My sweet story...

My sweet story...

Monday, June 9, 2014

Bermalam di Inap Desa

Inap Desa, begitulah perkataan sebenar Homestay di dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya konsep Inap Desa ini sejak beberapa tahun kebelakangan semakin popular. Saya kenal ada seorang rakan yang ingin membeli rumah ratusan ribu di satu prime location dan ingin menjadikannya sebagai Homestay atau Inap Desa dan sudah tentu lokasi yang dipilihnya itu bukan desa tetapi di kawasan bandar menjadikan perkataan Homestay lebih relevan baginya.
Berbalik kepada kisah Inap Desa, baru-baru ini saya berpeluang menginap di Inap Desa. Percaya atau tidak. ini merupakan kali pertama saya sekeluarga meginap di Inap Desa. Sebelum ini hotel atau chalet menjadi pilihan kami.
Inap Desa ini terletak di Simpang Pulai, Perak dan tidak terletak jauh dari persimpangan ke Cameron Highlands. Saya anggarkan jarak lebih kurang 3 KM ke persimpangan menuju Cameron. 
Inap Desa ini merupakan banglo setingkat berhadapan dengan sekolah dan terletak di kawasan perumahan lot. Jiran-jiran dan surau juga berdekatan. Kawasan kedai terletak tidak sampai 1 KM dari rumah tersebut. Jika naik kereta atau motosikal ke kedai, tidak sampai 5 minit tetapi jika jalan kaki, mungkin sekitar 15 minit. Terdapat pasar malam di kawasan kedai tersebut pada malam minggu.
Inap Desa ini mempunyai 3 bilik tidur di mana bilik utama mempunyai penghawa dingin jenis Carrier dan bilik airnya sendiri. Sementara 2 bilik air terdapat di bahagian dapur. Dapurnya besar dan mempunyai kelengkapan dapur gas, peti ais, cerek elektrik, mesin basuh dan perlatan membuat air. Gelas-gelas, pinggan mangkuk juga disediakan. Apa yang menarik ialah ruang tamu nya yang besar, saya kira 5 orang boleh tidur di ruang tamu. TV juga disediakan walaupun tiada kemudahan Astro tetapi siaran FTA amat bagus penerimaannya. 

Ruang tamu yang besar

Ruang menonton televisyen.

Dapur yang luas..Kemudahan asas untuk memasak semua ada

Bilik utama. Dah siap2 bentang comforter untuk anak bujang saya

Mesin basuh turut disediakan. Sempat juga saya membasuh pakaian

Bilik ketiga terletak berhampiran dapur. Bentuk dan size bilik kedua lebih kurang bilik ketiga

Untuk tempahan sila hubungi name card di atas
Dari segi harga, not bad for this big homestay, kira-kira RM2++ satu malam. Sebenarnya saya tak berapa pasti kerana ibu saya yang booking untuk penginapan saya sekeluarga dan kedua ibubapa mertua saya. Yang pasti ayah dan mak mertua saya suka dengan konsep inap desa ini. Sesuai untuk yang travel dua keluarga ke atas.

0 comments:

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails