My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, April 25, 2012

Kek untuk Humaira

Dua minggu lepas punya cerita. Sekarang ni cik adik manis ni dah faham, kalau birthday mesti ada kek. Padahal birthday Humaira 10 Mei ni, tapi nak juga kek Happy day to u (happy birthday to you), gara2 birthday daddy awal bulan April hari tu.  Tiap2 hari minta kek happy day to u. 

Untuk puaskan hati, beli 2 slice kek secret recepi. Tersenyum lebar member...bila kakak dengan abang dekat secret recepi tu nyanyi lagu happy birthday..


Muka budak happy...

Tuesday, April 17, 2012

Ikan untuk Humaira

Hampir sebulah sudah Humaira bela ikan ni. Gara2 pergi Tesco Setia Alam, ada kedai jual  pet, bising nak fish. Daddy layankan aje. Itu pun sebelum beli macam2 pesan, salah satunya jangan bawa masuk dalam bilik tidur ikan ni. Huhu...

Disebabkan mummy dengan daddy pun tak pernah bela fish sebelum ni, so beli yang kecil je. Bolehla Humaira buat main2..Daddy kata kalau dalam tempoh sebulan lagi ikan ni masih hidup, bolehla beli akuarium besar sikit. 

Hari pertama dapat fish, melangut je kerjanya tengok fish..

Si muncung..

* sejak preggy ni, mood sangat malas nak update blog....

Thursday, April 12, 2012

Update kisah adik Mawar Nur Farisha

Entry berkaitan adik Mawar Nur Farisha DI SINI. Beberapa minggu lepas kisah adik Mawar ni ada masuk paper Sinar Harian bagi membantu meringankan kos pembedahan yang menelan belanja RM40K. Untuk rekod, adik Mawar menghidap penyakit jantung berlubang, injap jantung sempit dan lumpuh otak. Ibu adik Mawar merupakan classmate saya di UiTM. Alhamdulillah, tak sampai seminggu kes adik Mawar masuk Sinar Harian, sumbangan orang ramai dah mencukupi. Rakyat Malaysia memang prihatin.

Jumaat lepas, saya berkesempatan melawat adik Mawar di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Ampang. Alhamdulillah selepas pembedahan pada 3 April lalu, keadaan adik Mawar menunjukkan perkembangan positif. Hanya dua hari sahaja di ICU dan apabila doktor mendapati keadaan semakin baik, adik ni dipindahkan ke wad biasa. 

Lama juga saya bersembang dengan ibunya, Sahida. Menurut ibunya sebelum ni Mawar selalu menangis. Dan setiap kali menangis pasti tubuh si kecil ni menjadi biru. Hasil pemeriksaan di PPUM mendapati Mawar menghidap penyakit jantung berlubang, injap jantung sempit dan lumpuh otak. So, kesnya dirujuk di Institut Jantung Negara (IJN). Tapi malangnya pembedahan tidak dapat dilakukan dengan segera. Setiap kali doktor bagi tarikh untuk pembedahan pasti Mawar dalam keadaan tidak sihat sehingga terpaksa tunda pembedahan tersebut. Yang menjadi masalah, anak kecil ni setiap hari akan menangis, tarikh pembedahan yang doktor bagi memakan masa hampir 2-3 bulan. Sebagai ibu pasti tak sanggup melihat anak kecil menderita macam tu ditambah pula doktor boleh kata 'anak awak ni bila2 masa boleh meninggal'. (Mengucap panjang saya dengar kata2 ni. ) So Sahida cuba mencari alternatif lain, rujuk kes ni ke HKL tapi doktor terpaksa tolak kes adik ni kerana tiada pakar di sana. So doktor suggest hantar ke private, di sana boleh lakukan pembedahan dengan segera.

Sebelum Operation, menurut Sahida oksigen yang sampai ke dalam jantung anaknya hanya dalam 60%. Tapi alhamdulillah selepas pembedahan oksigen kembali normal. Masa saya datang melawat adik mawar ni paparan di mesin menunjukkan dalam 98% (normal). Paling menggembirakan Sahida apabila selepas pembedahan, anaknya kurang menangis. Menurut doktor, selepas ni adik Mawar akan menjalani fisio untuk merangsang otaknya. Insyaallah otaknya boleh berfungsi. Sama-samalah kita doakan agar adik Mawar Nur Farisha akan kembali sihat dan ceria seperti kanak2 lain. Amin... Ahad lepas adik Mawar dah discharge. Alhamdulillah.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails