My sweet story...

My sweet story...

Sunday, October 12, 2014

Happy 2nd birthday Firaas

121012 hari Jumaat dua tahun yang lepas, Firaas selamat dilahirkan secara cser. Pengalaman mengandungkan adik, mummy diuji dengan masalah bleeding bila masuk trimister kedua sehingga trimister ketiga baru bleeding stop. Alhamdulillah, adik selamat lahir. 

Berjaya breastfeed adik untuk tempoh dua tahun ini. nampak gayanya kena extend bf, xde tanda2 nk berhenti. takpela...selagi ada rezeki adik, mummy akan usaha ke arah itu. 

Memandangkan dekat rumah ni, takde siapa peminat kek, jadi untuk birthday adik mummy beli fresh fruit. kita hias bentuk ala2 kek..mummy tak kreatif, tapi untuk anak, mummy cuba sehabis baik. Bagus juga beli buah2..berkhasiat dan macam2 boleh buat dari buah ni. Masa Firaas setahun pun mummy buat kek buah. Buah2 yang masam boleh buat aiskrim dan dip coklat. Buah tembikai kalau tak habis boleh buat jus.

Happy 2nd birthday Hadif Firaas. Semoga  adik menjadi anak yg soleh, berjaya dunia akhirat. ketahuilah dik...mummy halalkan setiap susu yang mengalir dalam darah adik sehingga titisan terakhir. Daddy, mummy dan kakak sayang adik...

 
Kek birthday Firaas..


Bukan senang nak ambil gambar hero sorang ni..


Kakak Humaira pun nak jugak..layannn
Budak comot makan roti dgn nutella. pakaian kalau tak salin 4 kali sehari memang tak sah dengan ini bodakk..
Gambar tahun lepas..Plannya nanti kalau buah2 tak habis, kita buat aiskrim. Entry DI SINI.. Selalunya buah yang masam memang lambat habis. Rasberry kita try buat jem nanti.


Saturday, October 11, 2014

main masak2

Cerita masak2..last weekend, husband kerja. so ajak kids main masak2. Walaupun bila buat aktiviti dengan kids, akan jadi double work...tapi tak kisah..janji anak2 happy..  Biar gambar je yang  berbicara...

Roti sarang lebah..Sangat popular sekarang roti ni. Yang buatkan roti ni sedap sbb sos butterscotch
Aktiviti dengan anak2 last week. Disebabkan coklat chip ada sikit je, kita campur dengan coklat M&M. yang buatkan biskut ni hitam sebab guna black cocoa. Beli di Kedai Bakery bagus seksyen 13.
Potato fritters..sedap makan panas2.. yg ni pun tengah popular. Google je dgn keyword potato fritters, kebanyakan resepi hampir sama. Cuma saya tambah air dalam 3-4 sudu supaya tidak berderai.

Donut gebu gebas. Masih lagi mencari resepi donut yang terbaik macam big apple. Lembut macam kapas bila masuk mulut. Yang ni pun not bad..Resepi dah lupa. main google kat internet, pastu bawa masuk hp pergi dapur. Memang tak ingatla jawabnyer..
Oreo cheesecake ni, awal bulan hari tu buat. Masih tak perfect lagi. Malas nak mencuba lagi..sebab takde orang nak makan. Almaklumlah kat rumah ni takde yang minat kek..saya guna resepi di SINI
Nasi ayam peminat anak2..

Thursday, October 2, 2014

Jalan-jalan cari makan di Misi Cafe and shoppe Bukit Jelutong

Isnin lepas, menunaikan permintaan Humaira yang nak makan meatball, kami ke Misi Cafe, milik penyanyi 80 an Datin Ramziela. Misi Cafe stand for Malaysia Institute For Supply Chain.   Antara menu istimewa di sini Swedish Meatball, Teochew Porridge, Mee rebus, Soto, Asam Pedas dan terdapat macam2 menu yang harus dicuba. Suami Datin orang Muar, Johor so banyak menu istimewa di MISI CAFE berasaskan makanan yang popular di Johor. Sangat humble Dato' Salehuddin. Semasa kami makan sempat lagi duduk berbual2 dengan kami. Nampak muda walaupun umur Dato dah 63 tahun.   

My kids sangat suka dengan meatball yang tidak pedas dan rasanya hampir sama dengan meatball Ikea. Bila saya berkesempatan sembang dengan Datin Ramziela, beliau memberitahu, chef yang buat meatball adalah dari ex chef Ikea. No wonder rasanya hampir sama, malah lebih juicy dan sedap dari IKEA.

Kepada yang berminat nak cuba boleh datang di alamat kat bawah ni. Bertentangan dengan Masjid Bukit Jelutong.
 
Ground Floor, Malaysia Institute For Supply Chain
(Sime Darby Sales Gallery)
2-A, Persiaran Tebar Layar
Bukit Jelutong
Shah Alam
Selangor


Dalam cafe...

Kakak happy dapat makan meatball
Adik pun sama
Gambar bersama Datin Ramziela.

 * Semalam Datin whatapps husband untuk join program jalan2 cari makan di TV3 di  Misi Cafe. Tapi tidak berkesempatan untuk pergi..Huhu..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails