My sweet story...

My sweet story...

Monday, September 19, 2011

Apam polkadot

Tahun 2011 ni nampaknya apam polkadot sangat popular. Sabtu lepas celebrate birthday FIL di Kajang, saya buatkan apam polkadot. Dalam apam tu saya letak inti coklat. Ramai yang suka dan tentunya menarik perhatian kanak-kanak sebab warna apam polkadot ni sangat ceria. Humaira panggil apam ni kek.

Weekend ni pun kena buat lagi request dari kawan saya untuk birthday anaknya. Resepinya google je kt internet, pasti jumpa. Saya pun pernah share resepi ni dalam entry yang lepas2.

Taraaa...



Apam polkadot yang ceria dan tersangatlah comel

Friday, September 16, 2011

Open house

Selagi dalam bulan Syawal banyaklah orang akan buat open house. Hari Ahad lepas sempat pergi dua open house. Sebelah siangnya open house di PJ, rumah makcik husband. Banyak betul makanan. Nasi lemak dengan sambal bilis dan sambal udang, nasi impit, kuah lodeh, nasi ayam, laksa, jeli kelapa, fruit tart, yong tau fu semuanya masak sendiri. Rajin betul Cik Cham masak siap kami tapau lagi. Yang beli cuma satay. Sayangnya satu gambar pun tak ambil. Sibuk dengan makan..wakaka

Malam pula kami pergi open house rumah junior saya masa sekolah teknik dulu. Dah 12 tahun tak jumpa. Alang2 Jun duduk kt Shah Alam memang teringinlah nak jumpa. Nasib baik husband familiar area kawasan Jalan Kebun takdelah tersesat dan juga dengan bantuan GPS. Jun dah ada dua orang anak. Lepas ni boleh datang rumah kak Nida plak..


Malam Selasa lepas, saya ada buat masak2 sikit. Husband nak jemput kawan baik dia datang beraya di rumah. Saya jemput my bestfriend, Yanie dengan jiran sebelah rumah. Menu yang saya masak nasi ayam, karipap dan apam polkadot.

Karipap yang saya buat


Dan juga apam yang comel. Budak2 suka ni sebab colourful


Main menu...Nasi ayam


dan air...


Sedia menanti ketibaan tetamu menjamu selera


Hari ni saya mahu baking apam polkadot untuk birthday FIL. Esok (sabtu) birthday ayah akan celebrate dengan kembarnya di Kajang. Lepas celebrate birthday ayah, akan beraya rumah saudara mara sebelah MIL. Hari Ahad pula kami akan pergi wedding di Klang.

Selamat Berhujung Minggu...Have a nice weekend..Salam 1 Malaysia..

Thursday, September 15, 2011

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Balik Kampung raya hari tu emak ajak pergi kenduri kahwin dekat kawasan perumahan, orang Indonesia. First time tengok pengantin pakai baju tradisi orang Indonesia. Dah lama mereka bermaustatin di Malaysia, seingat saya masa saya sekolah menegah lagi mereka dah ada.

Pasangan lelaki orang Indonesia, yang perempuan pula orang Filipino. Yang menariknya sebelum ni pengantin lelaki pernah berkahwin dengan kakak kepada pengantin perempuan tetapi sudah meninggal dunia. Dengar ceritanya accident ketika mereka menetap di Jepun. So sekarang pasangan pengantin lelaki berkahwin dengan adik perempuannya. Simpulan bahasa panggil berganti tikar [Berkahwin dengan adik atau kakak atau saudara isteri yang telah meninggal dunia]. belajar simpulan bahasa pulak dah

Pelamin...


Khaira tengah tunggu pengantin bersanding ni


Pasangan pengantin sedang menuju ke singgahsana...pelamin




Khaira dengan Opah


Dari kiri Opah, Khaira, Humaira dan mummy. Opah selalu tersasul sebut Khaira dan Humaira. Nama seakan sama je hujungnya..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails