Minggu lepas mummy balik kampung nak melawat anak buah, si Kaira dari Isnin hingga Rabu. Sebenarnya plan balik dari kampung hari Rabu nak bawa Humaira pergi
Hot springs Sungai Klah, Sungkai tapi cancel sebab mummy bawa lappy. Takut dekat sana takde locker untuk simpan lappy. So last minute punya plan kami ke Lost world of Tambun yang terletak di Ipoh. Memang best tengok pengarang jantung hati mummy berendam, siap nyanyi2 lagi dalam pool. Nampak sangat Humaira happy. Nanti ada peluang kita pergi lagi. Ini kali kedua mummy dan daddy datang sini.
Tiket untuk dewasa adalah RM38 seorang, kanak2 12 tahun ke bawah RM32.00. Anak2 yang kurang dari 90 cm free. Baya2 Humaira ni memang free lah masuk, jauh lagi nak cecah 90 cm. Hehe.. Dibuka setiap hari kecuali TUTUP pada hari Selasa. Operating hours Isnin - Jumaat 11am - 6pm. Sabtu & Ahad, school & Public holiday 10.00 - 6pm.
Apa yang menariknya di Lost world?? Selain water park dan theme park, ada hot spring, dan tentunya yang betul2 menarik perhatian mummy adalah petting zoo. Di Petting zoo kita boleh sentuh binatang dan beri makan. Ada tiger valley, dalam 4-5 ekor harimau, ada tasik untuk aktiviti kayak dan mengayuh angsa
tak tahu nama . Pemandangan lost world memang menarik, dikelilingi oleh gunung yang menghijau. Terasa tenang sekali.
Kemudahan di Lost world memang tip top. Cuma bak kata daddy semuanya perlukan RM. Ada surau, baby room, toilet. Cafe harga makanan boleh tahan mahal, tube kena sewa, ada kedai souvenir, locker RM10 satu . Kes bawa banyak sangat barang terpaksa menyewa dua locker. Satu untuk pakaian dan satu lagi untuk lappy. Sebenarnya boleh je tinggal rumah Opah Humaira barang2 tu, tapi bila memikirkan takut Humaira menangis nak bawa Kaira balik Shah Alam, haru jadinya. Sayang betul kat adik dia. So better angkut semua barang daripada dia mengamuk.
Lost world of Tambun...Rasa nak berendam lagi

Map...memang besar kawasan. Penat nak berjalan

Pool kanak-kanak

Disebalik daun tu pool untuk dewasa. Ada ombak. Humaira takut mandi dekat pool dewasa

Hot spring..Suhu air 37 C. Boleh tahan panas air

Saya tak jalan dalam air dekat sungai ni. Jauh ok. Pertama kali pergi dulu dah round sungai ni. Sungai ni pusing satu lost world. Best mengelilingi ni naik tube. Ada kawasan berombak, air pancut, dll.. Kalau pertama kali pergi saya suggest mengelilingi sungai ni. Memang adventure. Kalau ada anak kecil tak payah, jauh berjalan nanti

Humaira paling suka tengok ni..

Lepas mandi pekena pula ais krim waffle. Waffle dekat sini memang terbaik, crispy. RM5.

Muka budak tak puas hati.. Nak berendam lagi lah tu. Cukup2 lah Humaira, dah menggigil badan awak


Gambar dari website
lost worldSlide ni pun saya tak naik. Daddy kata mengerikan. Lagipun siapa nak jaga Humaira nanti. Kena dua orang untuk naik slide

to be continue Petting zoo...