Petang Sabtu daddy ajak makan ais krim di Ice Room Kota Damansara. Dah lama teringin nak pergi sini. Sana sini blogger banyak up cerita menarik di Ice Room. Sempat search blog wartawan
Mazidul Akmal Sidik tentang pertemuan blogger di Ice Room baru-baru ini.
Owner premis tersebut adalah Datuk Razali Mohd Daud yang merupakan bekas Pengarah Luar Negeri Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, dibantu oleh isteri beliau iaitu Datin Faridah Kasim. Dan semestinya menu disediakan HALAL.
Strawbery ais krim. Ada fresh strawberi, jagung dan coco crunch. Harga RM7.90. Sedap dan setanding Baskin Robin. I kan peminat Baskin Robin

Yang ini daddy punya, ais krim durian. Daddy kata memang sedap dan terasa duriannya. Peliknya, buah durian tak makan pula. Harga RM8.90

Cheese cake pun daddy kata sedap. Harga RM7.00

Mushroom soup dan roti bakar untuk mummy dan Humaira. Unik, soup tu letak dalam teapot. Harga RM7.90

View dalam ice room. Kami makan di tingkat 2. Ada kemudahan lif dan juga playground

Humaira yang tak sabar nak makan ais krim.

Inilah restorennya, terletak berhadapan dengan Giant Kota Damansara

Saja saya snap gambar construction area sebelah Giant. Apa yang menariknya??? Pembinaan Floating Restaurant, Hebat tu!!