My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, April 30, 2013

tupperware turbo chopper sangat membantu

Turbo chopper si merah hati memang banyak membantu..Buat masa ni turbo chopper guna untuk kisar makanan Firaas. Memang puas hati. Mudah dan cepat. Tak perlu guna elektrik atau bateri. Just tarik tali di bahagian warna putih tu, chopper akan mula berpusing dan kisar. Lagi lama kita tarik, lagi halus tekstur makanan. Sesuai untuk bawa travel sebab comel dan kecil.



Humaira yang umur 4 tahun pun boleh tarik tali tu. Bila tarik tali pisau chopper akan berpusing

Ini pula bubur nasi yang siap dikisar untuk Firaas.

Yang ni pula puree epal. Stim untuk lembutkan epal dan kisar. Mudah sangat

Selingan...Saya beli baby food storage cup di one baby world untuk letakkan puree buah-buahan Firaas. Simpan dalam freezer dan nak bagi baby boleh terus masukkan dalam microwave. Microwave safe.
Masa untuk makan ye anak..

Sebenarnya saya jatuh hati dengan tupperware turbo chopper ni bila one of the blogger review pasal chopper ni DI SINI. Macam2 boleh buat. Nak kisar bawang pun boleh. Nak buat sambal belacan pun boleh. Hehe..

Sebelum

Selepas
Katalog terbaru dari tupperware. Turbo Chopper with gift box RM129 dapat free Hot Tropic Spice & Shaker worth RM24.00. Berminat boleh PM saya. Yang pasti harga lagi murah dari katalog. Hehe...



Monday, April 29, 2013

Tupperware lover

I ni dah jadi makcik sangat. Tahun ni dah gila kumpul barang tupperware. Kumpul sikit2 dulu. Katalog bulan ni sangat cute untuk si comel. Memandangkan Firaas dan masuk 6 bulan and start for solid food, marilah kita membeli barang2 tupperware yang warna warni itu. Yang paling tak tahan dengan beg ladybug. Jatuh cinta sudaaa...Mummy beli turbo chopper untuk kisar makanan Firaas. Memang berbaloi beli sebab bendanya kecil, mudah..Tak perlu pakai elektrik or bateri bagai. Just tarik tali yang disediakan, memang sesuai sangat untuk bawa travel. Bukan sahaja boleh kisar makanan baby, macam2 boleh. Yang itu nanti i review k..


Inilah dia turbo chopper itu. Ada masa nanti i review k..


Untuk kakak Humaira dan adik Firaas


Humaira dengan beg ladybug
Saya suka tupperware ni sebab ada lifetime warranty. Kalau ada kerosakan tertentu, kita boleh tukar. Boleh tengok DI SINI contoh kerosakan yang boleh ditukar. TAPI kalau kena gigit tikus, kena api tak dapek la nak tukar baru.

Bekas air  ni saya dah guna dari tahun 2009 kot. dekat penutup tu dah terkoyak. Jom kita pergi tukar

 Dah tukar baru. Kaler pink ko..Kaler orang tu dah takde stok. Belasah jelah labu





* Ada yang berminat dengan barang tupperware? Kalau nak beli boleh order dengan saya. Harga lagi murah dari katalog. Nak COD di Shah Alam pun boleh. Hehe promote...

Thursday, April 25, 2013

AmanVille Space U8 Bukit Jelutong

Last week bawa Humaira indoor playground di AmanVille. Boleh tengok website Di SINI. Kalau nak bawa anak2 main di sini kena bawa stoking. Bolehla kids main sampai pengsan. Fees seperti berikut:

Admission Fees
  1. Weekdays Rm18
  2. Weekends, Public Holidays & School Holidays Rm25
 Children below 3 years old:
  1. Weekdays RM9
  2. Weekends, Public Holidays & School Holidays RM15 
 Kalau parents yang kaki shopping, boleh tinggalkan anak2 di sini. Rates mahal sikit..Tapi kat Space U8 ni bukan ada apa pun. Banyak shop lot tak buka

Drop & Shop
  1. Weekdays RM30 / hour
  2. Weekends, Public Holidays & School Holidays  RM35 / hour
Sebelum masuk penjaga kena thumb print dulu, nak keluar pun kena thumb print. Dari segi security bagus, yela takut nanti ada kes kidnap plak.

Spent masa dalam 3 jam kat sini. Itupun si Humaira taknak balik. Mummy dah penat nak melayan kakak dengan adik. Adik sempat juga tidur kat sini. Persekitaran memang bersih, ada toilet untuk kids, sangat comel, ada juga cafe kat dalam tu.

Humaira paling suka main benda alah ni. Bila masuk bola dalam ni, bola tu akan terapung di udara
Tempat panjat2 sesuai untuk 3 tahun ke atas. Ada 3 tingkat. Boleh main tembak2. Seronok Humaira main, time kami datang takde orang. Heaven lor bodak ini main
Keterujaan si adik tengok bola warna warni. Sangat soft..Apa lagi nak masuk mulut je..
Area ni sesuai untuk budak2 bawah 2 tahun. Nak buat birthday party pun boleh

Area for baby..Banyak soft toy     


  Penat menunggu kakaknya main, Firaas dah fengsannn..

Tempat makan

Overall memang best. Mak paknyer je tak best sebab anak takmo balik. Hahaha...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails