My sweet story...

My sweet story...

Friday, April 8, 2011

Bawa Humaira ke Aquaria

Akhirnya sampai juga ke Aquaria, seperti entry INI, bulan dec tahun lepas. Dah sampai depan Aquaria tapi punyalah ramai orang beratur beli tiket, kebetulan pula masa tu cuti sekolah. So daddy janji akan bawa bila habis cuti sekolah. Nasibla masa tu Humaira tak pandai cakap lagi, kalau tak terpaksalah beratur untuk tengok ikan. Bukan apa, tak best la bayar mahal2 tapi ramai dalam tu. Akhirnya sampai juga Humaira ke Aquaria hari Isnin lepas.

Bayaran masuk untuk mummy RM35, daddy dapat RM30 sebab dia student. Humaira free. Masuk je terus nampak ikan piranha. Masa mummy pergi dalam 5 tahun lepas akuarium ni tempat ikan pari.


Boleh sentuh ikan ni. Humaira dah takut tengok mummy pegang ikan ni. Bermulalah episod nak berdukung. Hadooiii


Mana taknya, ikan dekat sini lagi besar dari Humaira


Humaira sebut FISH


Posing style mencangkung


Tengok gigi ikan...lupa ingatan pula nama ikan ni


iklan...nak tunjuk juga tupperware brand dalam akuarium besar. Memang tahan lasak


Masa mummy sentuh ikan ni, cepat2 Humaira tarik tangan mummy. Risau kalau ikan ni gigit tangan mummy. Dont worry sayang....ada kaca, ikan takkan gigit mummy


Macam ku kenal je ikan ni..heheh




* to be continue part 2

Thursday, April 7, 2011

Petronas Grand Prix Showcase KLCC

Bagi peminat F1 bolehlah pergi tengok Petronas Grand Prix showcase yang tengah berlangsung di concourse KLCC bermula 2 April sehingga 10 April ini. Pelbagai barangan esklusif F1 dijual seperti T Shirt, topi, keychain, dan macam-macam.

Sebenarnya nak bawa Humaira ke Aquaria, dah lama janji nak bawa dia tengok ikan. So masa di KLCC ternampak pula showcase ni. Apalagi haruslah lensa daddy menembak sedas dua. Kebetulan ada model petronas

Tinggi dan kurus. Bilalah i nak kurus macam model ni..


Mummy dan Humaira bersama kereta F1..berangan nak naik







* nanti up cerita aquaria pula, banyak giler gambar nak kena resize. Sakit pinggang tak hilang lagi dukung Humaira yang berat 11 kg sepanjang masa di KLCC, bila datang angin kuch kuch hota hai dia, taknak jalan, dengan daddy pun taknak.

Wednesday, April 6, 2011

Makan aiskrim tutti frutti

Dah lama nak try aiskrim tutti frutti ni, macam jakun je bila dengar orang kata semuanya self service. Ais krim ni sebenarnya yogurt yang telah frozen, rasa dia macam ais krim je. Ada banyak perasa seperti coklat, vanila, TF original, passion fruit, grape, red velvet, pineapple and kiwi. Harga kena timbang, 100 gram untuk RM5.30.

So sampai2 je kena pilih cup, ada 3 jenis size cup kecil, sederhana dan besar. Masa saya pergi cup kecil tak ada.


Kemudian pilihlah flavor mana yang kita nak. Macam saya yang pertama kali nak rasa ais krim ni ambil perisa coklat dan vanila. Boleh campur flavor


Daddy Humaira tengah mengisi ais krim


Lepas itu, letaklah topping apa yang kita nak. Ada banyak jenis.
Ada nuts dan cookies.


Yang ini topping buah-buahan


Masa untuk timbang. Saya punya jumlahnya rm14.30..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails