My sweet story...

My sweet story...

Friday, April 5, 2013

Happy birthday Daddy Humaira & Firaas

3 April lepas ( Rabu) birthday daddy. Takdelah celebrate beriya sangat. Pagi tu mummy just order dominos pizza secara online. Daddy tak bangun tidur lagi time ni, malam tu dia tidur lewat. Daddy bangun je, pizza dah ada kat meja. Hehe..Dia ni peminat tegar pizza..

Happy birthday daddy. Mummy, kakak dan adik doakan daddy diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. We love you so much..

Pagi petang siang malam kita makan pizza sampai habis. Banyak juga mummy order

Esoknya, mertua datang PJ. So kami ke sana bawa kek. Ramai sikit baru best beli kek boleh makan ramai2. Rupa2nya, mertua pun beli kek. Ada 2 biji kek sudah..






Tuesday, April 2, 2013

Baby fair di Space U8

Hari Ahad lepas tengok wayang di Space U8. Dekat ground floor ada baby fair. Habis je tengok wayang jom lah kita cuci wallet tengok benda yang menarik di baby fair. Akhirnya beli juga rocker fisher price ni. Dah lama saya aim nak beli rocker fisher price ni sebab boleh guna dari newborn sehinnga toodler. At least sehingga 4 tahun or max 18kg. Cuma harganya membuatkan tak beli2 sehinggalah terjumpa di baby fair hari tu. Saya survey di Toy r Us, harganya dalam RM300 lebih, online pula paling murah saya jumpa RM180. Baby fair hari tu RM165, tak fikir panjang terus ambik. Hehe..

Inilah rupanya dalam box..dari newborn, infant and todler boleh pakai..Gambar dari internet..
 Yang ini plak untuk toodler. Humaira pun boleh duduk

Yang ni plak prince charming duduk. Hahah...

Nampak mainan 2nd hand mulalah rambang mata. Akhirnya terbeli juga brand fisher price dan ELC dengan harga RM35 sajork. Kalau mainan branded ni saya memang suka cari 2nd hand je. Sebab berkualiti, so far mainan mahal2 susah nak rosak. Kalau beli yang baru mahu ratus2. Bas tu pun saya beli 2nd hand juga tak silap saya tahun lepas. Sebiji bus macam ni kat toy R us RM120, saya beli RM20 hinggit je. Yang mana boleh jimat kita jimat ler..
Firaas dah besar skit nanti boleh main. 

Humaira baru2 ni saya ada beli kitchen set untuk dia, so fair lah. Kakak dengan adik dapat mainan. Hahaha..suka betul dia. Hari pertama dapat, nak bawa masuk bilik tidur

Untung budak2 zaman sekarang, mainan bukan main besar gedabak. Mummy dulu main pondok2 je, guna tanah main masak2. Hehe...

Since Firaas ni, peel dia semua benda nak masuk mulut, mainan haruslah beli yang besar-besar. Mainan yang kecik2 harus kena sorok. Kesian kat Humaira tak boleh main benda kecik2, sebab tu mummy belikan kitchen set ni. Humaira zaman baby, bukan jenis masuk benda dalam mulut, so mummy tak risau sangat. Adik ni, memang kena selalu alert, lantai pun dia suka jilat.

Monday, April 1, 2013

Bawa Humaira tengok movie: The Croods

Semalam bawa Humaira tengok movies di Space U8. Rata-rata blogger review cerita ni best. Bawa sekali si Firaas masuk wayang. Budak 5 bulan dah masuk wayang, hahah. Dah lama tak tengok movie. Mula2 ajak daddy pergi dalam this week after school holiday, tak ramai orang. Kalau Firaas menangis pun boleh cepat2 keluar. Tapi daddy kata tengok citer kartun time cuti sekolah lah best. Ramai budak2 dalam tu. Memang pun, dah macam taska, ramai je budak2 berlari-lari dalam panggung. Humaira sangat enjoy tengok movies, memang concentrate sambil makan pop corn. Firaas dari start movies sampai habis tidur je. Tak meragam langsung, good boy..


The Croods (3D)
(sumber: dari SINI)
 
"The Croods" ialah sebuah filem animasi dari Dreamworks Animation. Latar belakang filem ini ialah zaman prasejarah. Kedudukkan seorang lelaki sebagai Ketua Pemburu dicabar kehadiran seorang genius dan ciptaannya yang menakjubkan seperti api. Hidup di gunung berapi sudah cukup sukar , tetapi orang zaman batu Grug (Nicholas Cage) akan menghadapi cabaran yang lebih sukar apabila satu gempa bumi memaksanya meninggalkan dunia yang dikenali. Dia keluar mencari rumah baru di dunia yang tidak stabil bersama keluarganya. Situasi menjadi lebih huru-hara apabila anak perempuannya Grug, Eep (Emma Stone), jatuh cinta dengan seorang pengembara (Ryan Reynolds). Misi pengembara tersebut untuk mencari masa depan tidak disukai Grug yang bergantung kepada tradisi silam.

Klasifikasi: P13
Genre: Pengembaraan / Komedi / Animasi
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2013
Bahasa: English
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Chris Sanders, Kirk De Micco
Pelakon: Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Catherine Keener, Emma Stone


Humaira and poster the croods

Adik teman daddy beli tiket



nuffnang

Related Posts with Thumbnails