Khamis minggu lepas balik kampung Muar sempatlah merasa makan mee bandung Muar. Dah lama teringin nak makan. So minggu lepas MIL cuti masak bolehla pekena mee bandung Muar. Balik Muar pun sehari je, petang khamis sampai sana, jumaat pagi dah gerak balik Shah Alam. Itupun sebab nak ambil mertua dari Muar untuk hantar ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya menunaikan fardu haji. Alhamdulillah dah selamat sampai ke Madinah semalam lebih kurang pukul 4 petang.
Kami pekena mee bandung Muar di Tanjung Agas. Sedap...Leps ni nak cuba asam pedas pula. Hik
Kami pekena mee bandung Muar di Tanjung Agas. Sedap...Leps ni nak cuba asam pedas pula. Hik

Inilah kedai Mee Bandung Muar di Tanjung Agas

Selingan....budak kenit ni tak serik lagi main pintu. Baru je 3 minggu lepas terkunci ni dah main ensel pintu rumah nenek dia pula. Memang kena selalu awasi si kenit ni, tombol pintu bilik rumah nenek semuanya jenis kukuh. Minta dijauhkan...








