My sweet story...

My sweet story...

Monday, July 29, 2013

Menu Iftar

Antara menu iftar yang sempat dimasak..

Nasi ayam
Ayam masak merah dan sayur campur


Butter prawn, ikan pari bakar dan sambal kicap


Yang ini lauk hasil buffet kelab vios sabtu lepas..Ada banyak lebih, so tapau bawa balik. Ada kerabu mangga,ikan siakap 3rasa, patin tempoyak,kailan ikan masin,sambal udang petai..

*Semalam buat pertama kali selepas bersalinkan Firaas, sahabat baik cik p muncul...now firaas nak masuk 10 bln, full breastfeed. Ayark, awatlah dia muncul time bulan pose. Baru je ingat nak puasa penuh tahun ni, nampaknya anganku musnah...Kekeke. Lagi sadis kul 6.30 ptg baru perasan. Dah dekat sgt waktu berbuka.

* update guna hp, abaikan ajelah setting yg lari. Tak larat nk kejar. Kekeke

Wednesday, July 24, 2013

Happy 9 months old Firaas

Bulan July my second junior dah masuk 9 bulan. Makin lincah, banyak akal dan peel terbaru buli kakak Humaira. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik. Since dari newborn belum pernah lagi demam. Cuma sekali je masa bulan May ada batuk dan selsema sedikit. 3 hari dah recover sepenuhnya. Masih breastfeed. Dah ada 8 batang gigi. Memang taknak makan bubur dah.

Usia 9 bulan baru mula merangkak. Mula2 belajar merangkak kemain tinggi bont*t.

Practice...practice dan akhirnya berjaya..

Now dah mula meniti di sofa. Berdiri pandai, nak turun tak terror lagi. Hampir setiap hari jatuh tapi tak pernah serik.

My handsome boy with kakak Humaira...
 

Wednesday, July 17, 2013

Jalan2 di UTM Skudai

waaa...lamanya nak habiskan entry cuti2 di JB. Ada anak kecil ni susah sikit nak update blog. 

Ok, after check out di M Suite hotel, hubby bawa masuk dalam UTM Skudai. Time sampai JB bulan lepas adik saya takde kt JB.. Kalau tak bolehla jalan2 dalam UTM, sebab dia study kat sana. Saja je ajak husband masuk UTM sebab dia pernah duduk kat situ. Bukan study kat sana tapi ayah husband ( my FIL) pernah mengajar di sana di Fakulti Pendidikan. Tak silap saya tahun 1992 - 1996 sebelum bertukar di UTHM Batu Pahat. FIL jadi pengetua di Kolej Resak.

Inilah rumah yang hubby pernah tinggal dalam UTM. Ayah mertua jadi warden di Kolej Resak. Excited husband saya ambik gambar, kenangan ni. Siap tunjuk bilik dia tingkat 2 bentuk segitiga kaler oren tu.

Kolej Resak

Lepas tu husband tunjuk Fakulti Mechanical. Sementara tunggu result SPM dia pernah kerja kerani di sini.


Kemudian kami singgah di Ayer Itam pula. Tujuan utama nak pergi claytan. Kalau orang perempuan memang sukalah tempat pinggan mangkuk ni. Sayangnya gambar semua hilang. huwaaa. Siap jadi ahli claytan lagi. Fees RM10 untuk 2 tahun. Boleh dapat diskaun 30% untuk first pembelian, pembelian seterusnya dapat less 20% dari harga katalog. 
Memang plan nak cari set teko dan cawan. berkenan sangat dengan corak modern sakura ni tapi xde stok. Last2 saya ambil corak plain je.

Dan juga beli canister corak sakura. 
Lagi satu Ayer Itam ni sangat famous dengan jualan kraf dan barang2 perkahwinan. Kalau N9 terkenal dengan nilai 3, KLdi Jalan Tar, Johor dah tentunya bakal2 pengantin akan shopping di  Ayer Itam.

 Masa pergi Hello Kitty town, si Humaira meroyan nak doll Hello Kitty. Harga yang kecik je dah RM50++. Pujuk dia, takpe nanti mummy beli di Ayer Itam ye.Hehe..

Puas hati dia dapat Hello Kitty. Sebijik ni tak sampai 10 hengget pun.


Fuhhh, akhirnya habis sudah entry cuti2 di JB. Bye2 Jb...Ada rezeki kami datang lagi yer..

Friday, July 12, 2013

Hello Kitty Puteri Harbour full review

Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa semua..
Hokey hari ni nak share cerita pergi Hello Kitty town, Puteri Harbour JB. Sampai sana dalam pukul 10.30am terus beli tiket dulu. Umur 3 tahun ke atas kena bayar RM55 seorang bagi yang ada my kad. Tak sempat nak sampai sana pukul 10.00 pagi, kalau tak dah tentu Hello Kitty yang sambut. Ada 3 tingkat, tingkat 1 Santrio Hello Kitty Town. Tingkat 2 dan 3 The Little Big Club yang menempatkan karektar kartun Bob the builder, Barney, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends. Bayaran untuk masuk The Little Big Club pun sama RM55. Kalau masuk kedua2 tempat ni ada diskaun, RM85.00. Macam kiteorang memang dah decide awal2 nak masuk hello kitty town je. Maklumat lanjut boleh tengok website DI SINI. Bulan Ramadhan ni ada promosi, hanya RM55 untuk masuk kedua2 tempat tapi for sure muslim tak ramai yang pergi. huhu..

Hello Kitty town ni memang sangat sesuai untuk pre school. Aktivitinya memang khas untuk budak2 dalam 6 tahun ke bawah. Bagi yang addict dengan karakter hello kitty boleh la pergi sini. Dalam kawasan indoor, so aircond sepenuhnya.

Sebelum masuk, kena pakai tag di tangan. Beg pun kena check, tak boleh bawa makanan dari luar ya. Kalau nak bawa juga, pandai2 lah sorok. Kat dalam tu, harga makanan memang mahal, standard secret resepi. Lat's place pun ada bagi yang nak makan buffet terletak di ground floor. Dekat ground floor, ada baby room, cafe. Dekat2 situ pun ada kedai seperti toy r us, farmasi caring, cafe. Masa saya pergi food court tak buka lagi, maybe kat situ harga murah sikit.

Kita akan dapat daily activity card.

Kegunaan daily activity card ni untuk masuk dalam wishfull studio activities. Setiap kali nak masuk dalam studio activity ni kena stamp. Ada 6 tempat untuk di stamp iaitu cookies studio, nail saloon, Jewellery Making, Costume Dress up &  Photo Studio, black wonder dan Hello Kitty's House. Boleh masuk sekali je tempat yang kena stamp ni. Selain itu ada tea cup ride, Garden photoshoot with Hello Kitty & Dear Daniel, The Purrfect stage, cafe dan juga playground.




Mula sekali kiteorang masuk black wonder. Kena cari clue dan akhir sekali kena cantumkan words.Sesiapa yang dapat cari words dengan tepat akan dapat sijil. Saya idakler cari, just for fun. Nak handle 2 orang budak sangatlah mencabar.
Dalam black wonder. Sebenarnya Humaira ni takut. Environment dalam black wonder ni dia kata macam rumah hantu. Haha..

Lepas tu kiteorang tengok persembahan hello kitty. Kena alert dengan schedule, sangat best tengok persembahan hello kitty.




Tengah2 syok tengok, tetiba dancer ajak Humaira and friends menari bersama Hello Kitty & Dear Daniel.

 Anak dara saya yang pakai baju putih polkadot, sebelah penari lelaki. Hehe...

Habis je persembahan, masuk Hello Kitty's House pula. Spend masa lama kat dalam ni, Humaira sangat excited. For sure lah gegirl akan suka. Sangat comelll.
Dapur Hello Kitty

Hehehe..Menagis sakan. Tau takut tengok bear besar. Sangat lasak sekarang ni..

For sure lah gambar Humaira paling banyak dalam ni..


Kemudian masuk dalam studio activity untuk cookies studio dan nail saloon.
Dalam cookies studio hanya diberi masa 5 minit sahaja untuk decorate cookies bentuk kitty dengan jem strawbery dan coklat. lepas siap boleh makan cookies terus.

Nail studio..Waaa rupanya pewarna kuku tu permanent. Idakler mokcik tau. Nasib baik mummy letak satu je pewarna kat kuku Humaira. Huhu...Nasib baik kecil lagi, sah2 tak boleh bawa solat ni.
Selesai  buat nail salon, tunggu untuk persembahan seterusnya dari Hello Kitty and friends.



Last sekali buat aktivity Jewellery Making, Costume Dress up &  Photo Studio. Jewellery making tu kita buat necklace. Boleh pilih corak yang kita nak. Sorry takde gambar. Daddy tengah melayan Firaas masa ni yang sedang mengamuk. Kemudian kita pakai costume dress dan ada profesional photographer yang akan ambil gambar. Yang menariknya, background dekat belakang hijau je, tapi setelah diedit penuh dengan gambar hello kitty. Daripada taknak beli gambar, terus beli. RM30 sekeping gambar. Kalau beli 4 pcs RM100.  Sebenarnya kat dalam tu, byk je photographer yang akan ambil kita, terpulang kat kita nak beli atau tidak.

Before balik, main puas2 dulu di playground.


Overall, nice place. Gegirl pasti suka. Kalau anak dah besar better pergi legoland kot. Aktiviti di sini lebih kepada pre school dan juga yang addict dengan karakter hello kitty.

* Trip seterusnya, after check out keesokannya, daddy bawa masuk UTM Skudai, Claytan dan Ayer Itam. Dalam entry seterusnya ya..

Monday, July 8, 2013

Intro: Sanrio Hellot Kitty, Puteri Harbour

Intro dulu ya.. Sedikit gambar dan video masa pergi Hello Kitty town bulan lepas. A lot of pictures, tak sempat nak edit. Kononnya nak edit weekend lepas, tak sempat..Pelan-pelan kayuh, untuk kenangan anak dara mummy, Humaira..She really2 enjoy...



Dunia si kecil. Tak habis2 request nak bilik macam Hello Kitty. Fengsaaan... Now semua nak hello kity. Kadang2 rasa macam imaginasi merek ni hello kitty betul2 wujud dan hidup macam mereka. Haha. itu yang mummy boleh buat kesimpulan bila tengok reaksi Humaira ni.




Friday, July 5, 2013

M Suite hotel Johor Bharu

Lepas habis shopping di JPO kiteorang check in di M Suite Hotel. Hotel ni terletak di kawasan Danga Bay. Pilih M Suite hotel sebab kedudukan di tengah2 antara JPO dan Puteri Harbour Family Theme Park. Plus masa search di internet tengok swimmimg pool menarik. Anak dara saya kalau tidur hotel for sure nak mandi pool. Bath tab dia tak heran sangat sebab rumah Embah dia ada bath tab. Kiteorang menginap 3 hari 2 malam. Lebih kurang pukul 8 malam baru check in.

Bilik sangatlah luas. Cuma perabot agak old school sikit. Tak silap saya hotel ni tahun 2003. Firaas memang excited explore sana sini.

M Suite hotel. Gambar dari internert

King size

Bath room

Siap ada kitchen kabinet dan dapur untuk memasak

Ruang TV. See... perabot lama

Swiming pool. Humaira tak mandi pun. Dia fobia. Masa mandi pool di Felda Residence Tanjung Lemas dia jatuh terus takmo mandi pool dah. Haha


* Esoknya kami ke Hello Kitty town. Next week ya up entry..

Wednesday, July 3, 2013

Shopping di JPO (Johor Premium Outlet)

Dari Felda Residence Tanjung leman konvoi vios mula berpecah. Ada yang terus balik Selangor, ada yang sambung cuti ke Melaka. Konvoi ke JPO hanya 7 buah kereta je. Hampir pukul 4.00 petang baru sampai JPO. JPO ni merupakan satu hub membeli belah barangan berjenama dari dalam dan luar negara yang dikatakan agak murah berbanding dengan shopping mall. Untuk maklumat boleh tengok website JPO. Ramai yang review kata memang murah tapi barang agak outdated. Entahler, saya jarang survey barangan branded ni. Huhu...

Tempat menarik, parking pun besar. Ada ATM macheine, baby room, playground, food court. Agak kecewa masa kami pergi dalam kawasan food court banyak sangat lalat. Ada tampal notice, management minta maaf dan sedang berusaha untuk mengatasi masalah lalat. Yelah tempat cantik, tentunya menjadi tarikan utama pelancong.Harap masalah lalat dapat diatasi dengan segera.

JPO merupakan yang pertama di bina di Asean, yamg mana ia merupakan model yang sama seperti 69 premium outlet yang terdapat di seluruh negara. Ada di US, Japan, Korea, Mexico etc.  Terdapat lebih dari 80 stores seperti Coach, Bonia, Guess, Nike, Padini, Royal Selangor, Clarks, Levis, Poney, Fossil. Versace dll yang menawarkan diskaun sekitar 25% - 65%.

Lebih kurang 3 jam window shopping di JPO. Lagi lama kat sana, lagi laju duit keluar. Huhu...Lagipun nak check in hotel lagi. So kita  berbelanja secara berhemah.

Akhirnya sampai juga di JPO

Butik Coach menjadi tumpuan, Ramai orang beratur untuk masuk. Cantik design bag, yang saya berkenan RM2k.. Fuhhh xdo budget...


Hasil rembatan...gomuknya mokcik nieda..

Overall, bagi saya oklah. Murah juga. Husband saya beli perfume, kalau di shopping mall dalam RM200++, dekat JPO boleh dapat dalam RM100++. Levis pun murah jugak, price dalam rm300++ boleh dapat dalam rm100++. Sales Bonia pun menarik. Cotton on pun reasonable. Untuk pakaian anak2 saya beli di Padini, T shirt ada yang below rm10.

Seterusnya kami check in di M Suite hotel. Sampai lebih kurang pukul 8.00 malam. Nanti i update k..

Monday, July 1, 2013

Trip ke Felda Residence Tanjung Leman

Jom kita mulakan jelajah ke selatan tanah air. Trip ni adalah acara tahunan kelab kereta vios 07. Tahun ni buat Annual Dinner di Selatan. Ada yang konvoi Jumaat malam Sabtu yang berada di KL/ Selangor. Macam kiteorang ikut konvoi pagi. Pukul 8.30 pagi dah gerak dari rumah mertua di Muar. Berkumpul di RnR Pagoh. Konvoi pagi tu adalah dalam 7 biji kereta.

Berbelah bagi sebenarnya masa nak join trip ni. Annual ni pada 22 June, time tu dekat Selatan jerebu sangatlah teruk. Tapi memandangkan trip ni dah lama plan, kita teruskan juga.  Asalnya pada 5 Mei tapi time tu pula ada pilihanraya so postpone pada 22 June. Ramai juga yang join, semua sekali ada dalam 85 biji kereta termasuk bahagian central, selatan dan timur. Cuma bahagian utara je yang tak follow, maybe faktor jarak yang sangat jauh. 

Kami check in dalam pukul 2.00 pm. Felda Residence ni lokasi agak ke dalam juga. Dari jalan besar adalah dalam 30km nak masuk ke dalam. Kena lalu Felda Tenggaroh. Anak dara saya si Humaira ni excited bila dah sampai hotel nampak pool betul2 depan bilik. Rehat2 sekejap, petang tu Humaira dah ajak mandi pool. Firaas pun kemain excited lagi. Takde gambar 2 beradik ni mandi pool sebab petang tu daddy ada aktiviti bersama kelab kereta.

Banner annual dinner kelab vios 07

Kami dapat katil single 2 buah. No hal, kita rapatkan.

View dari depan bilik               

Malam tu daddy ada dinner bersama kelab kereta. Saya dan anak2 tak join pun. Anak2 dah tidur. Kesian dorang penat. Esoknya memang akan banyak berjalan. So kita bagi diaorang charge battery dulu. Nak travel ni mood anak2 kena jaga skit, nanti emaknya yang hot kalau anak2 meragam. Hehehe..

Lepas breakfast esoknya, jalan2 sekeliling hotel, bawa dorang tengok pantai. Ini bodak belum mandi lagi. 



Daddy dan Firaas melihat keindahan pantai. Ecece skemanya ayat
Matahari yang tak berapa kelihatan disebabkan oleh jerebu oh jerebu..
Deretan kereta vios. Baru perasan kebanyakannya warna putih.


Pukul 12 tghari esoknya kami check out. Acara tangkap gambar semua dalam pukul 2 ptg baru gerak. Bye2 Felda Residence Tanjung Leman. Insyaallah ada rezeki kami datang lagi. Trip seterusnya ke JPO..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails