My sweet story...

My sweet story...

Thursday, August 16, 2012

Kad raya Upin & Ipin untuk Humaira

Last week check post box terkejut ada sampul surat untuk Humaira. Suruh Humaira buka, kemain lagi tersenyum lebar bila dapat kad raya dari kelab upin dan ipin. Memang mummy ada register kelab upin ipin untuk Humaira sebab dia sangat minat dengan karekter upin dan ipin. Kad raya tu sampai bawa tidur, punyalah happy dia. Mummy selalu bayangkan, imaginasi Humaira mesti ingat karekter Upin & Ipin benar2 wujud. Hehe..



Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua teman blogger. Maaf dipinta andai ada salah dan silap sepanjang kita kenal di alam maya ni. Bagi yang balik beraya di kampung, berhati2 ketika memandu. This year mummy balik beraya di Ipoh dulu. Maybe raya ketiga or keempat baru balik Muar. 

Tuesday, August 14, 2012

Mainan Humaira

Minggu lepas bawa Humaira shopping baju raya. Kebetulan lalu tempat mainan kanak2, macam biasalah berlaku drama swasta. Mainan dekat rumah pun dah banyak, tu yang malas nak beli. Tak semua benda kat dalam dunia ni kita boleh dapat dengan mudah yer cik adik manis..

Drama swasta berlanjutan sampai dalam kereta masa nak balik. Kalau merajuk, inilah peel nya. Layan perasaan bawah kerusi sambil nangis tersedu sedan. Daddy kata sebiji ikut perangai daddy. Masa kecil2 dulu, lebih kuranglah peel daddy macam ni bila tak dapat mainan (daddy yang kata). Sudahnya, ayah (FIL) tak sampai hati lepas Magrib redah hujan cari juga mainan untuk daddy. Kasihnya seorang ayah...


Layan perasaan

Kat rumah pun naik bernanah telinga mummy. Setiap jam minta mainan rumah. Esoknya, mummy belikan juga mainan rumah untuk Humaira. Daddy geleng kepala je, manja kan sangat katanya.. Saya tak sampai hati plak tak bagi.

Bukan main happy dapat mainan

Rumah yang diidam-idamkan. Ralit tengok Humaira main. Penuh denga fantasi

Mummy kata owh...mummy and daddy tengah tidur. Boleh plak dia jawab, no..this is mom and dad. Pengaruh disney junior lah ni..

Monday, August 13, 2012

Check up 28 weeks

Dua minggu lepas check up adik di usia 28weeks dalam tummy. Minggu ni dah nak masuk 30 weeks. Semakin terasa debarannya. Nak bawa perut pun tak berapa nak larat. Kedudukan kepala adik baby dah di bawah. Yang tak bestnya urine test ada detect glukose. Oh my god.. Ini gara2 buka puasa asyik minum air manis, kuih muih yang manis. Risau plak kalau terkena diabetis ketika mengandung. Harap2 tidaklah, saya nak kurangkan minuman dan makanan manis2. Disebabkan ini first time detect glukose dalam urine, next check up 30 August, kalau ada detect juga kena buat MGTT.  Harap2 next check up normal. 

Regular check up saya buat di klinik panel, disebakan pregnancy kali ni pun kena cser doktor dah buat refer letter. Saya pilih Hospital Sungai Buloh, senang sebab rekod dah ada dekat situ. Belum decide sepenuhnya lagi nak bersalin di mana. Kalau jadi lepas raya baru nak booking hospital. Minggu ni nak cuba survey di Pusat Perubatan UMRA dulu.

History medical record masa bersalinkan Humaira. Rekod ni sangat penting bagi saya. Sebab apa kena cser?? Saya bersalinkan Humaira secara emergency cser. 12 jam dalam labour room tapi bukaan lambat buka. Humaira dah lemas. So masa cser dokter terpaksa koyakkan rahim dalam 4cm di bahagian kiri dan 2cm di bahagian kanan. So action, LSCS at next pregnant. Saya pun dah minta second opinion dari doktor pakar. Dr pun kata once bila rahim dah koyak, memang kena cser. Taknak bagi tekanan bahagian rahim masa push nanti. Risiko rahim pecah. Minta dijauhkan lah..


Tuesday, August 7, 2012

Nasi tomato

Weekend lepas dah plan nak masak nasi tomato, tapi Sabtu tu dah start sakit tekak dan batuk.. Cancel terus plan nak masak. Hari ni dh ok skit, bolehla mulakan projek masak nasi tomato, ayam masak merah dan acar timun. O, resepi google je, semua tersedia. Kata maklumat hujung jari. Kebanyakan resepi kt internet, bahan2nya lebih kurang je..



  






 

Wednesday, August 1, 2012

Pengalaman cerai susu



Setelah usia Humaira 3 tahun 1 bulan baru berjaya cerai susu badan sepenuhnya. Tempoh yang agak panjang bagi saya. Sepanjang tempoh itu, mummy menjadi breastaurant, dimana2 pun boleh. Mudah dan ringkas..

Susah nak bercerai susu dengan budak banyak akal ni. Mula2 dulu, Atuk Muar dia bagi air yang telah dibaca doa putus susu. 3-4 kali juga buat tapi tidak berhasil. Kemudian mummy cuba letak asam jawa. Mengamuk sakan dia suruh basuh nipple. Kemudian, saya cuba guna pendekatan soft spoken. Selalu bercakap dengan Humaira, dah besar tak boleh nenen lagi. Saya tak akan offer bf, kalau dia minta cuba lengah2 kan. Bagi makan, sekurang2nya dia boleh lupa sebentar. Lama kelamaan menjadi juga,tapi waktu siang ajelah. Malam tetap nak bf juga. Yelah, nak bercerai susu tak boleh drastik, kena slow2. Maklumlah, selama dia hidup, makanan pertama yang dia kenal adalah susu ibu. Dah macam ketagih, gelisah bila tak dapat candu. Hihi..

 Lama2 bila dah selalu cakap, Humaira pun faham. Petah pula dia bercakap..'kakak tak boleh nenen, mummy sakit ada baby'. Kadang2 tu rasa sedih juga bila bercerai susu, sebab melalui bf, bonding antara ibu dengan anak tu sangat2 kuat. Betul kata breastfeed moms. bila nak bercerai susu, hati kena kuat. Cumanya bila dah tak dapat candu, siang langsung Humaira tak tidur. Malam pula, sebelum tidur kena dodoi dan tepuk sampai dia tertidur. Manja betul cik adik manis ni.

Dengan ini, secara rasminya...breastaurant ditutup buat sementara waktu. Insyaallah akan dibuka semula pada bulan October. Mudah-mudahan breastfeeding journey untuk second junior berjalan lancar. Aminn.
Gambar terbaru perut mak buyong yang semakin membesar di usia 27 minggu. Hampir ke trimester ketiga sudah..
Dengan cik adik manis yang sangat manja..Sikit2 nak nangis
.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails