Buku yang saya cari2 selama ini..Diari seorang diplomat. Hikmah yang tersirat.
Alfatihah buat penulis buku ini Arwah Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Mac 2011. Blog arwah DI SINI. Segala penulisan arwah dalam blog ini telah dibukukan dan lahirlah diari seorang diplomat, Hikmah yang Tersirat.. Arwah tidak sempat melihat karyanya dibukukan.
Secara jujurnya, saya memang suka gaya penulisan arwah. Santai dan bersahaja. Saya boleh habiskan dalam masa sehari membaca buku ini. Biografi ringkas arwah..
Wan Ahmad Fadzil bin Wan Mohd atau nama penanya Nafastari merupakan seorang pegawai diplomatik yang bertugas di kedutaan Malaysia di Pakistan pada 2009. Dilahirkan di Setiu, Terengganu pada 24 Mac 1982 dan meninggal dunia pada 1 Mac 2011 sekembalinya ke tanah air. Berkelulusan dalam bidang undang2 (2000-2001) dari Pusat Matrikulasi UIAM sebelum melanjutkan pengajian di UIAM Gombak (2001-2005). Beliau turut menyertai PTD pada Disember 2005.
Penulis menyingkap satu demi satu, adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama di Pakistan. Buku ini adalah buah tangan terakhir penulis. Sesuatu yang ironi, di negara bergolak dan berdarah penulis berada, namun akhirnya beliau kembali ke rahmatullah di bumi sendiri.
Diari Seorang Diplomat: Hikmah yang tersirat
Menyentuh hati, menyentik emosi..Menginsafkan...
Alfatihah buat Arwah WAN AHMAD FADZIL WAN MOHD. Blog beliau DI SINI.
Blog isteri arwah DI SINI. Sangat kagum dengan isteri arwah, membesarkan anak2 yang masih kecil tanpa insan bergelar suami dan ayah. Anak sulung mereka sebaya anakanda saya, Humaira berusia 4 tahun dan anak kedua mereka berusia 2 tahun. Semoga isteri arwah tabah menghadapi dugaan.
3 comments:
nieda, kita pun x sabar nak dpt baucer buku ni..ingat nak beli novel..hahaha..
bestnye dpt voucher student dan boleh beli buku yg kita nak :)
Bestnye merasa dpt vouher tu :-)..Alhamdulillah rezki..
Lama tak membaca buku ilmiah gini..huu..
Post a Comment