My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, October 20, 2010

Zoo negara

Membawa Humaira menerokai dunia baru, mengenali haiwan. Terlalu banyak gambar untuk dikongsi, ada masa nanti akan upload kemudian.

Selamat datang ke Zoo Negara


Zirafah, terpegun seketika Humaira

Tuesday, October 19, 2010

Playground time..

Aktiviti riadah bersama Humaira. Dah lama tak pergi playground semenjak puasa lepas. Sejak dah dapat kaki ni, makin laju berjalan. Setiap kali nampak playground, tangan mesti tunjuk ke arah tu. Dah taknak orang pegang tangan dia. Semua benda nak buat sendiri.



Sempat lagi nak main cak cak dgn mummy

Monday, October 18, 2010

Upin Humaira

Weekend lepas nenek dgn atuk Humaira dari Muar datang, nak hantar adiknya ke Tabung Haji Kelana Jaya. Mummy dengan Humaira tak join sekali sebab mereka hantar pun dah malam lebih kurang pukul 9.00 malam gerak ke Kelana Jaya. Sampai rumah pun dalam pukul 2.30 pagi. Balik dari Kelana Jaya, nenek Humaira belikan Upin untuk cucu kesayangan dia.

Pagi2 bangun tidur, tersenyum je Humaira nampak Upin. Siap sebut PIN. Kemana pergi mesti nak bawa PIN dia.

Sambil tengok TV, PIN tetap di tangan.


Marah kalau mummy sayang PIN dia


Botol air kat tepi PIN Humaira. Dia baru bagi PIN dia minum air. hehe...


Bercakap dengan PIN dia. Entah apalah dia sembangnya

nuffnang

Related Posts with Thumbnails