27 January lepas aksi pertama Firaas meniarap setelah lama praktis mengiring. Angkat bont*t tak lepas2..Akhirnya Ahad lepas berjaya juga Firaas meniarap di usia 3 bulan setengah. Kakak Humaira dulu meniarap di usia 2 bulan setengah. Lain baby lain perkembangannya. Sebenarnya dah lama dia mengiring, percubaan nak meniarap. Mummy aje terlepas pandang. Siang, banyak masanya diletakkan dalam rocker, sebab takut Humaira terlanggar adik. Kakak suka main basikal dalam rumah. Sampailah kakak saya kata jangan letakkan Firaas selalu sangat dalam rocker, nanti dia tak praktis meniarap. Memang betul pun, lepas 2 hari kakak saya cakap macam tu, terus Firaas boleh meniarap setelah mummy letakkan Firaas kat tilam baby. Sorry sayang..
Berat Firaas di usia 3 bulan ialah 7kg..Fuh memang semangat hokey...Tak larat dah mummy nak pegang lama-lama. Menyusu kuat tapi tak juga mummy kurus. Apa kes ni..
|
Yeah..mummy dah tak letak dalam rocker.. |
|
Mengiring..Praktis & praktis.. |
|
Akhirnya berjaya juga adik meniarap.. |
Dah pandai meniarap ni, bersepah2 kedudukan Firaas. Elok je mummy baringkan atas tilam, tak lama lepas tu tengok kedudukan dah lain. Paling jauh dia pergi sampai kat pintu utama. Adik owh adik..
|
Suka sangat buat aktiviti menyembur. Basah baju, terpaksalah pakai bib.. |
|
Suka sangat angkat tinggi2. Mulalah gelak mengekek. Cute sangat adik gelak. |
11 comments:
amboiii tmebam!
alolo omeiinya dia...
sama ngan Allyssa... dah pandai kalih badan sendiri... hehe...
geramnya tgk firaas ni nieda!!!!!!!
pipi tu kalo dpt gomol2 mesti best.
bravo firaas dah pandai meniarap :)
7kg dah nieda? mmg semangat..sedap gomol2 nieh....
amboi...comel nya firaas..dah pandai meniarap dahhh...
comel nya dia..
Seronoknya gomol firas ni!!
boolat :) tahniah firas dah berjaya mengiring dan meniarap :)
Montel..geramm :-)
comey nyer anak ko nieda, suke aku nengok..kakak dia jeles2 tak hihihih
Post a Comment