My sweet story...

My sweet story...

Friday, June 27, 2014

Jamuan birthday tadika Humaira

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Hari Jumaat terakhir bulan Syaaban. Ahad ni Insyaallah kita semua akan menyambut Ramadhan. Di kesempatan ini, nieda nak minta maaf andai anda terkasar bahasa, salah dan silap di mana2. Semoga kedatangan Ramadhan ni memberi keberkatan kepada kita semua. 

Malam tadi menyiapkan kuih puteri ayu dan talam marble untuk Humaira bawa ke tadika. Hari ni ada celebrate birthday untuk anak2 yang lahir dari bulan April hingga Jun. 

Salah satu kuih favorite Humaira
Untuk dibawa ke tadika

 
Kuih talam marble ni favorite husband. Simpan dalam fridge dan makan time sejuk2 memang sedap. Sangat sesuai untuk dessert buka puasa nanti. Nak buatnya pun mudah, tak perlu kukus. Masak terus atas api. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi di SINI.. Nak buat ni guna tepung Hoen Kwe. Ada macam2 kaler..putih, hijau, merah, kuning. Boleh pilih warna apa yang kita suka



Kaedah penyediaan kena masak 2 periuk secara serentak. Yang coklat tu letak serbuk koko. Mula2 serbuk koko tu akan berketul2, takpe nanti bila dah likat koko tu akan sebati. Masak cukup sekadar likat, dan kelihatan tepi periuk tepung tu meletup2 terus tutup api. terus tuang dalam loyang berselang seli kaler hijau dan coklat. Kena buat dengan pantas sebab kuih ni cepat mengeras.  

Yang ni versi kaler merah

4 comments:

Zai Zamree said...

tgk puteri ayu dan2 lapar

adarnadzmie said...

puding kaler2 tu cantik la... nak resepi bole nieda...:)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

suka tgk talam marble tu..warna yg meriah tu nmpak sgt menyelerakan..hihi

Blog Owner said...

Sedap kuih talam marble ni.. Saya pun suka.. Thanks Nieda for sharing this recipe..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails