My sweet story...

My sweet story...

Sunday, February 12, 2012

Mengumpul stamp guardian dan tesco

Inilah kali pertama saya terjebak nak kumpul stamp. Pandai betul strategy marketing dorang ni. Sebelum ni kalau dapat stamp buang aje. Mula2 dengan guardian yang buat promosi diadora bag sehingga hujung bulan March ni. Sekali shopping terus dapat 8 stamp. Itu yang semangat nak terus kumpul. Dapat 20 stamp pun jadilah...Bila dah dapat collect 20 stamp husband kata tunggu sampai 40 stamp. Meroyann mak nak tunggu sampai 40 stamp cik abang oii.. Ada sape2 tak nak sedekahkan stamp kat saya??? Hehe

Ada lagi 7 stamp untuk cukupkan 40. Ada blogger nak sedekah kat saya tak? sambil buat muka comel

Tesco pula kumpul stamp untuk dapatkan pisau Thomas jenama terkenal dari Jerman. Mula2 memang saya tak minat, kena berbelanja RM50 untuk dapatkan 1 stamp. Banyak ooo. Nak dijadikan cerita, petang semalam pergi Tesco husband beli barang elektrik terus dapat 8 stamp. Apalagi semangat  nak kumpul stamp datang. Sekarang ni dah ada 10 stamp, so bolehla beli pisau dengan harga diskaun. Nak free kena kumpul minimum sekurang2nya 20 stamp, tak mampulah den.
Baru ada 10 stamp.

Saturday, February 11, 2012

Hadiah birthday untuk anak buah

Baru aje rasanya Mak Ngah tulis entry tentang menanti kelahiran anak buah, tup2 dah setahun usia Khaira pada 10 Feb lepas. Dah start berjalan walaupun atuknya cakap jalan macam orang mabuk. Hehe. Semoga Khaira membesar dengan sihat dan bijak. Nak hadiah datang Shah Alam ye, Mak Ngah tak pasti bila nak balik Ipoh  lagi. Ajak mama Khaira datang Shah Alam, boleh jumpa dengan Humaira. Buat masa ini Khaira satu2nya sepupu Humaira.


Friday, February 10, 2012

Homemade satay goreng dan kuah kacang

Cuti 4 hari lepas most of the time duduk rumah je. Masa CNY hari tu dah balik kampung so cuti panjang sempena maulidur rasul dan thaipusam duduk diam2 je kat rumah. Pergi jalan2 pun dekat2, ongkos sudah kempis. Yang geramnya ongkos kempis2 pun sempat juga husband beli PS3. Dah lama dia mengidam, i je tak bagi dia beli. Kalau terlampau addict, nanti study entah ke mana... lagi pun husband dah ada PS2,dan PSP. Katanya dah lama dia kumpul duit. Daripada beli PS3 baiklah beli kan Humaira LeapPad. Heheheh Melalut pulak.. Nak cerita buat satay sempena cuti tempohari..

Kalau nak beli ayam bahagian dada saya suka beli di pasaraya NYK Meru, Klang. Sebabnya bahagian dada dah siap buang tulang. Harga pun murah compare dengan pasaraya besar. Sebelum ni saya pernah buat satay bakar dalam oven, rasa ok cuma bila masak dalam oven satay jadi kering. So kali ni try goreng pula. Saya suka rasa juicy.  Resepi asal dari Kak Liza, bakar guna oven tapi saya ubah dengan goreng.

Tengah masak dalam kuali non stick

Hampir masak.

Dah masak, cucuk guna lidi. Baru feel nak makan.

Sedap, husband suka sebab takde lemak, 100% isi daging shj.

Kuah kacang



Sate Ayam 
Sumber: Hanieliza 

500 gm isi ayam/daging [hiris kecil dan nipis]
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 s/k jintan manis - dikisar
1 s/k jintan putih - dikisar
** serbuk ketumbar ( i tambah skit)
1 s/b gula
5 ulas bawang merah - di kisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 s/k garam - dikisar

Bahan tambahan:
timun [dipotong kecil]
bawang besar [potong kecil]
nasi himpit [potong dadu]
Kuah Kacang

CARA:
1. Perapkan daging ayam/lembu dengan bahan yang telah dikisar selama 3 atau 4 jam. (saya perap semalaman)
2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak (minyak tu agak2 dalam 3 sudu besar)
3. Goreng hingga 3/4 masak, kemudian tambahkan 2 sudu besar lagi minyak dan masak sehingga kering.




Kuah kacang pula saya cuba resepi dan Rinn. Sebelum ni pernah cuba kuah kacang versi Dayang jack, kali ni ubah selera pula.

KUAH KACANG IBUNDA
Sumber: Rinnchan 

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam

Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.

6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.

Kuah Kacang actually taste better after a few hours of cooking it. The longer you let it sit the tastier it becomes. That`s why I normally cook it the night before Hari Raya, so the next morning I`ll find it tastes much much better than after it was cooked.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails