddy dah sebak sebenarnya. Officemate dia pernah cakap sebelum ni, ada anak kecil better ambil vaksin rota virus. Mummy tak ambil port sangat. Kononnya mummy yang jaga Humaira, bab2 kebersihan insyaallah takde masalah lagi pun dia breastfeed. Bila Humaira dah setahun tanya doktor tentang vaksin rota virus, dokter kata dah tak boleh. Vaksin rota virus hanya boleh di ambil oleh baby yang berumur 6 bulan ke bawah.

Bila fikir2 balik rasanya Humaira kena masa balik kampung tempohari. Dia ada minum Lai Chee Kang. Kiteorang suspek lah. Kebanyakan virus rota ni berpunca daripada air. So hati2 kalau makan luar.

Kepenatan...tidur juga akhirnya
Hari Rabu Humaira dah sihat sebenarnya. Doktor kata kalau takde apa2 hari Khamis boleh discharge. Bukan main happy dia berjalan, berlari ke sana sini. Atuk dengan nenek Muar ada datang. Macam2 dia makan. Magrib tu Humaira start muntah2, cirit birit dan demam balik. Lembik sangat time tu. Malam tu dokter datang check terkejut tengok condition Humaira macam tu. Patutnya Humaira baru nak baik kena jaga makan, ni semua benda bergoreng bagi..that why jadi balik. Part paling mencabar nak bagi Humaira makan ubat. Susah sangat2. Lagi banyak yang keluar dari masuk. So doktor nak repeat antibiotik since dia demam balik. Dokter suggest nak masuk ikut drip. Mummy setuju, yang penting Humaira sihat. Cuma doktor kata kena stay lagi 5 hari untuk habiskan antibiotik. Sebab itulah sampai hari Isnin baru boleh discharge.

Hari Jumaat Humaira mengadu tangan masuk drip sakit. Bila nurse buka balutan tu, tangan dia dah bengkak sangat. Terpaksa cabut jarum. Doktor kata antibiotik dia akan bagi suntikan ikut _ontot.
 
Tangan Humaira membengkak
Hari Jumaat Humaira dah sihat sepenuhnya, cuma stay kat hospital untuk habiskan antibiotik je. Sangat boring bila lama2 duduk hospital. 
Bila boring daddy melayan Humaira guna ipad
Sebelum discharge Humaira makan kuewtiaw sup. 8 hari Humaira di hospital inilah kali pertama dia jamah makanan hospital. Sebelum ni hospital bagi bubur nasi memang Humaira reject. Si kecik ni memang tak suka nasi lembik. Ishk ishk ishk...

Tuesday, March 6, 2012

humaira dah discharge

humaira dah discharge dari hospital petang srmalam. alhamdulillah suka tgk dia dah sihat. kuat makan skrg ni. daddy humaira terpaksa masak. humaira dah sihat, mummy pula kena rota virus. lepas je humaira discharge petang tu juga mummy start cirit birit. mlm tu saja 10x cirit birit, muntah dan start demam. dugaan betul. mummy plg risau sebab skrg ni early pregnant dalam 6 minggu mcm tu. lepas magrib semlm terus pergi klinik ambil ubat. hari ni pun badan masih lembik lagi.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails