My sweet story...

My sweet story...

Sunday, April 26, 2009

Check up at 37 weeks

Sabtu lepas, saya dan En hubby telah pergi check up dan result untuk blood test pun dah dapat. Last week Doc ambil darah sebab suspek ada thyroid cause degupan jantung laju..Alhamdulillah saya tak ada thyroid tapi based on ujian tersebut, doc kata sel thyroid saya kurang dari normal. (Actually saya pun tak pasti thyroid tu mcmane sbb saya tak pernah ada penyakit ni)

Dan inilah resultnya....


Untuk Free T 3 concentration normal 2.3 - 4.2, result saya 2.25 (rendah sikit dari normal)
Untuk Free T4 concentration normal 0.89 - 1.80, result saya 0.79 (rendah sikit dari normal)


Memandangkan kandungan saya nak masuk 38 minggu, doc gynae telah keluarkan medical report untuk saya refer ke hospital yang nak bersalin..Inilah dia medical reportnya..


Sebenarnya kad merah pun saya ada sebab saya check up kt gov dan private..Hehe.
Dan hubby saya telah minta surat guarantee letter daripada majikan. Kami ada 2 pilihan sebenarnya, sama ada Hospital Sungai Buloh atau PPUM. Setelah fikir masak-masak, kami sepakat untuk pilih Hospital Sg Buloh sebab lagi dekat dari rumah compare dgn PPUM.

Perkembangan terkini usia kandungan 37 minggu:
Blood presure: 123/74
Urine: Trace (still kotor)
Weight: Gain another 1 kg compare last week..(Tak yah mention, sememangnya berat)

Apa yang saya rasa sekarang ni:
  • Saya rasa tersangatlah panas sekarang ni. Kalau nak tidur malam wajib mandi dulu. Kipas sampai tiga (satu kipas syiling, satu tembak kaki dan satu lagi tembak muka..Dah jadi hantu kipas aku ni, sampai hubby pun pelik sebab sblm pregnant saya tak suka kipas.hehe sorylah cik huby saya bolot semua kipas)
  • Sakit belakang dan kaki apabila berjalan jauh - maybe sebab perut saya semakin membesar dan pergerakan saya pun tak aktif
  • Saya dapat rasakan kepala bayi saya betul-betul dah turun bawah..Kdg2 sakit dekat kawasan pelvik..
  • Susahnya nak tidur malam..Ya dalam seminggu dua ni saya asyik terjaga malam.
Esok saya cuti, nak pergi Hospital Sg Buloh untuk booking dan pemeriksaan susulan berkaitan thyroid test (jika perlu). Harap2 semuanya berjalan dengan lancar...

Can't wait to see my lil one..Harap2 semuanya dipermudahkan..

Wednesday, April 22, 2009

Emergency bag...Time to move

Just to announce , that we're done shopping for our baby..Dan saya sudah packed bag emergency untuk dibawa ke hospital.

Checkli
st untuk mummy:
Kain sarung - 2

Baju - 2

Panties
Nursing bra

Maternity pad

Socks
Towel

Toiletries (yang ni blum pack lagi)


Checklist our lil' one
Pants - 2

T shirt -2

Blanket
Mitten, booties & hood

Pampers

Napkin


Dan inilah begnya.. Hijau beg mummy, yang orange tu beg baby. Rasa mcm banyak sangat barang, tapi saya suka bawa extra..


Yang ni plak, semalam saya pegi SACC Mall Shah Alam, ada sales brand Poney..Memang rambang mata nak pilih..So saya sempatlah rembat dua pasang baju dengan sock dan hood..


Dan inilah barang-barang baby..Rasanya semua dah complete termasuk mummy punya..

Monday, April 20, 2009

Check up at 36 weeks

Sabtu lepas, saya dan En hubby pergi check up di Pusat Bersalin Umra Seksyen 13..Doctor scan everything semuanya ok, baby pun dah turun dan anytime boleh keluar..hehe
Details:
Blood pressure - 120/76 (Ok skit compare last check up 130++)
Weight: 70.5 kg (naik dan naik lagi)
Urine: Trace (Still kotor since masa kandungan 7 bulan lagi, ada protein)
Baby weight: 2.8 kg
Kaki saya sudah bengkak, Jumaat lepas dah perasan sebab pakai kasut tak muat..Waaaa, sudah macam kaki anak gajah..hehehe...

Doc kata its normal bila kandungan dah sarat.
Doc kata degupan jantung saya laju sgt since last 3 month..Saya memang perasan sekarang ni kerap sangat letih, naik tangga or ckp byk2 semua org kata nampak semput..Adakah normal???Ataupun disebabkan asma..
So doctor ambil darah untuk check sama ada normal or not..Sabtu ni baru tau result..Harap sangat semuanya normal. Bercerita pasal ambil darah ni, saya fobia sikit, bukan takut sakit tapi mesti kena cucuk lebih dari sekali..Darah susah sangat nak mengalir..Untuk ambil darah sahaja, hari tu cucuk untuk kali kelima baru darah keluar.Habis biru tangan daku..(2 cucuk dekat lengan, 3 dekat tangan)..Sebab saya dah ada pengalaman ambil darah sebelum2 ni masa kena denggi dan first check up mesti lebih daripada sekali baru darah nak keluar..Demi buah hati mummy, mummy redha jer sayang..Janji keluar nanti anak mummy sihat..Amin..,

Minggu ni dah masuk 37 minggu..Makin dekat rasanya..Macam2 perasaan ada..Doakan semuanya selamat yer..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails