My sweet story...

My sweet story...

Thursday, November 4, 2010

Alkisah bila safety baby gate sudah pasang

Malam tadi mummy dan daddy memulakan agenda memasang baby gate. Humaira masa tu excited je, dia tak tau apa akan jadi selepas dah pasang nanti..hehe. Mula2 plan nak pasang betul2 dekat jalan pintu masuk ke dapur, kemudian daddy ubah fikiran. SEBABNYA, anak dara sorang ni dah buat onar dekat pintu bilik air. Habis kedua2 pintu bilik air rumah rosak dikerjakan budak kecik ni.

Bila dia tahu daddy atau mummy ada dalam bilik air, ketuk tak hingat donia minta bukakan. Pintu bilik air rumah ni jenis sliding, akhirnya TAMAT JUGA RIWAYATNYA. Habis pecah. Kena jugalah TAZKIRAH dengan daddy, nak marah lebih2 bukannya dia faham pun. Hari tu kami pergi survey pintu bilik air yang jenis tahan lasak lebih kurang dalam RM400, kalau 2 buah pintu nak kena ganti dah hampir RM800. Kopak daddy nak kena ganti kedua2nya.

Humaira jangan notty tau, jangan rosakkan pintu bilik air lagi. Macamane pun kena juga ganti pintu tu, nanti kalau tetamu datang tak selesa pula mereka.

Masa pintu gate ni terbuka, dia boleh tersenyum riang. Mummy beli masa MY DEAR WAREHOUSE SALES. Ada yang tanya price gate ni, mummy beli RM90.


Owh..Daddy pasang gate berhampiran pintu bilik air


see...Habis pecah pintu bilik air. Ketuk bukan sebarang ketuk. Si kenit ni tak mainlah ketuk dengan tangan, kdg2 HP mummy jadi sasaran.




Apa jadi bila mummy dekat dapur dengan pintu gate tertutup



*



*




*

JENG JENG JENG


*



*



*


*




*


*

seprti biasa, maka bermulah drama swasta


alololo...nangis


Sampai tersedu sedan




* Mummy sayang Humaira, mummy pasang gate pun untuk keselamatan Humaira. Untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

Dondai bakery yang sedap!!!

Dah dua kali beli bakery dekat sini. Memang sedap. Puas hati. Donut, roti pizza sangat lembut, kalah pizza hut, i tell u..

Dondai bakery terletak di Bukit Jelutong Shah Alam. Bersebelahan dengan Restoren Ulam Desa. Pemiliknya merupakan seorang CHEF, Noor Hafizi. No wonder la semua jenis roti sedap2. Ada pizza, donut, sandwich, croissant, muffin dll. Owh kalau berminat nak order untuk sebarang event boleh layari facebook Dondai Bakery DI SINI.

Isnin lepas daddy order Pizza dan donut untuk Humaira. Owner bakery ni memang ramah, disebabkan sedap roti pizza tu, dengan muka tak malu kalau malu tak dapat. hehe daddy request nak beli roti pizza. Chef bagi 2 keping roti pizza secara PERCUMA. TQ chef, moga murah rezeki.

Fresh, masa dapat roti ni masih panas lagi. Nanti boleh buat topping sendiri


Donut selembut Big Apple. Daddy order 2 siap dapat free 1.


Yummy

Wednesday, November 3, 2010

MY DEAR warehouse sales 28 Oct - 7 Nov 2010

Sempat lagi mummy terjah My dear warehouse sales di Puchong. Sesat juga nak mencari tempat ni, nasib baik ada GPS. Tujuan utama pergi warehouse nak cari safety baby gate dan baby chair. Bagi mummy kedua2nya menjadi keperluan buat masa ni. Baby chair, sebab sekarang Humaira suka makan merata2 sampaikan rumah dah jadi penternak semut paling berjaya. Bukan nak duduk diam2 ketika makan. Safety gate pula mummy nak letak jalan nak masuk dapur. Banyak kali dah mummy tengah masak, si kenit ni tutup api dapur gas. Nasib baik dia tak pandai ON lagi dapur gas tu kalau tak lagi haru dibuatnya. Lepas ni pureen warehouse sales pula akan menyusul pada 13-14 Nov. Jom perabih duit.

Detail tentang warehouse seperti kt bawah ni:

Products Offered

High Chair

Bouncer

Stroller

Walker

Carseat

and more

Terms

Cash and Credit Cards

Time: 9am – 7pm

Location (Tel: 603 8060 0093/95)

34 Jalan Meranti Jaya 10

Meranti Jaya Industrial Park

47120 Puchong

Selangor Darul Ehsan Malaysia





Sukanya dia, Humaira tak tahu lagi lepas ni dah tak boleh masuk dapur


Baby chair, RM75 je.


Mummy sempat grab baju I LOVE MOM & I LOVE DAD


Memang menarik perhatian mainan ni, swing tu baru RM75


Humaira aim basikal ni, tahun depan lah mummy belikan ye.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails