My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, August 10, 2010

Selamat berpuasa

Pejam celik dah hampir bulan Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. InsyaAllah kita bakal berpuasa pada esok hari. Semoga dengan kedatangan Ramadhan memberi keberkatan dalam hidup kita semua. Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan, tak lupa juga kepada keluarga di Ipoh dan Muar.

Semalam adik saya di JB call nak sambut awal ramadhan di Ipoh sehingga hari Ahad ni. Memang excited nak join sekali tapi husband kerja. Nak minta permission dari husband untuk balik Ipoh. Antara perbualan suami isteri:

Isteri: Abg, nak ikut fizi balik Ipoh boleh?
Suami: Bila?
Isteri: Hari Rabu sampai Ahad
Suami: Lamanya, siapa nak siapkan juadah berbuka dan sahur untuk abang??

Hehe, dalam erti kata lain, tak payah pergi lah yang. Husband saya nampak je brutal tapi dalam hati ada taman. Lagipun tempat isteri disisi suami. Takpelah, tahun ni raya giliran saya dulu. Sempat jugalah berpuasa di Ipoh nanti.

Kelmarin lama juga saya menyembang through the hp dengan kakak saya, Along. Kesian dia, nampak gayanya tahun ni terpaksa bersahur dan berbuka seorang diri nun di Langkawi. Husband Along kerja di Ipoh. Kerjaya pendidik menuntut pengorbanan yang besar dan pastinya banyak cabaran. Sebenarnya Along saya tengah mengandung, masih dalam trimester 1, dengan alah lagi. Simpati saya keadaanya. Sekuat manapun kita, kadang2 pasti menitis juga air mata bila berjauhan dengan orang tersayang. Apa2pun Along, semoga tabah dan berfikiran positif. Pasti ada manisnya nanti.

Okey, selamat berpuasa. Dengan kedatangan Ramadhan ini, saya dengan rendah diri ingin memohon maaf andai ada coretan di blog ini yang menyinggung perasaan kalian. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menyakiti sesiapa pun.

Humaira nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua..


* sahur mummy kena makan berat dan berkhasiat sebab masih breastfeed Humaira. Semoga rezeki untuk Humaira masih ada. Amin..

Melawat newborn baby

Petang Ahad menziarahi kawan yang baru selamat melahirkan newborn baby. Dah 2 orang anak kawan saya, Bie. Dilahirkan secara emergency caesar di UMRA, Shah Alam disebabkan degupan jantung baby rendah, lagipun sudah 2 hari lewat dari jangkaan bersalin. Masa Bie tengah sarat mengandung, ada datang melawat. Dua minggu awal dia ambil cuti disebabkan tak larat nak bawa perut. Memang kesian tengok dia, sebab Bie ni kecil je orangnya, masa sarat mengandung berat 47kg je. Apa2pun tahniah kerana selamat melahirkan baby girl seberat 3.5kg pada hari Khamis lepas

Sehingga hari Ahad lepas baby ni masih belum ada nama lagi


Humaira sukalah ada geng dengan kakak Aleya, anak sulung Bie...Suka tengok aksi anak dara berdua ni.

Dua2 malu-malu kucing


Humaira dah start nak bertegur sapa


Style Humaira berkawan, mesti pegang bahu..Sembang apa tu??


Sebenarnya rumah Bie dengan saya dekat. Jadi kami jalan kaki je. Boleh mummy ajar Humaira berjalan


Dah penat berjalan, kena dukung

Monday, August 9, 2010

Tayang gigi geraham Humaira

Baru dapat capture gigi geraham Humaira. Kedekut nak tunjuk. Bila mummy nak snap je cepat2 lari. Akhirnya dapat juga snap, itupun masa Humaira menangis. Sebab apa menangis???nak tengok youtube. Tak larat mummy nak layan, dia boleh ngadap youtube 2-3 jam. Baru setahun 3 bulan, macam mana kalau dah besar nanti. Zaman mummy kecil2 mana ada benda macam ni.

Gigi geraham Humaira bahagian bawah kiri dan kanan dah tumbuh. Bahagian atas cuma belah kiri shj. Tak lama lagi mesti muncul belah atas kanan sebab mummy rasa gusi bahagian tu dah keras.

Taraa...


Yang mummy bulatkan, ada gigi baru muncul


Alolo, nangis...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails