My sweet story...

My sweet story...

Friday, January 7, 2011

: - )

Headband kawan mummy bagi kt Humaira. Tengoklah tu tangan si kecil ni nak cabut. Sekarang ni lagi ramai yang ingat Humaira boy, adusss..




Ubuntu 10.10

Gara2 serangan virus yang dah 2 kali attack lappy saya, husband install Ubuntu 10.10. Mula2 macam pelik je, apa bendanya Ubuntu ni? Setelah baca serba sedikit info Ubuntu 10.10 dari blog husband barulah saya tahu ianya lebih kurang OS.


quoted from http://ubuntu.com.my/

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.

Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.

Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda.

Lappy saya ada dual OS, saya masih menggunakan windows. Ubuntu ni back up sahaja. Saya perlukan masa untuk explore Ubuntu. Mula-mula guna BUNTU juga, ambil masa untuk mahir. Yang penting buat masa ini, bebas dari serangan virus.

Ada sesiapa yagn sudah guna Ubuntu??

Thursday, January 6, 2011

Main dan main

Jadi budak kecik seronok aje. Masa mereka dipenuhi dengan aktiviti bermain. Kadang2 tu sanggup lawan mata semata2 nak main. Agaknya dalam fikiran mereka, kalau tidur tak cukup masa nanti nak main. Itulah yang terjadi kt Humaira. Susahnya nak tidur kan dia. Nampak playground memang suka betul. Kalau kt kawasan perumahan ni, nak bawa Humaira keluar memang daddy takkan drive ikut jalan playground. Kalau dia nampak mesti menangis.

Yang ini dia nampak playground kt Giant. Wajiblah singgah sebelum dia mengamuk


Yang ini dekat kawasan perumahan. Main gelongsor kaki dahulu turun. Gayat ikut daddy..hehe



* Humaira dah sihat sepenuhnya daripada demam.. Alhamdulillah

nuffnang

Related Posts with Thumbnails